4
ANGKASA
NOVEMBER 2022
Bajet 2023: Manifestasi Usaha Kerajaan Bantu Usahawan dan Koperasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri sekali), Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh (tengah) dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad (kanan sekali).
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan memastikan gerakan koperasi diberi perhatian sewajarnya dalam Bajet 2023.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) pada tahun hadapan bagi menyediakan pembiayaan kepada koperasi dalam mengembangkan industri agromakanan. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa usaha tersebut turut disokong oleh Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi ke arah memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan pengguna sentiasa konsisten pada harga yang lebih murah. “Awal bulan ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz telah membentangkan bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang memperuntukkan RM668.4 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi pembangunan usahawan dan koperasi. “Peruntukan ini juga mencakupi keperluan semua lapisan masyarakat bagi memastikan tiada Keluarga Malaysia tertinggal sama ada mereka yang tinggal di ceruk desa sehingga ke tengah kota, semuanya mendapat manfaat.” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor yang berlangsung selama sehari di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 20 Oktober 2022. Program yang dianjurkan secara bersama oleh KUSKOP dan Kementerian Kewangan tersebut melibatkan hampir 10,000 orang usahawan dan koperasi yang menawarkan pelbagai produk dan barangan pada harga berpatutan. Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri lagi, penganjuran karnival ini merupakan manifestasi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dalam menyediakan sebuah
Dif kehormat bergambar bersama kira-kira 10,000 orang yang hadir.
Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021 hingga 2025 dalam memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing,” jelasnya. Dalam acara sama, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut melawat dan memberi sokongan kepada Kedai Harga Patut BA100 yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Hadir sama ialah Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz; Timbalan Menteri KUSKOP, Tuan Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Jahaya Ibrahim.
ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif dan berharap dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada semua yang terlibat untuk memantapkan dan mengembangkan perniagaan masing-masing. Sebelum itu, Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar dalam ucapan aluannya berkata, KUSKOP komited dalam membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), usahawan informal dan koperasi dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan. Katanya, bagi menggalakkan penubuhan koperasi dalam kalangan usahawan Keluarga Malaysia pula, syarat penubuhan koperasi telah dipermudahkan dengan mengurangkan jumlah anggota daripada 50 orang kepada 20 orang dan juga membenarkan penubuhan koperasi dengan hanya lima orang anggota sahaja khusus bagi kumpulan profesional seperti doktor, arkitek dan akauntan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease