WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2022

18 ANGKASA

APRIL 2022

Sumbangan Al-Quran kepada Komuniti Islam Kemboja

Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Keusahawanan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail mewakili ANGKASA menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada seorang wakil jemaah Masjid Kampung Chhnang, Kemboja.

Sumbangan telekung solat dan tuala kepada komuniti Islam Kemboja.

Oleh WAN ADLINA WAN AB.AZIZ

ANGKASAmeneruskanmisikhidmatdansumbangan bakti kepada komuniti Islam di Kemboja pada Ramadan 1443H tahun ini dengan menyerahkan 30 buah Al-Quran bersaiz besar di 30 buah masjid sekitar Kampung Chhnang, sebuah bandar utama di Wilayah Kemboja. Penyerahan kitab suci berkenaan disampaikan oleh Ahli Setiausaha Kepada Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen merangkap Penolong di Kementerian Perancangan Bandar dan Pembinaan Kadaster, Kemboja, Encik Yuosos Fatierny dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di kampung berkenaan pada 3 April 2022. ANGKASA diwakili Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail bagi menyampaikan bantuan misi berkenaan. Misi bantuan selama dua hari itu turut meraikan 200 buah keluarga dan 18 anak yatim di sekitar kawasan berkenaan dalam satu majlis iftar. Sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan anggota Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA), Anggota Lembaga ANGKASA dan

Sumbangan berupa barangan makanan keperluan asas berupa barangan makanan keperluan asas turut disampaikan kepada komuniti Islam di kawasan berkenaan.

Sebahagian anak-anak yatim diraikan pada anak-anak yatim diraikan pada Majlis Iftar di Kampung Chhnang.

individu perseorangan menerusi kempen yang dijalankan sebulan sebelum bulan Ramadan. Selain itu, sumbangan juga turut melibatkan 200 buah Al-Quran bersaiz kecil dan 50 helai tudung, tuala dan telekung solat serta produk keperluan asas kepada penduduk Islam di wilayah tersebut. Program yang dirangka ANGKASA itu adalah lanjutan daripada Program Tudung dan Wakaf Telaga yang dijalankan sepanjang Januari 2022 selaras dengan Prinsip Ketujuh Koperasi iaitu ‘Berprihatin

Kepada Masyarakat’ di samping memenuhi tuntutan Islam iaitu memberi bantuan kepada fakir dan miskin yang memerlukan. Terdahulu, ANGKASA dengan kerjasama Persatuan Wanita Islam Kemboja (CAWMA) telah menyempurnakan misi bantuan pengagihan tudung dan kelengkapan am kepada kira-kira 700 wakil komuniti Islam di beberapa perkampungan Wilayah Pursat, Kemboja pada Disember 2021 dan pusat pendidikan sekitar Phnom Penh pada Mac 2018.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease