5
Menteri KUSKOP Rasmi Program CoopUmrah ANGKASA
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar telah melancarkan Program CoopUmrah ANGKASA 2022 pada Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) pada 30 Julai 2022. Program anjuran Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA dengan kerjasama MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. serta beberapa rakan strategik itu dinamakan sebagai Program Eksplorasi CoopUmrah 2022 dengan jemaah pertama seramai 109 orang. Selain menandatangani plak, Tan Sri Noh juga turut menyerahkan beg, replika tiket penerbangan
dan mafela kepada salah seorang bakal jemaah sebagai gimik pelancaran. Turut sama menyaksikan pelancaran tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan KSU (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
KUIPB dan Greentech Sdn. Bhd. Meterai Kerjasama Pasaran Motor Elektrik
Pemeteraian persefahaman (MoU) antara Koperasi Usahawan Intima’i Perlis Berhad (KUIPB) dengan Greentech Sdn. Bhd. telah berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Julai 2022. Pemeteraian tersebut, yang memfokuskan pada pemasaran motosikal elektrik, telah disaksikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA. Menurut beliau, motosikal mesra alam tersebut mempunyai ciri- ciri unik seperti kurang pencemaran, menjimatkan kos dan harga mampu milik yang sesuai digunakan khususnya kepada pelajar universiti. Katanya, koperasi harus memberi tumpuan memorandum
kepada pemasaran produk baharu yang diperlukan pengguna untuk memastikan koperasi terus relevan dan dapat menjana pendapatan. Beliau juga turut menyarankan agar koperasi di seluruh Malaysia merebut peluang dengan menjadi pengedar kepada anggota dan masyarakat sebagai tambahan pendapatan kepada koperasi selain mencadangkan kerjasama dengan ASEAN Co-operative Organization (ACO) untuk pasaran di negara-negara anggota ASEAN. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain dan Pengerusi Koperasi KUIPB, Dr. Ammar Hassan.
ANGKASA Tunai Zakat Perniagaan Tahun 2021
ANGKASA Rukun Islam Ke-4 dengan membayar zakat perniagaan ANGKASA Tahun 2021 kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM209,823.51 menunaikan kewajiban Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden
ANGKASA telah menyerahkan replika cek dalam satu sesi serahan khas pada 30 Julai 2022 di pentas utama Hari Koperasi Negara 2022 (HKN 2022). Zakat tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar.
Jualan Harga Patut BA100 Raih Nilai Jualan Lebih RM100 ribu
Jualan Harga Patut melalui gerai Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA yang berlangsung selama empat hari sempena Hari Koperasi Negara 2022 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung sehingga berjaya merekodkan nilai jualan berjumlah RM106,868. Jualan tersebut membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti tepung, minyak masak, beras dan gula pada harga yang berpatutan. Rata-rata mereka berpuas hati dengan potongan harga yang ditawarkan kerana sedikit sebanyak membantu meringankan beban
perbelanjaan mereka. Promosi jualan ‘Happy Hour’ turut menyaksikan potongan harga lebih rendah seperti gula satu kilogram (RM2.00); minyak masak lima kilogram jenama Saji (RM30.00); minyak masak paket satu kilogram (RM2.00); Milo 400g (RM6.90); Nescafe 200g (RM15.00); Kicap jenama Jalen 325ml (RM2.50); Marjerin jenama Pelangi satu kilogram (RM6.90) dan bihun jenama Saji (RM3.20). Selain produk asas, pelbagai produk keluaran koperasi turut dijual pada harga yang menarik
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease