WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

18 ANGKASA

OGOS 2022

Waris Allahyarham Hassan Johan Infaqkan Sebahagian Wang dari Pusaka

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan cenderamata kepada waris Allahyarham Hassan Johan.

Bergambar bersama waris Allahyarham dan wakil penerima sumbangan Infaq.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang hadir mewakili Presiden ANGKASA berkata, sesi penyerahan sumbangan itu menjadi bukti ketelusan dan keberkesanan usaha MAAB dalam menguruskan proses pentadbiran harta pusaka. Katanya, MAAB sentiasa memastikan pengurusan pentadbiran pusaka dapat dilaksanakan dengan segera supaya segala urusan dan tanggungjawab si mati dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum timbul isu kematian berlapis dan sebagainya. "MAAB berharap lebih ramai masyarakat Islam dapat menginfaqkan sebahagian harta yang ada untuk dimanfaatkan oleh masyarakat umum. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada pihak waris atas kesepakatan untuk memberikan sumbangan dan menginfaqkan sebahagian harta pusaka Allahyarham seperti yang dihasratkan oleh Allahyarham dalam wasiatnya," ujar beliau. Sehingga kini, MAAB telah mendaftar wasiat melebihi 170,000 kes dan menguruskan sebanyak 637 fail bagi pentadbiran harta pusaka yang dianggarkan bernilai RM320 juta. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Anggota Lembaga MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Encik Faudzi Md Din.

MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) menempa sejarah tersendiri dengan menganjurkan majlis penyerahan sumbangan dan Infaq bagi pihak waris Allahyarham Hassan Johan yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana pada 26 Julai 2022. Sumbangan tersebut yang berjumlah RM16,820.89 telah disampaikan oleh waris Allahyarham kepada Madrasah Mahmudah Kg. Badlishah Serdang Kedah, Masjid Wan Nong Gerik Perak, Sekolah Rendah Tahfiz Ibnu Sina Kamunting Perak, Surau Nurul Ikhwab Kamunting Perak, Maahad Thafiz Wattalaqqi Kuala Kangsar, Yayasan Infaq ANGKASA dan dua penerima individu.

COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 Petugas Tanah Perkuburan Terima Sumbangan Barangan Asas

ini akan diteruskan demi membantu golongan yang memerlukan,” katanya. Dalam majlis yang sama, sebanyak 20 batang pokok jenis Podocarpus dan 180 pokok Serap Copia turut ditanam untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok. Menurut Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain, selain menyantuni pekerja di Raudhatul Sakinah, ANGKASA Wilayah Persekutuan juga berbesar hati menyumbang pokok sebagai usaha mempromosikan kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar. “Kami cuba membuat sedikit kelainan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan harapan program ini turut sama menginspirasikan rakyat yang bukan daripada kalangan anggota koperasi,” jelasnya. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Encik Che Khalek Abdullah dan barisan Ahli Jawatankuasa JPAN Wilayah Persekutuan.

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (depan, tiga dari kanan) menanam pokok Podocarpus sebagai gimik perasmian Program CSR CoopCare ANGKASA Prihatin Covid-19 Kepada Petugas Barisan Hadapan Raudhatul Sakinah sambil disaksikan Ketua Penolong Pengarah, Encik Che Khalek Abdullah (depan, kiri sekali), Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain (depan, dua dari kiri) dan barisan Ahli Jawatankuasa JPAN Wilayah Persekutuan.

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian BA100 kepada petugas barisan hadapan Raudhatul Sakinah.

Oleh RAHMAT MOHD DID

projek Barangan Asas 100 (BA100) yang disampaikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Datuk Haji Mohamad Ali berkata, penganjuran program seumpama itu adalah untuk membantu meringankan beban anggota koperasi, petugas barisan hadapan dan masyarakat dalam menempuhi cabaran kenaikan harga barang yang

semakin membebankan. “Sejak Mac 2020

ketika

bermulanya Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pan­ demik COVID-19, ANGKASA telah menjalankan lebih 150 program CSR sebegini dan telah memanfaatkan lebih daripada 70 ribu orang individu secara tidak langsung. “ANGKASA telah mem­ Perintah peruntukkan sejumlah bajet untuk diagihkan dalam bentuk program kebajikan atau sumbangan barangan keperluan asas dan usaha

ANGKASA Tanggungjawab Koperasi (CSR) di bawah payung COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada 80 petugas barisan hadapan Raudhatul Sakinah di Batu Caves, Selangor pada 25 Julai 2022 ANGKASA Wilayah Persekutuan. meneruskan misi Sosial Kakitangan tanah perkuburan Islam tersebut telah menerima sumbangan barangan keperluan harian di bawah

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease