WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2022

3 ANGKASA

APRIL 2022

‘Terowong masa’ ANGKASA Menyingkap peristiwa bersejarah sepanjang 50 tahun penubuhan

Tan Sri Noh Haji Omar melawat ‘terowong masa’ ANGKASA.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

‘Terowong masa’ sepanjang 19 meter yang menyaksikan pelbagai peristiwa penting itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Haji Omar pada 12 April 2022. Paparan terowong masa itu juga terbahagi kepada enam segmen utama

iaitu era rintis (1970-an), era baharu koperasi (1980-an), era pengukuhan (1990-an), era pengembangan (2000- an), era transformasi (2010-an) dan era pengantarabangsaan (2020-an). Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah, terowong tersebut

merupakan simbolik terhadap usaha dan perjuangan ANGKASA dalam menyuarakan hak gerakan koperasi selama lima dekad selain menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin serta warga kerja terdahulu.

Kronologi perjalanan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara sepanjang 50 tahun penubuhannya telah dipapar sepanjang laluan masuk ke lobi utama ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya.

Antara pengisian sejarah perjalanan ANGKASA mengikut dekad bermula 1970-an hingga kini.

Dari Meja Presiden

Namun persekitaran di tempat kerja juga perlulah seimbang dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Hal ini juga mungkin akan melibatkan sejumlah kos bagi menyediakannya. Tidak ada gunanya melantik mereka tanpa memberikan kemudahan kerja yang seimbang dengan kemampuan yang mereka miliki. Justeru, saya berharap agar koperasi dapat memberi tumpuan mengenai perkara ini supaya lebih ramai golongan muda khususnya graduan tertarik untuk menyumbang bakti bersama gerakan koperasi. Semoga gerakan koperasi yang kita sayangi terus maju dan lestari. Pada kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga koperasi yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin.

Ekonomi koperasi sebenarnya mampu menjadi lebih dinamik sekiranya dikendalikan oleh pakar yang bukan sahaja tahu mengenai selok belok ekonomi, malah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik mengenainya. Walau bagaimana pun, untuk mendapatkan pakar seumpama itu, koperasi perlu memiliki keberanian untuk melabur bagi memastikan tenaga kerja baharu yang dilantik benar-benar memiliki semua kriteria yang ditetapkan. Generasi muda lepasan universiti yang terlatih dan mempunyai semangat yang kuat wajar diberi peluang oleh koperasi melalui peluang-peluang kerjaya yang boleh disediakan. Golongan muda ini sebenarnya mampu berperanan dengan lebih proaktif bersama skil tersendiri yang mungkin menepati kehendak pasaran masa kini.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease