WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

3

Gerakan Koperasi Negara Diseru Berjihad ‘Perangi’ Orang Tengah dan Inflasi

Tan Sri Noh merasmikan Majlis Utama Sesi Sri Noh merasmikan Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22).

KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad. Menurut beliau, ketika kerajaan menghadapi pelbagai cabaran untuk memulihkan ekonomi negara, telah wujud pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan dengan sewenang-wenangnya. "Kita sedia maklum negara dilanda COVID-19, (yang menyebabkan) hampir 40 ribu usahawan 'tutup kedai' dan selepas itu negara kita dilanda banjir pula. Justeru, bermula September 2022, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mula mengimport lima barangan keperluan asas bawah jenama ‘coopMART’ untuk dijual di lebih 3,000 kedai koperasi di bawah ANGKASA. Lima barangan itu adalah gula, tepung, beras, minyak masak dan ayam beku yang dijangka lebih murah antara 10 hingga 25 peratus berbanding harga pasaran setempat. SKM juga melalui federasi

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Anggota koperasi seluruh negara diseru supaya menguatkan azam dengan semangat jihad untuk ‘memerangi’ penglibatan orang tengah dan inflasi. Seruan tersebut adalah sebagai menyahut gesaan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang mahu gerakan koperasi meneruskan jihad ‘memerangi’ orang tengah dalam usaha memperkasakan agenda sekuriti makanan negara. Demikian antara inti pati utama ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar semasa Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22). Majlis tersebut yang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor pada 30 Julai 2022 turut diiringi oleh Timbalan Menteri

Tan Sri Noh Haji Omar.

BERSAMBUNG DI MUKA 4

Dari Meja Presiden

Jati diri yang kukuh bukan sahaja dapat memupuk nilai- nilai murni dalam berkoperasi, malah berupaya menjadi penyumbang kepada pembangunan sosial melalui platform koperasi. Tingkatkanlah keazaman dan cakna dengan memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat sesuai dengan peranan, kemampuan dan kedudukan masing-masing. ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah selari dengan konsep keharmonian seluruh masyarakat dan mampu menjadi asas kepada pembentukan generasi masa depan yang lebih harmoni dan saksama. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 kepada semua warga koperator seluruh Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Setiap warga Malaysia perlu menghayati erti kemerdekaan bagi meningkatkan jati diri dan semangat patriotisme. Dalam konteks koperasi, erti kemerdekaan boleh diterjemahkan melalui nilai berkoperasi yang tinggi iaitu bekerjasama, bertanggungjawab, demokrasi, perpaduan, kesaksamaan dan persamaan. Nilai-nilai ini sebenarnya adalah kuasa yang menentukan kejayaan anggota dalam sesebuah koperasi. Jati diri koperasi adalah milik koperasi. Pembinaan jati diri yang dibentuk melalui kebijaksanaan dan kreativiti perlu dibimbing dan digerakkan secara bersama. Kerjasama dalam kalangan anggota koperasi mencerminkan kebertanggungjawaban dalam mentadbir dan mengurus koperasi dengan baik.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease