WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

13 ANGKASA

OGOS 2022

Suruhanjaya SKM, Encik Rusli Jaafar; Pengerusi IKMa, Datuk Wira Rosli Mat Hassan; Penaung Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merangkap Penasihat PUSPANITA, KUSKOP, Puan Sri Prof. Datin Seri Dr. Aishah Salleh; Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Dato’ Ahmad Fadzil Abd Majid; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Encik Kamal Badrin Hassan; Pengarah Taman Botani Negara Shah Alam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Puan Siti Zubaidah Mohamad; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Tan Sri Noh bergambar bersama peserta di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Tan Sri Noh Lancar Modul Pendidikan dan Pembelajaran ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’

Tan Sri Noh Haji Omar (tiga dari kanan), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua dari kanan) dan dif-dif kehormat lain memegang modul Pendidikan dan Pembelajaran “Sejuta Pokok Segunung Harapan.”

Kulit Buku Sejuta Pokok Segunung Harapan.

Pada majlis yang sama, Tan Sri Noh turut melancarkan Modul Pendidikan dan Pembelajaran “Sejuta Pokok Segunung Harapan” untuk dimanfaatkan oleh 2,460 koperasi sekolah di seluruh Malaysia dengan keanggotaan berjumlah kira-kira 1.97 juta anggota individu. Modul tersebut diterbitkan secara kolaborasi antara ANGKASA dan Institut Perubahan

Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara hutan dan alam sekitar serta memberi pendidikan asas berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok.

Modul itu juga akan dikongsi menerusi program Training of Trainers (ToT) yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA dan UKM dan anggota koperasi sekolah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan usaha penanaman pokok bagi mengekalkan kekayaan biodiversiti negara serta memelihara sumber alam semulajadi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease