10
ANGKASA melalui ‘COOPCARE Sepakat Ramadan ANGKASA’ telah menyumbang pek berbuka puasa kepada beberapa buah agensi media. Sumbangan tersebut adalah sebagai simbolik kepada rasa cakna dan penghargaan ANGKASA terhadap pengorbanan petugas media yang juga merupakan antara petugas barisan hadapan negara.
Sebanyak 300 pek juadah berbuka puasa telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Kumpulan BERNAMA yang diwakili Pengerusi BERNAMA, YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Wisma BERNAMA pada 20 April 2022.
Sebanyak 300 pek makanan dan minuman disampaikan kepada petugas di Media Prima pada 25 April 2022 oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan diterima melalui Pengerusi Kelab Media Prima, Encik Khairuzzaman Haji Mohammad dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima, Encik Azhari Muhidin.
Sebanyak 250 pek juadah berbuka puasa telah disumbangkan kepada barisan petugas media di Pusat Berita RTM, Angkasapuri pada 6 April 2022. Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan diterima melalui Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa, Pn. Zuraida Mohammad Arif.
Sebanyak 300 pek makanan dan minuman telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah kepada petugas di TV Alhijrah. Sumbangan diterima melalui Ketua Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat, Encik Saifulizan Sidek, Pengurus Integrasi Media , En. Salehhuddin Jurimi, Exco TV Alhijrah dan Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan Korporat, Puan Nadzariah Mohamed.
Sebanyak 300 pek juadah berbuka puasa telah disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Kumpulan Media Karangkraf yang diwakilli Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub dalam Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf di Shah Alam pada 19 April 2022.
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA telah menyampaikan sumbangan 300 pek juadah berbuka puasa kepada petugas media NSTP dan diterima melalui Pengurus Besar Pemasaran dan Sokongan Jualan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease