17 ANGKASA KOPERASI
APRIL 2022 FEBRUARI 2022
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA
YB SS DATO' (DR) HJ. NOOH GADOT
YBHG SS DATO' DR. HJ. ANHAR HJ. OPIR
YBHG. TAN SRI DR. ISMAIL HAJI IBRAHIM
YBHG. DATO' AHMAD TAJUDIN HJ. ABDUL RAHMAN
YBHG. DATUK ABDUL GHANI BIN NGAH
YBHG. PROF MADYA DR. ISMAIL MOHD @ ABU HASSAN
YBHG. PROF. MADYA DATO' DR. HJ. ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RAZAK SHAIK
YBHG. DATO' HJ. CHE MOHD SHUKREE BIN CHE ISA
YBHG. DR. HJ. MOHD AZLAN BIN YAHYA
YBHG. DATUK HJ. MOHAMAD ALI BIN HASAN
Yayasan Infaq ANGKASA
Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) secara rasmi didaftarkan pada 9 Julai 2021 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPAB-22/2021, untuk menggalakkan individu, melaksanakan amalan menderma ataupun menyumbang untuk tujuan berwakaf. Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) pada awalnya merupakan Unit Kutipan Dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf (UKDPDILW) di bawah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang menjalankan aktiviti berwakaf di bawah Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA (SILWA) yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Syariah ANGKASA (JSA). SILWA ini telah dilancarkan pada 15 Ogos 2011 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan pada ketika itu. SILWA juga telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 5 Januari 2011 melalui surat bil. SKM.IP(UU)2622 Jld9(44) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 21 Februari 2011 melalui surat bil. (94) dlm MAIS/E/MAL/01/007/09. Sepanjang pelaksanaan SILWA, ANGKASA bersama-sama Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf yang dipengerusikan oleh YB SS Dato’ (Dr) Haji Nooh Gadot selaku pengerusi dan pengurus dana sentiasa berusaha untuk mengemaskini dan menambahbaik pengurusan dana yang telah dipertanggungjawabkan oleh penyumbang. Yayasan ini ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan harta wakaf bagi kepentingan masyarakat umum selain dapat menyediakan saluran kebajikan yang sistematik, dinamik dan bersepadu. Selaras dengan perkembangan dana dan projek yang semakin memberi impak kepada masyarakat, Yayasan ini menyasarkan perkhidmatan kebajikan yang lebih meluas di dalam dan luar negara. Misi dan visi Yayasan ini dapat dicapai dengan melaksanakan beberapa pendekatan seperti mengadakan seminar, rundingan, memberi taklimat secara langsung dan juga membuka kaunter bergerak bagi memudahkan lagi urusan sekiranya diperlukan. Yayasan ini menjalankan pengurusan yang profesional dan penuh integriti dengan urus tadbir dari Lembaga Pemegang Amanah yang berkepakaran yang meluas merangkumi bidang wakaf dan kewangan Islam.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease