WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2022

7

ANGKASA - NACF Meterai Kerjasama Tingkat Industri Tenusu Negara

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Dairy Cattle Improvement Center (DCIC), Mr. Jeong Ho Sang menunjukkan dokumen memorandum perjanjian (MoA) sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar.

Kepimpinan tertinggi ANGKASA diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama delegasi Korea yang diketuai oleh Presiden National Agricultural Co-operative Federation (NACF), Mr. Ahn Byoung Woo (duduk empat dari kiri).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dengan Mr. Ahn Byoung Woo.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara ANGKASA dengan National Agricultural Co-operative Federation (NACF), Korea telah berlangsung pada Majlis Utama Sesi Walkabout Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) pada 30 Julai 2022. Pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar. ANGKASA telah diwakili oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, manakala Pengarah Dairy Cattle Improvement Center (DCIC), Mr. Jeong Ho Sang mewakili NACF. MoA tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dalam majlis makan malam di Putrajaya pada 29 Julai 2022. NACF pula diwakili oleh Presidennya, Mr. Ahn Byoung Woo dan Mr. Jeong Ho Sang. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, kerjasama tersebut akan melibatkan NACF melalui DCIC untuk membekalkan tenaga kepakaran, menyediakan teknologi yang terkini dan sistem dana ternakan yang komprehensif serta pemantauan secara berkala oleh pakar. “Sebagai rekod, ANGKASA melalui anak syarikatnya, ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. telah memulakan Projek Lembu Tenusu dan Heifers Park pada bulan April 2022 dengan membawa masuk sebanyak 50 ekor lembu bunting baka Holstein-Friesian dari Australia yang kini ditempatkan dalam sebuah kandang ternakan lembu di Kluang, Johor,” ujar beliau.

Sebahagian daripada 50 ekor lembu bunting baka daripada 50 ekor lembu bunting baka Holstein-Friesian yang dibawa dari Australia dalam kandang ternakan Heifers Park ANGKASA di Kluang, Johor.

NACF telah membekalkan benih sperma jantan untuk ‘dikahwinkan’ secara permanian beradas ( artificial insemination ) dengan lembu-lembu dari Australia itu. Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, projek tersebut, yang merupakan kerjasama pertama antara ANGKASA dengan NACF, adalah antara usaha berterusan pihaknya bagi membantu negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import susu.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease