WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2022

2

ANGKASA

APRIL 2022

DARI MUKA 1

Menurut Tan Sri Noh, pencapaian ANGKASA pada masa kini menggambarkan keteguhan integriti tadbir urus sejak awal penubuhannya sehingga kepimpinan terkini yang diterajui oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. “Saya percaya, sudah pasti banyak cabaran telah ditempuhi ANGKASA yang kini mencecah usia 50 tahun dalam menyumbang bakti kepada kemajuan dan kelestarian gerakan koperasi, lebih- lebih lagi untuk terus relevan sebagai sebuah gerakan yang memberi sumbangan kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,” ujar beliau. Sementara itu, dalam ucapan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, beliau menyatakan bahawa ANGKASA telah bergerak dan berperanan secara lebih signifikan dalam usaha untuk terus memperkasakan pembangunan gerakan koperasi negara sepanjang 100 tahun penubuhannya. “Menyedari bahawa gerakan koperasi berpotensi menyumbang secara lebih berkesan kepada Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) dan menjadi tonggak pembangunan sosioekonomi negara, ANGKASA menerusi Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) akan terus komited mendokong Aspirasi Koperasi Malaysia dalam usaha mencapai sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 bilion menjelang 2030,” ujar beliau. Seramai 250 jemputan terdiri daripada tetamu kehormat; koperator negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan hadir memeriahkan majlis tersebut. Sekumpulan anak-anak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah (PJDS) Kota Damansara juga turut diraikan di majlis berkenaan. Majlis turut menyaksikan pelancaran ‘Setem Jubli Emas ANGKASA’ dan penyerahan 15 unit komputer riba bernilai RM52,500 kepada pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sumbangan Yayasan Infaq ANGKASA selain penyerahan sumbangan duit raya kepada anak yatim PJDS.

Tan Sri Noh melancarkan ‘Setem Jubli Emas ANGKASA’ Sri Noh melancarkan ‘Setem Jubli Emas ANGKASA’

Setem Jubli Emas ANGKASA. Jubli Emas ANGKASA.

Tan Sri Noh Haji Omar

Majlis penyerahan 15 unit komputer riba kepada tiga wakil UPNM

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease