WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2022

14 RENCANA

APRIL 2022

Oleh SAFINAH SAUPI

Rumah Sewa Beli: Alternatif Perumahan Mampu Milik

Temubual eksklusif bersama Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Cooperative Housing International (CHI).

Gambar hiasan

Rumah adalah keperluan asas dan termaktub dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB mengiktiraf semua orang berhak mendapat standard kehidupan yang sesuai termasuk perumahan sempurna. Malaysia juga tertakluk dan perlu mematuhi dasar perumahan yang disarankan PBB (Fasal 11, Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi dan Sosial) iaitu: Jaminan perundangan: Tidak kira jenis pegangan, semua orang perlu memiliki jaminan pegangan yang menjamin perlindungan perundangan daripada pengusiran, gangguan dan ancaman lain; Kemampuan: Kos kewangan isi rumah atau peribadi yang dikaitkan dengan perumahan seharusnya tidak terancam atau perolehan dan kepuasan keperluan asas lain (contohnya makanan, pendidikan, akses kepada penjagaan kesihatan); Layak didiami: Perumahan yang sesuai perlu menyediakan perkara seperti ruang yang sesuai, perlindungan daripada sejuk, lembab, kepanasan, hujan atau ancaman lain pada kesihatan, bahaya struktur dan vektor penyakit; Perkhidmatan, bahan, kemudahan dan infrastruktur yang tersedia: Perumahan tidak sesuai jika penghuni tidak mempunyai air minuman yang selamat, sanitasi yang sesuai, tenaga untuk memasak, pemanasan dan cahaya, kemudahan sanitasi dan membasuh, kaedah menyimpan makanan, pembuangan sampah dan sebagainya;

Kebolehcapaian: Perumahan tidak sesuai jika keperluan khusus golongan terpinggir dan kurang bernasib tidak diambil kira (golongan miskin,

memperolehi pendapatan RM4,585 dan ke bawah. Bagi mereka, harga rumah RM165,000 dianggap mampu milik. Bagaimanpun, hanya 21 peratus daripada rumah baharu yang dilancarkan di Malaysia berharga di bawah RM250,000 pada 2014. Laporan itu juga menyatakan, di negara lain pasaran sewa beli pada umumnya merupakan keutamaan yang sama dalam dasar perumahan negara dan menjadi alternatif penting kepada pemilikan rumah. Ini menjadi bukti terutamanya di negara-negara yang paras harga rumah yang tidak mampu milik. Di Switzerland, Jerman dan Australia, pasaran penyewaan persendirian terutamanya koperasi giat menyumbang ke arah memastikan bekalan rumah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan isi rumah dengan pelbagai tingkat pendapatan dan keutamaan serta perubahan demografi.Di Jerman, Koperasi Perumahan Jerman merupakan pakatan lebih daripada 400 syarikat menyediakan 800,000 perumahan flat manakala Persatuan Perumahan Jerman dianggotai 2,000 koperasi menyediakan 1.9 juta flat untuk sewa, sewa beli dan jual. Sebanyak 2.2 juta kediaman flat diuruskan Koperasi Perumahan di Jerman. Konsep perumahan disediakan di Jerman dikemaskini dengan data meliputi perumahan komuniti, perumahan sosial, perumahan mampu milik dan perumahan mampu sewa beli (diberi penekanan). Bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan memastikan rakyat mampu memiliki rumah, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan

Namun begitu, selain bilangan rumah mampu milik yang tidak mencukupi dan harga yang tinggi juga menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah. Alternatif yang mereka ada adalah dengan menyewa atau sewa beli.

mereka yang berhadapan dengan diskriminasi, orang kurang upaya, mangsa bencana alam). Lokasi: Perumahan yang sesuai mestilah membenarkan akses pada pilihan pekerjaan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan kemudahan sosial lain dan tidak dibina di atas tapak yang tercemar atau berdekatan dengan sumber pencemaran; Keperluan kebudayaan: Perumahan yang sesuai perlu menghormati dan mengambil kira ekspresi identiti kebudayaan dan cara hidup. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara 2021, separuh daripada isi rumah Malaysia

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease