WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

19 ANGKASA

OGOS 2022

Perkasa JAD Jamin Keseimbangan Tadbir Urus Koperasi

Barisan JAD ANGKASA terdiri daripada Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias (tengah); Anggota JAD iaitu Dr. Ainuddin Bahari (kanan sekali); Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad (dua dari kanan); Encik Muhammad Salim Md. Dom (kiri sekali) dan Encik Zaini Sa’ad (dua dari kiri).

Persidangan JAD ANGKASA berlangsung .

Oleh RAHMAT MOHD DID

di Avillion Admiral Cove Resort Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 Julai 2022. Tambahnya lagi, penganjuran program tersebut bertujuan ke arah penambahbaikan berterusan terhadap peningkatan Quality Assurances pengurusan penyediaan perkhidmatan pengauditan daripada aspek proses, prosedur dan pelaporan yang dibangunkan. "JAD juga harus peka akan semakan pelaksanaan pelan tindakan terhadap isu dan cabaran prestasi aktiviti tahunan sebelumnya agar dapat diper­ tingkatkan kualitinya pada masa hadapan," jelasnya. Sementara itu, dalam ucapannya aluan Pengerusi JAD ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias menyatakan persidangan ini dapat memberi pendedahan kepada JAD terhadap perubahan persekitaran dalam memastikan sasaran dan skop pengauditan memberi impak berkesan kepada Jawatankuasa Tertinggi dan Pengurusan ANGKASA. Hadir sama secara maya dalam persidangan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Abdullah dan barisan JAD ANGKASA.

Sektor koperasi perlu sentiasa ditadbir urus berlandaskan prinsip akauntabiliti, integriti, ketelusan dan kecekapan kerana koperasi adalah milik bersama anggotanya. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kegagalan sesebuah koperasi berfungsi dengan sebaiknya akan memberi kesan kepada keseluruhan anggota. "Amalan tadbir urus yang berkesan melalui keseimbangan aktiviti pengambilan risiko dan kehematan perniagaan akan memaksimumkan pulangan kepada anggota di samping melindungi kepentingan semua pihak. "Program Persidangan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ini dapat memberi pendedahan tentang perubahan persekitaran dalam memastikan sasaran dan skop pengauditan dapat memberi impak berkesan kepada Jawatankuasa Tertinggi, Pengurusan dan tadbir urus ANGKASA," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan secara maya, Persidangan Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA 2022 yang julung kali diadakan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berucap ketika merasmikan program secara maya.

Pengerusi JAD ANGKASA, Haji Zaharuddin Alias.

Menjadi entiti sokongan yang efektif dan efisien untuk memacu kecemerlangan ANGKASA dalam gerakan koperasi negara. VISI

Memperkukuhkan tadbir urus ANGKASA melalui aktiviti-aktiviti pengauditan dalaman yang sistematik dan profesional. MISI

PELAN STRATEGIK

PUNCA KUASA

i. Seksyen 42A, Akta Koperasi 1993 (Akta 502) Jawatankuasa Audit Dalaman. ii. Perkara 43, Undang-Undang Kecil ANGKASA (Pindaan 2010 Hingga 2014). iii. Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, GP4: Garis Panduan Pelantikan Dan Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman.

i. Pengauditan Pengurusan dan Kewangan ANGKASA yang efektif dan efisien. ii. Melaksanakan pengauditan mengikut piawaian antarabangsa secara profesional dan bebas bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap akauntabiliti operasi. iii. Menghasilkan laporan audit dalaman yang berkualiti, adil dan saksama. iv. Memastikan cadangan-cadangan audit dalaman yang dilulusakan oleh JTK dilaksanakan oleh Pengurusan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease