4
penternakan, akan terlibat dalam industri penternakan ayam melalui ‘contract farming’ ”, ujar beliau. Tambah Tan Sri Noh, gerakan koperasi negara telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang 100 tahun penubuhannya dan tidak salah untuk warga koperasi menoleh kepada sejarah untuk memperteguhkan asas perjuangan. Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, HKN22 merupakan acara yang julung kali dianjurkan secara bersama oleh SKM dan ANGKASA atas dasar semangat 'Aspirasi Koperasi Negara'. “Inilah semangat aspirasi koperasi yang kita mahu dan jayakan. Bergerak bersama- sama dalam memperkasakan pembangunan dan perniagaan koperasi Malaysia selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom 2021 – 2025),” jelas beliau. Selain koperasi tempatan, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga mengucapkan rasa
penghargaan dan terima kasih kepada rakan- rakan koperasi dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja yang turut terlibat memeriahkan HKN 2022 dengan pelbagai produk serta perkhidmatan koperasi negara masing-masing. Hadir sama dalam Majlis Utama Sesi Walkabout HKN22 ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh; Pengerusi Eksekutif SKM, Dato' Haji Zazali Haron dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor. Turut hadir mewakili ANGKASA ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Pengerusi-Pengerusi ANGKASA Negeri dan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che turut menghadiri Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar (tiga dari kanan) dan tetamu jemputan lain menunjukkan buku ‘100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia’.
Tan Sri Noh menyerahkan bendera ‘100 Tahun Koperasi’ kepada dua wakil pasukan Sri Noh menyerahkan bendera ‘100 Tahun Koperasi’ kepada dua wakil pasukan ‘ANGKASA Hikers ´ sebagai simbol untuk program membawa bendera tersebut dan penanaman pokok di Puncak Gunung Stong, Kelantan pada 14 September 2022.
Tan Sri Noh melawat gerai pameran Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Sri Noh melawat gerai pameran Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman (empat dari kanan).
Tan Sri Noh melihat antara barangan keperluan asas yang dijual di Jualan Harga Patut melalui Gerai Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease