WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

OGOS 2022 JILID: WP04 /8

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Merasmikan Hari Koperasi Negara 2022

>>03 Gerakan Koperasi Negara Diseru Berjihad 'Perangi' Orang Tengah & Inflasi

Kerjasama antara Kementerian Jayakan Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok

>>12

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan HKN22 di Kuala Lumpur. Turut kelihatan ialah Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad.

>>14 Koperasi Sekolah Wadah Pupuk Bakat Keusahawanan Pelajar

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Turut sama mengiringi baginda di atas pentas bagi sesi penyampaian kedua-dua anugerah tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad. Wakil ANGKASA yang hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Husain, Pengerusi ANGKASA Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah, Penasihat Korporat ANGKASA, Dato' Haji Md. Yusof Samsudin dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah sudi mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Kuala Lumpur pada 23 Julai 2022. Keberangkatan baginda diiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Dalam majlis tersebut, Sultan Abdullah telah merasmikan Hari Koperasi Negara 2022 dan menyampaikan Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2022 kepada Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Anugerah Koperasi Terbaik Negara 2022 kepada Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad.

Ahli Waris Infaqkan Sebahagian Wang daripada Pusaka Allahyarham Hassan Johan

>>18

2

ANUGERAH TOKOH KOPERASI NEGARA 2022 Datuk Haji Mohamad Ali bin Hasan

(2005-2017), Penasihat Koperasi Pemandu Teksi Bumiputra Malaysia Berhad (KOSPETRA) (2007-2017), Setiausaha KOPASAR dan Koperasi Shamelin Berhad serta Anggota Lembaga Koperasi SHAMELIN (2002 hingga sekarang). Di samping itu, beliau telah diberi amanah sebagai Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (PIBGN) (1998-2017). Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden, Transparency International Malaysia sejak 2006 hingga 2014 dan pernah mewakili negara dalam Perhimpunan World Congress Anti-Corruption di Guatemala pada akhir tahun 2006 serta peringkat Asia Tenggara pada Julai 2007 (Bangkok, Thailand). Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dipertanggunjawabkan sebagai Naib Presiden ICA Committee on University/Campus Cooperatives for Asia and the Pasific dan Naib Presiden I CA Committee on Consumer Cooperative for Asia and the Pasific dan juga ICA Proterm Committee ‘On Formation of Coop Youth Committee’ for Asia Pacific . Beliau merupakan Board ICA Global Cooperative Housing International sejak 2015 hingga sekarang. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan juga sering menghadiri persidangan di peringkat antarabangsa. Sejak tahun 2003 hingga kini, beliau telah menghadiri 34 program berkaitan antarabangsa seperti mesyuarat agung ICA, lawatan kerja, persidangan global dan bengkel/perbincangan peringkat ICA di pelbagai negara. Beliau turut aktif dalam bidang penulisan menerusi penerbitan 10 buah buku selain turut menulis sebanyak 84 rencana khas dalam pelbagai segmen koperasi dalam majalah PELANCAR terbitan bulanan ANGKASA. Beliau juga banyak terlibat dalam komentar penulisan dan lisan dalam beberapa media cetak serta elektronik selain media sosial tempatan dan antarabangsa tentang koperasi, pendidikan, keibubapaan, PIBG dan kebajikan Islam. Pencapaian beliau dalam gerakan koperasi telah diiktiraf menerusi beberapa anugerah di peringkat nasional seperti Anugerah Peserta Terbaik Maktab Koperasi Malaysia atau kini dikenali sebagai IKMa (1995), Tokoh Koperasi Kebangsaan (2001), Tokoh Koperasi Johor (2005), Tokoh Koperasi ANGKASA Wilayah Persekutuan (2005), Anugerah Kepimpinan Koperasi Negara (2007) dan Tokoh Koperasi Terbaik Negeri Johor (2016).

YDP Agong menyampaikan anugerah Tokoh Koperasi Negara 2022 kepada Datuk Haji Mohmad Ali Hasan disaksikan oleh Tan Sri Noh Omar dan Dato' Suriani.

Datuk Haji Mohamad Ali bin Hasan (DMSM) yang berasal dari Jasin, Melaka dan dibesarkan di Johor Bahru merupakan Anggota Lembaga ANGKASA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Di peringkat ANGKASA, beliau diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi beberapa Jawatankuasa Utama ANGKASA iaitu Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pengurusan & Pembangunan Syariah. Selain itu, beliau juga adalah Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad, Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pengarah Yayasan ANGKASA dan Ahli Lembaga Yayasan Infaq Malaysia. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang berkelulusan Bachelor Sains (Geologi) dari Universiti Malaya, Master Phil University of Ulster, Northern Ireland dan PhD Hydrogeology University of Lancaster adalah mantan Pengajar, Pensyarah, Prof Madya dan Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya (1978 – 2006). Di universiti, beliau aktif menyokong dan menjayakan pelbagai aktiviti koperasi sehingga pernah dilantik menjadi Pengerusi Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad dan Pengerusi Gabungan Koperasi Universiti Berhad. Beliau turut diberi amanah dan

tanggungjawab sebagai Nazir / Pengerusi Masjid Ar- Rahman Universiti Malaya (2003-2009).

Antara jawatan utama lain dalam koperasi yang pernah disandang oleh beliau adalah Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (2004-2018), Naib Pengerusi Koperasi Warga Wawasan Malaysia Berhad (2006-2017), Pengerusi Koperasi Buku Malaysia Berhad (2005- 2017), Pengerusi

Koperasi Iskandar Malaysia (2008- 2009), Pengerusi Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (2016-2018), Ahli Panel Tribunal Koperasi (2001-2010), ALK Koperasi Pembangunan Daerah Johor Bahru Berhad

Datuk Haji Mohamad Ali bin Hasan

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

3

Gerakan Koperasi Negara Diseru Berjihad ‘Perangi’ Orang Tengah dan Inflasi

Tan Sri Noh merasmikan Majlis Utama Sesi Sri Noh merasmikan Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22).

KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad. Menurut beliau, ketika kerajaan menghadapi pelbagai cabaran untuk memulihkan ekonomi negara, telah wujud pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan dengan sewenang-wenangnya. "Kita sedia maklum negara dilanda COVID-19, (yang menyebabkan) hampir 40 ribu usahawan 'tutup kedai' dan selepas itu negara kita dilanda banjir pula. Justeru, bermula September 2022, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mula mengimport lima barangan keperluan asas bawah jenama ‘coopMART’ untuk dijual di lebih 3,000 kedai koperasi di bawah ANGKASA. Lima barangan itu adalah gula, tepung, beras, minyak masak dan ayam beku yang dijangka lebih murah antara 10 hingga 25 peratus berbanding harga pasaran setempat. SKM juga melalui federasi

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Anggota koperasi seluruh negara diseru supaya menguatkan azam dengan semangat jihad untuk ‘memerangi’ penglibatan orang tengah dan inflasi. Seruan tersebut adalah sebagai menyahut gesaan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang mahu gerakan koperasi meneruskan jihad ‘memerangi’ orang tengah dalam usaha memperkasakan agenda sekuriti makanan negara. Demikian antara inti pati utama ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar semasa Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22). Majlis tersebut yang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor pada 30 Julai 2022 turut diiringi oleh Timbalan Menteri

Tan Sri Noh Haji Omar.

BERSAMBUNG DI MUKA 4

Dari Meja Presiden

Jati diri yang kukuh bukan sahaja dapat memupuk nilai- nilai murni dalam berkoperasi, malah berupaya menjadi penyumbang kepada pembangunan sosial melalui platform koperasi. Tingkatkanlah keazaman dan cakna dengan memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat sesuai dengan peranan, kemampuan dan kedudukan masing-masing. ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah selari dengan konsep keharmonian seluruh masyarakat dan mampu menjadi asas kepada pembentukan generasi masa depan yang lebih harmoni dan saksama. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 kepada semua warga koperator seluruh Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Setiap warga Malaysia perlu menghayati erti kemerdekaan bagi meningkatkan jati diri dan semangat patriotisme. Dalam konteks koperasi, erti kemerdekaan boleh diterjemahkan melalui nilai berkoperasi yang tinggi iaitu bekerjasama, bertanggungjawab, demokrasi, perpaduan, kesaksamaan dan persamaan. Nilai-nilai ini sebenarnya adalah kuasa yang menentukan kejayaan anggota dalam sesebuah koperasi. Jati diri koperasi adalah milik koperasi. Pembinaan jati diri yang dibentuk melalui kebijaksanaan dan kreativiti perlu dibimbing dan digerakkan secara bersama. Kerjasama dalam kalangan anggota koperasi mencerminkan kebertanggungjawaban dalam mentadbir dan mengurus koperasi dengan baik.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4

penternakan, akan terlibat dalam industri penternakan ayam melalui ‘contract farming’ ”, ujar beliau. Tambah Tan Sri Noh, gerakan koperasi negara telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang 100 tahun penubuhannya dan tidak salah untuk warga koperasi menoleh kepada sejarah untuk memperteguhkan asas perjuangan. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, HKN22 merupakan acara yang julung kali dianjurkan secara bersama oleh SKM dan ANGKASA atas dasar semangat 'Aspirasi Koperasi Negara'. “Inilah semangat aspirasi koperasi yang kita mahu dan jayakan. Bergerak bersama- sama dalam memperkasakan pembangunan dan perniagaan koperasi Malaysia selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom 2021 – 2025),” jelas beliau. Selain koperasi tempatan, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga mengucapkan rasa

penghargaan dan terima kasih kepada rakan- rakan koperasi dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja yang turut terlibat memeriahkan HKN 2022 dengan pelbagai produk serta perkhidmatan koperasi negara masing-masing. Hadir sama dalam Majlis Utama Sesi Walkabout HKN22 ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Eksekutif SKM, Dato' Haji Zazali Haron dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor. Turut hadir mewakili ANGKASA ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Pengerusi-Pengerusi ANGKASA Negeri dan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che turut menghadiri Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar (tiga dari kanan) dan tetamu jemputan lain menunjukkan buku ‘100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia’.

Tan Sri Noh menyerahkan bendera ‘100 Tahun Koperasi’ kepada dua wakil pasukan Sri Noh menyerahkan bendera ‘100 Tahun Koperasi’ kepada dua wakil pasukan ‘ANGKASA Hikers ´ sebagai simbol untuk program membawa bendera tersebut dan penanaman pokok di Puncak Gunung Stong, Kelantan pada 14 September 2022.

Tan Sri Noh melawat gerai pameran Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Sri Noh melawat gerai pameran Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman (empat dari kanan).

Tan Sri Noh melihat antara barangan keperluan asas yang dijual di Jualan Harga Patut melalui Gerai Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA.

5

Menteri KUSKOP Rasmi Program CoopUmrah ANGKASA

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar telah melancarkan Program CoopUmrah ANGKASA 2022 pada Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) pada 30 Julai 2022. Program anjuran Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA dengan kerjasama MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. serta beberapa rakan strategik itu dinamakan sebagai Program Eksplorasi CoopUmrah 2022 dengan jemaah pertama seramai 109 orang. Selain menandatangani plak, Tan Sri Noh juga turut menyerahkan beg, replika tiket penerbangan

dan mafela kepada salah seorang bakal jemaah sebagai gimik pelancaran. Turut sama menyaksikan pelancaran tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan KSU (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

KUIPB dan Greentech Sdn. Bhd. Meterai Kerjasama Pasaran Motor Elektrik

Pemeteraian persefahaman (MoU) antara Koperasi Usahawan Intima’i Perlis Berhad (KUIPB) dengan Greentech Sdn. Bhd. telah berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Julai 2022. Pemeteraian tersebut, yang memfokuskan pada pemasaran motosikal elektrik, telah disaksikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA. Menurut beliau, motosikal mesra alam tersebut mempunyai ciri- ciri unik seperti kurang pencemaran, menjimatkan kos dan harga mampu milik yang sesuai digunakan khususnya kepada pelajar universiti. Katanya, koperasi harus memberi tumpuan memorandum

kepada pemasaran produk baharu yang diperlukan pengguna untuk memastikan koperasi terus relevan dan dapat menjana pendapatan. Beliau juga turut menyarankan agar koperasi di seluruh Malaysia merebut peluang dengan menjadi pengedar kepada anggota dan masyarakat sebagai tambahan pendapatan kepada koperasi selain mencadangkan kerjasama dengan ASEAN Co-operative Organization (ACO) untuk pasaran di negara-negara anggota ASEAN. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Pengerusi Koperasi KUIPB, Dr. Ammar Hassan.

ANGKASA Tunai Zakat Perniagaan Tahun 2021

ANGKASA Rukun Islam Ke-4 dengan membayar zakat perniagaan ANGKASA Tahun 2021 kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM209,823.51 menunaikan kewajiban Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden

ANGKASA telah menyerahkan replika cek dalam satu sesi serahan khas pada 30 Julai 2022 di pentas utama Hari Koperasi Negara 2022 (HKN 2022). Zakat tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar.

Jualan Harga Patut BA100 Raih Nilai Jualan Lebih RM100 ribu

Jualan Harga Patut melalui gerai Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA yang berlangsung selama empat hari sempena Hari Koperasi Negara 2022 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung sehingga berjaya merekodkan nilai jualan berjumlah RM106,868. Jualan tersebut membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti tepung, minyak masak, beras dan gula pada harga yang berpatutan. Rata-rata mereka berpuas hati dengan potongan harga yang ditawarkan kerana sedikit sebanyak membantu meringankan beban

perbelanjaan mereka. Promosi jualan ‘Happy Hour’ turut menyaksikan potongan harga lebih rendah seperti gula satu kilogram (RM2.00); minyak masak lima kilogram jenama Saji (RM30.00); minyak masak paket satu kilogram (RM2.00); Milo 400g (RM6.90); Nescafe 200g (RM15.00); Kicap jenama Jalen 325ml (RM2.50); Marjerin jenama Pelangi satu kilogram (RM6.90) dan bihun jenama Saji (RM3.20). Selain produk asas, pelbagai produk keluaran koperasi turut dijual pada harga yang menarik

6

HKN22 Rekod Kehadiran 39,627 Pengunjung

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22). daripada orang ramai yang hadir pada Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) yang berlangsung selama empat hari bermula 28 Ogos 2022 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, mendapat sambutan menggalakkan dengan merekodkan kehadiran pengunjung seramai 39,627 orang. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya seperti Ekspo Koperasi Malaysia (EksKOM), Jualan Hari Koperasi Negara, Festival Makanan Asia, pemadanan perniagaan, ‘ business coaching ’, ‘ pocket talk ’, forum dan ceramah agama serta persembahan budaya dan teater muzikal koperasi. Nilai jualan berjumlah RM 874,694.30 juga telah berjaya dijana oleh 359 pempamer yang terdiri daripada koperasi tempatan dan antarabangsa serta agensi di bawah KUSKOP. Ekspo tersebut yang merupakan anjuran bersama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, menghimpunkan koperasi dari pelbagai sektor ekonomi iaitu kewangan, pemborongan dan peruncitan, inovasi dan teknologi, hartanah dan industri binaan, perladangan, pertanian dan industri asas tani, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan serta pembangunan komuniti.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada Pengerusi Kehormat Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad, Dato’ Haji Hashim Mamat.

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berbincang dengan Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berbincang dengan pempamer daripada Microenergy Holdings M Sdn. Bhd.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Kewangan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa sambil diiringi oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Jualan redONE, Mr. Ben Teh (dua dari kiri), melancarkan produk ‘redONE’ dengan kerjasama ANGKASA melalui program redCOOP.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar menyampaikan replika kunci motosikal kepada pemenang hadiah cabutan bertuah pada Majlis Penutup HKN22 dan EksKOM.

7

ANGKASA - NACF Meterai Kerjasama Tingkat Industri Tenusu Negara

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Dairy Cattle Improvement Center (DCIC), Mr. Jeong Ho Sang menunjukkan dokumen memorandum perjanjian (MoA) sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar.

Kepimpinan tertinggi ANGKASA diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama delegasi Korea yang diketuai oleh Presiden National Agricultural Co-operative Federation (NACF), Mr. Ahn Byoung Woo (duduk empat dari kiri).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dengan Mr. Ahn Byoung Woo.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara ANGKASA dengan National Agricultural Co-operative Federation (NACF), Korea telah berlangsung pada Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) pada 30 Julai 2022. Pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar. ANGKASA telah diwakili oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, manakala Pengarah Dairy Cattle Improvement Center (DCIC), Mr. Jeong Ho Sang mewakili NACF. MoA tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dalam majlis makan malam di Putrajaya pada 29 Julai 2022. NACF pula diwakili oleh Presidennya, Mr. Ahn Byoung Woo dan Mr. Jeong Ho Sang. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, kerjasama tersebut akan melibatkan NACF melalui DCIC untuk membekalkan tenaga kepakaran, menyediakan teknologi yang terkini dan sistem dana ternakan yang komprehensif serta pemantauan secara berkala oleh pakar. “Sebagai rekod, ANGKASA melalui anak syarikatnya, ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. telah memulakan Projek Lembu Tenusu dan Heifers Park pada bulan April 2022 dengan membawa masuk sebanyak 50 ekor lembu bunting baka Holstein-Friesian dari Australia yang kini ditempatkan dalam sebuah kandang ternakan lembu di Kluang, Johor,” ujar beliau.

Sebahagian daripada 50 ekor lembu bunting baka daripada 50 ekor lembu bunting baka Holstein-Friesian yang dibawa dari Australia dalam kandang ternakan Heifers Park ANGKASA di Kluang, Johor.

NACF telah membekalkan benih sperma jantan untuk ‘dikahwinkan’ secara permanian beradas ( artificial insemination ) dengan lembu-lembu dari Australia itu. Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, projek tersebut, yang merupakan kerjasama pertama antara ANGKASA dengan NACF, adalah antara usaha berterusan pihaknya bagi membantu negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import susu.

8

Koperasi Antarabangsa Turut Sertai EksKOM

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada wakil daripada Federation of People’s Sustainable Development Cooperative (FPSDC ) dari Filipina, Ms. Chariz R. Cariaga.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar mencuba produk Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar mencuba produk makanan di gerai pameran Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Koperasi dari luar negara turut bersama-sama menjayakan Ekspo Koperasi Malaysia (EksKOM) bersempena HKN22 sebagai pempamer antarabangsa. Empat koperasi yang mewakili negara anggota ASEAN tersebut adalah Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Cooperative League of Thailand, Federation of People’s Sustainable Development Cooperative (FPSDC) (Filipina) dan Eminziki Travel & Tours Co. Ltd. (Kemboja). Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas penyertaan kesemua pempamer. Beliau yang hadir untuk menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan di gerai pameran antarabangsa pada 31 Julai 2022 diiringi oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Serahan sijil tersebut diterima oleh wakil Pattani ASEAN Mall, Encik Nu’man Hani Jamal; wakil DEKOPIN, Puan Tedja Sukma; wakil FPSDC, Ms. Chariz R. Cariaga dan wakil Eminziki Travel & Tours Co. Ltd, Encik Mat Fasy. Penyertaan pempamer tersebut bertepatan dengan peranan ANGKASA sebagai badan apeks yang mewakili gerakan koperasi negara di peringkat antarabangsa serta kedudukan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah sebagai Presiden ACO.

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail berbual dengan wakil daripada DEKOPIN.

Produk keluaran koperasi dari Indonesia yang keluaran koperasi dari Indonesia yang dipamerkan di HKN22.

Pempamer daripada FPSDC. daripada FPSDC.

Pempamer daripada DEKOPIN. daripada DEKOPIN.

Pempamer daripada Eminziki Travel & Tours Co. Ltd. daripada Eminziki Travel & Tours Co. Ltd. (Kemboja).

Pempamer daripada Pattani ASEAN Mall (Thailand).

Produk keluaran FPSDC. keluaran FPSDC.

9

Reaksi Pempamer

Co-opbank Pertama

Hari Koperasi Negara adalah sebagai acara untuk menghargai sektor koperasi dalam membangunkan ekonomi Keluarga Malaysia sejak 100 tahun gerakan koperasi di negara ini.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad

Hari Koperasi Negara merupakan medan kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mengenali falsafah dalam gerakan koperasi, selain memberi peluang untuk memperkenal dan memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi kepada masyarakat.

Koperasi Keluarga Haji Sharief Melaka Berhad

Hari Koperasi Negara memberi peluang, ruang dan pendedahan secara langsung kepada koperasi dalam menghadapi cabaran mendatang demi mematangkan gerakan koperasi itu sendiri.

Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad

HKN 2022 amat memberi kesan yang baik dengan kerjasama dan sokongan sesama koperator. Program sebegini sangat elok diadakan dari semasa ke semasa.

Koperasi Kebuniti Selangor Berhad

HKN membuka ruang dan peluang kepada koperasi untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas melalui jalinan kerjasama antara koperasi dengan sektor korporat. HKN juga menjadi pencetus idea untuk koperasi mempelbagaikan aktiviti untuk kepentingan anggota.

Koperasi Belia Nasional Berhad

EksKOM 2022 memberi peluang untuk berinteraksi dengan koperator, di samping memberi pendedahan kepada belia mengenai pentingnya berkoperasi.

Koperasi Pos Nasional Berhad

Peluang dan kesempatan yang diterima oleh KOPONAS pada Hari Koperasi Negara telah membantu memperkenalkan serta memberikan info jelas tentang komuniti koperasi dan juga warga awam.

1

2

3

6

7

16

14

11

12

15

13

Keterangan Gambar

6. Program pocketalk bertajuk “Let’s Scuba Diving – A Chance to Unravel the Mysteries” yang menampilkan Pengarah Urusan Luma’ Selakan, Semporna, Encik Aminor Azmi Abdul Latip sebagai tetamu undangan (kanan) dan Encik Uzaidi Udanis daripada Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) sebagai hos. 7. Koperasi MRSM Parit, Perak menjual buah ‘rock melon’ . 8. Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad menjual minuman malt coklat ‘Tanweer’. 9. Program Pembangunan Kapasiti yang dianjurkan oleh ANGKASA serta dihadiri oleh wakil koperasi dari seluruh negara. 10. Pengasas Mosumart Design, Encik Supian Mustapa berbincang dengan salah seorang peserta pada Bengkel Coaching Pembangunan Reka Bentuk

1. Gerai pameran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 2. Gerai pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 3. Program Bicara Perdana Gerakan 100 Tahun Koperasi bertajuk “Penyatuan Ukhuwah Keluarga Rabbani Berkualiti” yang menampilkan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang Dato’ Badli Shah Alauddin (kiri) dan penceramah bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman (kanan) sebagai ahli panel dan Encik Suffian Amrin sebagai moderator.

4. Gerai pameran ANGKASA. 5. Sesi pemadanan perniagaan.

4

5

9

8

10

18

20

19

17

Pembungkusan. 11. Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad mempromosi losyen tangan ‘Cassia Senna’ keluaran mereka sendiri. 12. Program ‘Jom Cari Kerja’. 13. Persembahan kebudayaan. 14. Persembahan oleh Zahid AF sebagai artis undangan. 15. Pengunjung mengambil peluang melawat gerai pameran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

16. Festival Makanan Asia. 17. Gerai pameran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan agensi lain yang di bawah KUSKOP. 18. Gerai pameran Koperasi Usahawan Belia Profesional Selangor Berhad menjual pelbagai snek makanan. 19. Pengunjung juga berpeluang membeli daging segar di Jualan Hari Koperasi Negara. 20. Wakil Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah Berhad (KOKUSDA) mempromosi pelbagai produk keluaran koperasi tersebut dalam salah satu program ‘Demo Produk’.

12 ANGKASA

OGOS 2022

Kerjasama antara Kementerian Jayakan Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok

Tan Sri Noh Haji Omar menandatangani papan tanda pokok Merbau yang ditanamnya.

Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan menanam pokok jenis Merbau di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Oleh RAHMAT MOHD DID

menyaksikan Tan Sri Noh menanam anak pokok jenis Merbau yang merupakan pokok ke-100 sebagai simbolik kepada sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia. Taman Botani Negara Shah Alam menempatkan 150 pokok hutan pelbagai spesis yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Penanaman pokok disertai 120 sukarelawan CoopCare ANGKASA, koperasi sekolah, Ekorelawan UKM dan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Selain Merbau, spesis pokok yang ditanam adalah Meranti Tembaga, Meranti Sarang Punai, Meranti Temak, Merawan Siput Jantan, Keruing dan Giam Lintah Bukit. Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang hadir dalam majlis tersebut berkata, KeTSA akan memberi sokongan padu terhadap program yang dianjurkan dan turut menyatakan bahawa sasaran mereka adalah 100 juta pokok menjelang tahun 2025. “Kami menyasarkan 20 juta pokok ditanam setiap tahun dalam jangka masa lima tahun daripada 2021 hingga 2025. Tahun lepas, 27 juta pokok telah berjaya ditanam manakala setakat hari ini, data menunjukkan bahawa sebanyak 35.8 juta pokok telah ditanam di seluruh Malaysia,” katanya. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia yang ingin turut sama menyokong program tersebut agar mendaftar dan merekod tanaman mereka dalam aplikasi Penghijauan Malaysia.

Insiatif ANGKASA dalam menyokong agenda Penghijauan Malaysia melalui Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok adalah paparan sebenar semangat Keluarga Malaysia yang menjadi dasar kerajaan. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar, selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, inisiatif tersebut juga dapat membantu memperkasakan semangat muhibbah, khususnya kepada anggota koperasi. “Langkah menanam semula pokok sama ada di kawasan hutan, rizab hutan, kawasan awam atau institusi mampu menangani masalah pelepasan karbon yang meningkat setiap tahun bagi membantu menangani perubahan iklim dan mengurangkan risiko bencana banjir,” katanya. Beliau turut berbangga dengan penglibatan banyak pihak dalam melaksanakan usaha tersebut lebih-lebih lagi daripada kalangan pelajar sekolah dan universiti. “Ini adalah legasi anda semua. Mungkin dalam masa 20 tahun akan datang, anda semua boleh datang semula dan lihat kembali pokok yang anda tanam,” ujarnya lagi. Majlis yang berlangsung pada 17 Julai 2022 di Taman Botani Negara, Shah Alam Selangor itu

Tan Sri Noh Haji Omar bercakap sewaktu majlis perasmian Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, Program Flagship Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) merupakan inisiatif berimpak tinggi ANGKASA untuk menggalak dan meningkatkan penglibatan 14,834 buah koperasi yang mempunyai 7.08 juta anggota di seluruh Malaysia demi merealisasikan misi penanaman sejuta pokok. “Program ini juga akan dilaksanakan dengan sokongan International Co-operative Alliance - Asia Pacific (ICA-AP) menerusi penglibatan hebahan oleh Jawatankuasa Belia dan Jawatankuasa Perhutanan (Youth and Forestry Committee) ICA-AP. ANGKASA turut bekerjasama dengan ICA pada peringkat global untuk mempromosikan program ini bagi mendapatkan sokongan dan penyertaan para koperator di seluruh dunia,” jelasnya. Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok didokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program juga dilaksanakan dengan kerjasama erat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Majlis Belia Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya; Timbalan Pengerusi Eksekutif

13 ANGKASA

OGOS 2022

Suruhanjaya SKM, Encik Rusli Jaafar; Pengerusi IKMa, Datuk Wira Rosli Mat Hassan; Penaung Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merangkap Penasihat PUSPANITA, KUSKOP, Puan Sri Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh; Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Dato’ Ahmad Fadzil Abd Majid; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Encik Kamal Badrin Hassan; Pengarah Taman Botani Negara Shah Alam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Puan Siti Zubaidah Mohamad; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Tan Sri Noh bergambar bersama peserta di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Tan Sri Noh Lancar Modul Pendidikan dan Pembelajaran ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’

Tan Sri Noh Haji Omar (tiga dari kanan), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua dari kanan) dan dif-dif kehormat lain memegang modul Pendidikan dan Pembelajaran “Sejuta Pokok Segunung Harapan.”

Kulit Buku Sejuta Pokok Segunung Harapan.

Pada majlis yang sama, Tan Sri Noh turut melancarkan Modul Pendidikan dan Pembelajaran “Sejuta Pokok Segunung Harapan” untuk dimanfaatkan oleh 2,460 koperasi sekolah di seluruh Malaysia dengan keanggotaan berjumlah kira-kira 1.97 juta anggota individu. Modul tersebut diterbitkan secara kolaborasi antara ANGKASA dan Institut Perubahan

Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara hutan dan alam sekitar serta memberi pendidikan asas berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok.

Modul itu juga akan dikongsi menerusi program Training of Trainers (ToT) yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA dan UKM dan anggota koperasi sekolah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan usaha penanaman pokok bagi mengekalkan kekayaan biodiversiti negara serta memelihara sumber alam semulajadi.

14 ANGKASA

OGOS 2022

Koperasi Sekolah Wadah Pupuk Bakat Keusahawanan Pelajar

Pemenang bergambar bersama dif kehormat. Turut sama ialah Puan Ida Hairani Bakar (duduk, kiri sekali); Encik Amran Haji Abd. Kadir (duduk, dua dari kiri); Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, tiga dari kiri); Datuk Mohamad Haji Alamin (tengah); Puan Hamidah Md Jos (duduk, tiga dari kanan); Prof. Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (duduk, dua dari kanan) dan Encik Jasmin Abd. Shukor (duduk, kanan sekali).

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

koperasi sekolah ke arah memacu kejayaan koperasi sekolah di peringkat nasional dan antarabangsa. Katanya, model koperasi sekolah di peringkat ASEAN bakal diwujudkan tidak lama lagi dalam usaha memperkasakan peranan koperasi sekolah di mata dunia sekali gus membuktikan usaha yang digerakkan ANGKASA mampu mengoptimumkan potensi koperasi sekolah di peringkat yang lebih meluas. Demi mencapai matlamat tersebut, KPM, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA akan bekerjasama dan memainkan peranan yang lebih efektif dalam meneroka potensi koperasi sekolah supaya dapat mencapai perolehan yang setanding dengan koperasi dewasa selain lebih berdaya saing. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Puan Ida Hairani Bakar; Pengarah

Penglibatan koperasi sekolah dalam perniagaan dapat memupuk bakat keusahawanan pelajar sekali gus berupaya menjana pendapatan koperasi sekolah serta menyumbang kepada ekonomi negara. Peranan yang dimainkan dilihat boleh membantu kerajaan mengatasi masalah kos sara hidup melalui peruncitan koperasi sekolah khususnya dalam menangani isu berkaitan kepenggunaan. Demikian menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Mohamad Haji Alamin ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penutupan Pertandingan Akhir Deklamasi Sajak Koperasi Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 28 Julai 2022. Katanya, koperasi sekolah merupakan platform terbaik ke arah mengembangkan kebolehan dan bakat pelajar dalam bidang keusahawanan. “Dalam usaha memupuk bakat keusahawanan pelajar, nilai amanah, jujur, prihatin dan gigih menjadi teras dan ciri terpenting bagi menjayakan hasrat kerajaan melahirkan usahawan cemerlang di samping mampu melonjakkan ekonomi negara pada masa akan datang tanpa mengabaikan prinsip dan jati diri koperasi. Sehingga Disember 2021, terdapat 2,463 koperasi sekolah berdaftar dengan keanggotaan berjumlah 1.97 juta orang; modal syer dan yuran terkumpul sebanyak RM29.6 juta serta aset RM416.86 juta dan perolehan mencecah RM318.6 juta membuktikan koperasi sekolah memainkan peranan besar dalam menjana pendapatan sekali gus mampu mengimbangi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan”, ujar beliau. Terdahulu, dalam ucapan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, menyatakan bahawa ANGKASA akan meneruskan komitmen pembangunan gerakan

Timbalan Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mohamad Haji Alamin.

Sebahagian tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Penutupan Pertandingan Akhir Deklamasi Sajak Koperasi Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan di Auditorium ANGKASA.

15 ANGKASA

OGOS 2022

JOHAN PERTANDINGAN AKHIR DEKLAMASI SAJAK KOPERASI SEKOLAH 2022

Pembangunan Koperasi SKM; Encik Amran Haji Abd Kadir; Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Encik Jasmin Abd Shukor; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Anggota Jawatankuasa Bahagian Sekolah (BSE) ANGKASA iaitu Haji Mohd Jamil Othman dan Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah serta Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan barisan pengurusan kanan ANGKASA. Deklamasi Sajak Koperasi Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan dianjurkan bagi mempromosikan Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia yang bertujuan mengetengahkan bakat golongan muda sebagai

pelapis pembangunan negara melalui pembinaan keyakinan dan keterampilan diri di samping meluaskan pengetahuan generasi muda dalam bidang keusahawanan koperasi. Sebanyak 266 buah koperasi sekolah menyertai pertandingan yang julung kali diadakan dengan penyertaan seorang peserta bagi setiap koperasi. Mereka menjalani proses saringan oleh BSE ANGKASA untuk memilih seramai 30 orang ke peringkat separuh akhir yang berlangsung secara dalam talian pada 21 Julai 2022 lalu sebelum memilih seramai 10 peserta ke peringkat akhir untuk dipertandingkan. Penilaian diadili oleh empat juri yang terdiri daripada wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Encik Amran Haji Abd Kadir; wakil Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Hamidah Md Jos; wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Ainor Faiz Shuib dan wakil ANGKASA iaitu Haji Nor Adzmi Baba.

SAJAK

KELUARGA KOPERASI

Keluarga Paduan kata Kulo Ertinya saya Warga Maksudnya ahli Ahliku Ada aku Ada kamu Ada mereka

Ada kita semua Kitalah keluarga Keluarga koperasi Kalau sudah mengaku keluarga Tidak boleh tidak Kebajikan ahlinya Ayahanda wajib peka Siapa perlu beras Siapa kurang lauk Mana sengetnya Mana bocornya Jangan nanti perahunya Karam sekerat Cubit peha kiri Peha kanan juga serasa Jika namanya keluarga koperasi Sebelum ke lidah Akarnya harus muafakat Runding sebelum bulat Usah pandai-pandai buat Kelak salah alamat Sedangkan lidah lagi tergigit Adat senduk Ke belanga terhantuk Keluarga koperasi Tentulah mengira Untung rugi Nan ayah dan nan ibu Memayung anak-anaknya Nan anak-anak Menabur bakti Berlaga bahu Biar laba menderu Nanti untungnya dibagi-bagi Agar menambah gemilang koperasi Awas Jangan memancing Dalam belanga Usah seperti pinggan mangkuk Silap sedikit hendak terhantuk Jadilah setangkai padi Bernas semuanya Kita ini syukur Tumbuh di tanah gembur Bumi ini sedia Makmur Pusaka dari leluhur Tanah tua ini Menyimpan sejarah Keluarga besar kita Yang pucuknya terbina 1922 Maya kini Keluarga besar kita Terus gemilang Memanjat matang 10 dekat

JOHAN

ADIK MUHAMMAD ADAM SYAKIR JALALUDIN Koperasi MRSM Sungkai Berhad Menerima hadiah RM3,000, trofi dan sijil penyertaan

NAIB JOHAN

ADIK ADAM DARWISH ABDULLAH Koperasi SM Ghaffar Baba Masjid Tanah Berhad Menerima hadiah RM2,000, trofi dan sijil penyertaan

TEMPAT KETIGA

Berbunga hasrat kami Moga keluarga koperasi Pacu terus pacu Maju terus maju

ADIK NURULAIN MANSOR Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Johor Berhad Menerima hadiah RM1,500, trofi dan sijil penyertaan

Erat tambah dapat Padat tambah kuat Dengan coretan keramat Bersekutu bertambah mutu Siapa tahu Jasa keluarga koperasi yang dahsyat Terjalin kembali pertalian erat Terjambat semula banjaran Titi bangsa

Bangsa kita yang hebat Dan tidak dapat tidak Kekal Berdaulat

16 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

OGOS 2022

ANGKASA Perluas Promosi Koperasi Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah di Kemboja

Oleh RAHMAT MOHD DID

merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut disertai Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad; Pengurus Besar BHEA ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad dan Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail. Pelbagai perkara telah dibincangkan menerusi beberapa siri pertemuan bersama pemimpin koperasi di Kemboja termasuk bersama Menteri Kanan Tugas- Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan. Perbincangan tersebut antara lainnya

menyentuh mengenai peluang untuk menjadikan Kemboja sebagai pembekal beras kepada koperasi di Malaysia serta usaha-usaha lain untuk manfaat kedua- dua pihak. Selain bermatlamat mempromosikan model KKM dankoperasisekolah,ANGKASAturutmeneruskanmisi khidmat dan sumbangan bakti kepada komuniti Islam di Kemboja menerusi penyerahan Al-Quran bersaiz besar di masjid terpilih sekitar Kampong Chhnang, sebuah bandar utama di Wilayah Kemboja. Usaha itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan Islam iaitu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, malah selaras dengan Prinsip Ketujuh Koperasi iaitu “Berprihatin kepada Masyarakat”.

Hubungan dan kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dan gerakan koperasi di Kemboja terus diperkukuh menerusi Program Adaptasi Aktiviti Koperatif Kariah Masjid dan Koperatif Koperasi Sekolah. Program anjuran Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA) ANGKASA yang diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos 2022 itu telah mencipta sejarah tersendiri menerusi pengenalan model koperasi kariah masjid (KKM) dan koperasi sekolah di negara berkenaan yang memiliki komuniti Islam lebih 800,000 orang. Delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden

Model Koperasi Kariah Masjid Diperkenalkan di Kemboja

ANGKASA bakal mengembangkan model Koperasi Kariah Masjid (KKM) di Kemboja sebagai usaha membantu komuniti Muslim di negara berkenaan, sekali gus menjadikan Kemboja sebagai negara ASEAN pertama yang bakal merealisasikan usaha ANGKASA itu. Pada pertemuan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan yang berlangsung pada 3 Ogos 2022, kedua- dua pemimpin berkenaan bersetuju untuk mengembangkan usaha tersebut bagi

membangunkan

sosioekonomi

komuniti

Muslim di negara berkenaan. Wakil Kemboja yang turut sama semasa perbincangan tersebut ialah Ketua Kabinet Menteri Kanan, Encik Long Yes, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Encik San Saran, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Encik Sman Manan; Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Puan Man Chenda; Ketua Setiausaha Kementerian Keagamaan, Encik Yob Askary dan Setiausaha Bahagian Kementerian Pelancongan, Encik Kateu Mohamad Nassry.

Kemboja Sambut Baik Idea Penubuhan Koperasi Sekolah Kemboja menyambut baik usaha ANGKASA dengan idea penubuhan koperasi sekolah yang bertujuan memupuk nilai keusahawanan pelajar di negara berkenaan. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Encik Nos Sles sewaktu mengadakan pertemuan bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Phnom Penh, pada 3 Ogos 2022 memberitahu bahawa terdapat lebih 10,000 buah sekolah di Kemboja dan mereka sedang dalam proses untuk memberikan autonomi kepada sekolah untuk berdikari. "Program ini kami namakan Sekolah Generasi Baharu dan idea penubuhan koperasi adalah amat dialu-alukan agar kelestarian sekolah terjamin menerusi pemupukan nilai keusahawanan koperasi," ujar beliau. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Encik Sos Fazy.

17 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

OGOS 2022

KHPOP Community Association Pacu Kemajuan Komuniti di Kemboja

ANGKASA mengadakan pertemuan dengan KHPOP Community Association (KCA) iaitu sebuah koperasi berkonsep komuniti kampung pintar yang terletak di Masjid Al-Husainah, Phnom Penh pada 3 Ogos 2022. berpeluang KCA yang ditubuhkan pada 2013 menjadikan sumber utama pendapatannya melalui pelbagai aktiviti perniagaan seperti penjualan baja dan air mineral.

Menurut Presidennya, Haji Mohammad Younes, KCA sedang berusaha mengembangkan lagi program wakaf untuk manfaat kira-kira 560 kampung lain di Kemboja, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah turut memuji usaha yang dilakukan KCA dan mencadangkan supaya KCA bertindak sebagai badan puncak koperasi di Kemboja sekali gus menjadi mentor kepada koperasi baharu.

ANGKASA Sumbang Lampu Solar di Lima Masjid di Kemboja

ANGKASA menyumbang lapan unit lampu solar kepada lima buah masjid sekitar Kemboja iaitu Masjid Al-Husainiyah; Tropeang Jrov; Ael Husaiinah; Nurul Huda dan Al Majid yang terletak di Kampong Chnang, sebuah bandar utama di Wilayah Kemboja. Selain lampu solar, 20 naskah Al-Quran dan 15 pasang telekung juga turut diberikan melalui sumbangan bersama oleh ANGKASA dan warga koperasi di Malaysia. Majlis penyerahan oleh Presiden ANGKASA itu adalah melalui Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Kemboja, Encik Sman Manan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Wanita Kemboja, Puan Man Chenda, Timbalan Gabenor Provinsi Kampong Chhnang.

Cambodia Muslim Cooperative Model Koperasi Terbaik Bantu Umat Islam di Kemboja

ANGKASA memuji Cambodia Muslim Cooperative (CMC) yang telah mengecapi pelbagai kejayaan membangunkan komuniti Muslim di Kemboja melalui infaq dan wakaf. Delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkesempatan melawat pejabat CMC di Phnom Penh yang juga merupakan Klinik Wakaf Chroy Metrey pada pada 4 Ogos 2022. Klinik tersebut mengenakan caj yang rendah kepada pesakit dan 80 peratus keuntungannya digunakan untuk tujuan infaq bagi membantu komuniti

berdekatan, khususnya kepada umat Islam yang memerlukan. Mula beroperasi sejak 2009, CMC telah membina banyak infrastruktur antaranya masjid, surau, sekolah, rumah orang tua, rumah anak-anak yatim dan perigi untuk manfaat rakyat di Kemboja. Delegasi ANGKASA juga turut dibawa melawat Madrasah Norul Iman yang dibiayai sepenuhnya oleh CMC khusus untuk membantu pelajar daripada keluarga miskin. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Presiden CMC, Encik Ashari Saleh dan Timbalan Presidennya, Encik Him Komry.

ANGKASA Bersedia Beri Khidmat Nasihat kepada Koperasi di Kemboja

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyambut baik hasrat koperasi tersebut dan menyatakan kesediaan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat sekiranya diperlukan demi kemajuan anggota koperasi. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Presiden Cambodian Mustaqeen Cooperative , Encik Sales Salas dan Timbalan Presiden Cambodian Mustaqeen Cooperative , Ustaz Ali Mosa.

Cambodian Mustaqeen Cooperative yang ditubuhkan sejak dua bulan lalu di Kemboja menemui delegasi ANGKASA pada 5 Ogos 2022 di Phnom Penh bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang pengurusan perniagaan. Koperasi tersebut yang dibarisi 17 Anggota Lembaga daripada kalangan profesional itu giat menjalankan program amal dan misi bantuan di kawasan luar bandar.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease