12 ANGKASA
APRIL 2022
Bantu Pergiat Kempen Zakat Koperasi
Pengarah SKM Negeri Pahang, Encik Radiatul Fitri Dollah berucap merasmikan program.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
ANGKASA komited terhadap usahanya untuk memastikan koperasi dapat menunaikan tanggungjawab membayar zakat perniagaan melalui kemudahan dan khidmat sokongan yang diberikan. Sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan kepada ANGKASA sebagai wakil amil zakat yang melaksanakan taksiran dan kutipan zakat perniagaan koperasi setiap tahun, ANGKASA bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran yang berterusan kepada koperasi mengenai kewajipan menunaikan Rukun Islam ke-3 ini. Demikian menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan di majlis Iftar Ramadan Koperasi Wilayah Barat yang berlangsung di dewan Masjid Sultan Abu bakar, Raub Pahang pada 20 April 2022. Katanya, kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Pusat Zakat Negeri Pahang akan dapat membantu ANGKASA mempergiatkan usahanya dalam menjalankan tanggungjawab tersebut terutamanya dalam membuat taksiran terhadap akaun yang telah diaudit serta mendapatkan pengesahan terhadap jumlah zakat perniagaan yang perlu dibayar oleh sesebuah koperasi. Selain itu, ANGKASA juga yakin dapat meningkatkan lagi usaha menjalankan perkhidmatan mengutip atau menerima pembayaran zakat perniagaan oleh sesebuah koperasi bagi pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang. Menurut beliau, data bermula Januari hingga Mac 2022 bagi negeri Pahang menunjukkan bahawa ANGKASA telah membuat taksiran terhadap 24 buah koperasi dan sebanyak empat buah koperasi telah membuat pembayaran dengan jumlah kutipan zakat perniagaan sebanyak RM14,142.74. ANGKASA juga turut dimaklumkan bahawa status 20 buah koperasi lagi sedang dalam rundingan atau perbincangan bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk membuat pembayaran.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB Dato' Haji Nazri bin Ngah merasmikan program Iftar Ramadan Koperasi Wilayah Tengah pada 14 April 2022 bertempat di Masjid Tengku Mahkota, Jerantut. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (duduk paling kanan) yang mewakili Presiden ANGKASA.
“Pihak ANGKASA sentiasa membuat tindakan susulan terhadap 254 buah koperasi lagi yang masih belum membuat sebarang keputusan terhadap zakat perniagaan koperasi. ANGKASA sangat yakin bahawa baki koperasi ini akan membuat pembayaran zakat perniagaan setelah melalui proses kerja atau SOP yang ditetapkan oleh koperasi masing-masing,” ujar beliau.
Berdasarkan kepada data ANGKASA untuk tahun 2021 bagi negeri Pahang, ANGKASA telah berjaya memberikan perkhidmatan taksiran kepada 87 buah koperasi dan sebanyak 77 buah koperasi telah membuat pembayaran zakat perniagaan yang mana nilainya adalah sebanyak RM145,185.43. “Ini bermakna, hanya 10 buah koperasi sahaja masih tiada rekod
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease