13 ANGKASA
APRIL 2022
mengenai status pembayaran zakat perniagaan koperasi. Diharapkan agar 10 buah koperasi ini bersegera untuk menunaikan tanggungjawab Rukun Islam ke-3 ini dan ANGKASA dengan penuh tanggungjawab bersedia untuk terus memberikan perkhidmatan kepada mereka,” jelasnya lagi. Sebanyak 335 buah koperasi pula masih belum membuat pembayaran zakat dan ANGKASA komited membuat tindakan susulan memberikan kesedaran agar koperasi tersebut dapat membuat pembayaran zakat perniagaan. Beliau juga berharap agar gerakan koperasi dapat mengambil manfaat daripada perkhidmatan yang ANGKASA sediakan bagi bersama- sama dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat koperasi masing- masing. Bagi keseluruhan negeri di Malaysia untuk tahun 2021, ANGKASA telah merekodkan sebanyak 1,453 buah koperasi telah diberikan perkhidmatan berkaitan zakat perniagaan koperasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,118 buah koperasi telah berjaya menunaikan atau membuat pembayaran zakat perniagaan dengan jumlah sebanyak RM3,002,429.26. Sebagai rekod, data kutipan zakat bagi seluruh negeri di Malaysia bagi bulan Januari hingga Mac 2022 menunjukkan bahawa ANGKASA telah memberikan perkhidmatan kepada 298 buah koperasi. Sebanyak 44 buah koperasi telah membuat pembayaran zakat perniagaan dengan nilai sebanyak RM482,945.77.
Taklimat mengenai pematuhan syariah dan zakat oleh Pengurus Unit Pematuhan Syariah, Pengurusan dan Pembangunan Zakat ANGKASA, Encik Mohamad Azahari Ahmad.
Bergambar bersama Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Dato' Haji Badlishah Alauddin (paling kiri) di kaunter pertanyaan masjid sumbangan ANGKASA.
Iftar Ramadan bersama Koperasi Wilayah Timur pada 7 April 2022 berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang dan dihadiri seramai 113 anggota mewakili 61 buah koperasi di Wilayah Timur.
Laporan Amaun Kutipan Zakat dan Bilangan Koperasi Negeri PahangTahun 2021
Daerah
Bilangan
Amaun (RM) 720,110.69
Zon Timur Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
42
Zon Tengah Temerloh, Maran, Jerantut, Jengka, Chenor, Bera Zon Barat Raub, Bentong, Kuala Lipis, Cameron Highlands
292,119.92
33
27
284,678.91
Ibu pejabat dan Pusat Zakat Negeri Pahang
432,500.67
3
JUMLAH
1,729,410.19
105
Sumber: Pusat Zakat Negeri Pahang
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease