WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2022

19

ANGKASA

NOVEMBER 2022

ANGKASA Bimbing Gerakan Koperasi Rangka Pelan Strategik

Syair KELUARGA SEJAHTERA Antara ibu bapa dan anak-anak bangsa ada amanah tanggungjawab bersama wajib diasuh diajar makna sejahtera dibimbing ditegur silap salah mereka. Daya upaya ibu bapa bina keluarga bentuk anak-anak berkelakuan mulia semoga taat hormat sayangi ibu bapa ikut sayangi orang lain jiran tetangga. Anak-anak harus hargai alam sekitar haiwan dan tumbuhan tidak terbiar belas kasihan tidak dilayan kasar semak samun tidak bebas meliar. Latih anak-anak berkata benar fikiran membina selalu terkeluar apa dibuat apa dikata itu wajar akhlak terpuji sinar memancar. Sedari kecil hubungan mesti disemai agar institusi keluarga aman damai kasih sayang di hati tidak terlerai rapat adik beradik utuhnya permai. Pergaulan dan sopan santun di mata kekalkan hubungan lahirkan mesra saling menghormati sesama anggota arah tuju jati diri kemajuan hari muka. Dapatkah budaya bangsa dipulihara hormatkan tua muda gambaran jiwa demikianlah hubungan saudara mara kuat silaturrahim agama diambil cakna.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan peserta bengkel dari negeri Pulau Pinang dan Perak.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri beramah mesra bersama peserta.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

dan arah tuju terbaik agar gerakan koperasi Malaysia kekal lestari dalam memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada landskap ekonomi negara. Katanya, pelbagai fasa dan cabaran telah dilalui oleh ANGKASA bersama gerakan koperasi akibat ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi. Justeru, koperasi perlu memperlengkapkan diri dengan strategi terbaik dan sentiasa bersedia untuk mengatasi cabaran tersebut. Bengkel yang telah dirancang dan disusun penuh teliti oleh Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA itu turut menyasarkan empat objektif utamanya iaitu membangun pelan strategik koperasi secara sistematik dan komprehensif, tadbir urus yang baik, mengawal dan merangka pelan tindakan dan memastikan koperasi sentiasa proaktif terhadap perubahan persekitaran luaran dan dalaman. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korprat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Selaras dengan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi, ANGKASA meneruskan komitmennya membimbing kumpulan sasar ( Top 100 Koperasi) secara intensif bagi membangun pelan strategik koperasi masing-masing. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mahu gerakan koperasi seluruh Malaysia menyahut seruan kerajaan dengan menyediakan pelan tindakan strategik. Katanya, penyediaan tersebut penting bagi memastikan perancangan dan tindakan yang dibuat seiring dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM 2021-2025), Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) dan Aspirasi Koperasi Malaysia. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Bengkel Perancangan Pelan Strategik Koperasi 2022 (Zon Utara) yang menggabungkan lapan buah koperasi dari negeri Perak dan Pulau Pinang di Ipoh, Perak. Menurutnya, bengkel tersebut juga menjadi platform untuk wakil koperasi merangka strategi

Pelayaran bahtera pasti selamat jika hikmah akal budi tidak bejat hidup keluarga dilimpahi rahmat nikmatnya hasil berkat sepakat.

A AZIZ DERAMAN

Kota Bharu 23 Oktober 2022.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease