16 KOPERASI
APRIL 2022
Yayasan Infaq ANGKASA: Wakaf RM594,000 kepada MAINS
Oleh RAHMAT MOHD DID
Yayasan Infaq ANGKASA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk mewakafkan wang tunai sebanyak RM 594,000 bagi tujuan pembelian bangunan wakaf di Seremban, Negeri Sembilan. MoU tersebut yang ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Rahman dan Pengerusi MAINS, Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir telah berlangsung dalam satu majlis pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Negeri Sembilan 2022 di Seremban pada 5 April 2022 dan disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun. Dato’ Seri Aminuddin dalam ucapan perasmiannya telah menerangkan tentang kepentingan dan hikmah wakaf kepada umat Islam. Menurutnya, wakaf boleh disumbangkan melalui tiga cara iaitu tunai, harta dan potongan gaji. “Sumbangan ini akan dikumpulkan untuk tujuan pembangunan aset kekal umat Islam dalam sektor kerohanian, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan kemaslahatan sosioekonomi,” jelasnya. Di samping itu, beliau turut menggalakkan semua kakitangan kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan supaya dapat melaksanakan potongan gaji sekurang-kurangnya RM5 sebulan bagi tujuan wakaf. Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Razali Ab. Malik; Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Abd Kadir dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Pertukaran dokumen MoU antara Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Rahman dan Pengerusi MAINS, Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan melawat gerai pameran di Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Negeri Sembilan 2022.
Gimik perasmian oleh dif-dif kehormat.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease