WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

15 ANGKASA

OGOS 2022

JOHAN PERTANDINGAN AKHIR DEKLAMASI SAJAK KOPERASI SEKOLAH 2022

Pembangunan Koperasi SKM; Encik Amran Haji Abd Kadir; Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Encik Jasmin Abd Shukor; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Anggota Jawatankuasa Bahagian Sekolah (BSE) ANGKASA iaitu Haji Mohd Jamil Othman dan Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah serta Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan barisan pengurusan kanan ANGKASA. Deklamasi Sajak Koperasi Sekolah 2022 Peringkat Kebangsaan dianjurkan bagi mempromosikan Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia yang bertujuan mengetengahkan bakat golongan muda sebagai

pelapis pembangunan negara melalui pembinaan keyakinan dan keterampilan diri di samping meluaskan pengetahuan generasi muda dalam bidang keusahawanan koperasi. Sebanyak 266 buah koperasi sekolah menyertai pertandingan yang julung kali diadakan dengan penyertaan seorang peserta bagi setiap koperasi. Mereka menjalani proses saringan oleh BSE ANGKASA untuk memilih seramai 30 orang ke peringkat separuh akhir yang berlangsung secara dalam talian pada 21 Julai 2022 lalu sebelum memilih seramai 10 peserta ke peringkat akhir untuk dipertandingkan. Penilaian diadili oleh empat juri yang terdiri daripada wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Encik Amran Haji Abd Kadir; wakil Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Hamidah Md Jos; wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Ainor Faiz Shuib dan wakil ANGKASA iaitu Haji Nor Adzmi Baba.

SAJAK

KELUARGA KOPERASI

Keluarga Paduan kata Kulo Ertinya saya Warga Maksudnya ahli Ahliku Ada aku Ada kamu Ada mereka

Ada kita semua Kitalah keluarga Keluarga koperasi Kalau sudah mengaku keluarga Tidak boleh tidak Kebajikan ahlinya Ayahanda wajib peka Siapa perlu beras Siapa kurang lauk Mana sengetnya Mana bocornya Jangan nanti perahunya Karam sekerat Cubit peha kiri Peha kanan juga serasa Jika namanya keluarga koperasi Sebelum ke lidah Akarnya harus muafakat Runding sebelum bulat Usah pandai-pandai buat Kelak salah alamat Sedangkan lidah lagi tergigit Adat senduk Ke belanga terhantuk Keluarga koperasi Tentulah mengira Untung rugi Nan ayah dan nan ibu Memayung anak-anaknya Nan anak-anak Menabur bakti Berlaga bahu Biar laba menderu Nanti untungnya dibagi-bagi Agar menambah gemilang koperasi Awas Jangan memancing Dalam belanga Usah seperti pinggan mangkuk Silap sedikit hendak terhantuk Jadilah setangkai padi Bernas semuanya Kita ini syukur Tumbuh di tanah gembur Bumi ini sedia Makmur Pusaka dari leluhur Tanah tua ini Menyimpan sejarah Keluarga besar kita Yang pucuknya terbina 1922 Maya kini Keluarga besar kita Terus gemilang Memanjat matang 10 dekat

JOHAN

ADIK MUHAMMAD ADAM SYAKIR JALALUDIN Koperasi MRSM Sungkai Berhad Menerima hadiah RM3,000, trofi dan sijil penyertaan

NAIB JOHAN

ADIK ADAM DARWISH ABDULLAH Koperasi SM Ghaffar Baba Masjid Tanah Berhad Menerima hadiah RM2,000, trofi dan sijil penyertaan

TEMPAT KETIGA

Berbunga hasrat kami Moga keluarga koperasi Pacu terus pacu Maju terus maju

ADIK NURULAIN MANSOR Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Johor Berhad Menerima hadiah RM1,500, trofi dan sijil penyertaan

Erat tambah dapat Padat tambah kuat Dengan coretan keramat Bersekutu bertambah mutu Siapa tahu Jasa keluarga koperasi yang dahsyat Terjalin kembali pertalian erat Terjambat semula banjaran Titi bangsa

Bangsa kita yang hebat Dan tidak dapat tidak Kekal Berdaulat

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease