11
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh bin Haji Omar hadir memeriahkan Program Semarak Ramadan bersama pelajar asnaf di Tanjung Karang pada 16 April 2022. Hadir sama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.
Program jualan produk keperluan harian di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA semasa ‘Karnival Jualan Harga Patut Mantai Ramadan Koperasi sempena Sambutan 100 Tahun Koperasi Malaysia’ pada 2 April di perkarangan Stadium Paroi, Seremban. Perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Seremban, Dato' Masri Haji Razali.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan kit kesihatan melalui projek BA100 dan CoopFarmasi kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia di Kuala Lumpur pada 18 April 2022.
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakilil Presiden ANGKASA dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan golongan asnaf di Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur pada 17 April 2022. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Razak Hussain.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Koperator Ahli ANGKASA Negeri Sarawak dan agensi pada 23 April 2022. Hadir sama Pengerusi JPAN Sarawak Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
Seramai 60 anggota konsortium terdiri daripada Koperasi PEKA Malaysia (OKU Pekak), Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad (cacat anggota) dan Koperasi PERTIS Terengganu Berhad (cacat penglihatan) diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Presiden ANGKASA dan Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad (KKPTB) pada 24 April 2022 di Kuala Terengganu. Hadir sama ialah Pengerusi KKPTB merangkap Pengerusi Koperasi PEKA Malaysia Berhad, Haji Ismail Muda, Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff dan barisan anggota JPAN Terengganu.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan ANGKASA berupa 100 pek barangan keperluan asas berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Rumah Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah di Kuala Lumpur pada 16 April 2022 sempena Program Kayuhan Sahur anjuran NasionalFM.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease