16 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
OGOS 2022
ANGKASA Perluas Promosi Koperasi Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah di Kemboja
Oleh RAHMAT MOHD DID
merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut disertai Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad; Pengurus Besar BHEA ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad dan Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail. Pelbagai perkara telah dibincangkan menerusi beberapa siri pertemuan bersama pemimpin koperasi di Kemboja termasuk bersama Menteri Kanan Tugas- Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan. Perbincangan tersebut antara lainnya
menyentuh mengenai peluang untuk menjadikan Kemboja sebagai pembekal beras kepada koperasi di Malaysia serta usaha-usaha lain untuk manfaat kedua- dua pihak. Selain bermatlamat mempromosikan model KKM dankoperasisekolah,ANGKASAturutmeneruskanmisi khidmat dan sumbangan bakti kepada komuniti Islam di Kemboja menerusi penyerahan Al-Quran bersaiz besar di masjid terpilih sekitar Kampong Chhnang, sebuah bandar utama di Wilayah Kemboja. Usaha itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan Islam iaitu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, malah selaras dengan Prinsip Ketujuh Koperasi iaitu “Berprihatin kepada Masyarakat”.
Hubungan dan kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dan gerakan koperasi di Kemboja terus diperkukuh menerusi Program Adaptasi Aktiviti Koperatif Kariah Masjid dan Koperatif Koperasi Sekolah. Program anjuran Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA) ANGKASA yang diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos 2022 itu telah mencipta sejarah tersendiri menerusi pengenalan model koperasi kariah masjid (KKM) dan koperasi sekolah di negara berkenaan yang memiliki komuniti Islam lebih 800,000 orang. Delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden
Model Koperasi Kariah Masjid Diperkenalkan di Kemboja
ANGKASA bakal mengembangkan model Koperasi Kariah Masjid (KKM) di Kemboja sebagai usaha membantu komuniti Muslim di negara berkenaan, sekali gus menjadikan Kemboja sebagai negara ASEAN pertama yang bakal merealisasikan usaha ANGKASA itu. Pada pertemuan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan yang berlangsung pada 3 Ogos 2022, kedua- dua pemimpin berkenaan bersetuju untuk mengembangkan usaha tersebut bagi
membangunkan
sosioekonomi
komuniti
Muslim di negara berkenaan. Wakil Kemboja yang turut sama semasa perbincangan tersebut ialah Ketua Kabinet Menteri Kanan, Encik Long Yes, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Encik San Saran, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Encik Sman Manan; Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Puan Man Chenda; Ketua Setiausaha Kementerian Keagamaan, Encik Yob Askary dan Setiausaha Bahagian Kementerian Pelancongan, Encik Kateu Mohamad Nassry.
Kemboja Sambut Baik Idea Penubuhan Koperasi Sekolah Kemboja menyambut baik usaha ANGKASA dengan idea penubuhan koperasi sekolah yang bertujuan memupuk nilai keusahawanan pelajar di negara berkenaan. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Encik Nos Sles sewaktu mengadakan pertemuan bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Phnom Penh, pada 3 Ogos 2022 memberitahu bahawa terdapat lebih 10,000 buah sekolah di Kemboja dan mereka sedang dalam proses untuk memberikan autonomi kepada sekolah untuk berdikari. "Program ini kami namakan Sekolah Generasi Baharu dan idea penubuhan koperasi adalah amat dialu-alukan agar kelestarian sekolah terjamin menerusi pemupukan nilai keusahawanan koperasi," ujar beliau. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan Kemboja, Encik Sos Fazy.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease