4
Menepati Matlamat Penganjuran Secara Hibrid dengan Cemerlang MAN 2022:
Barisan kepimpinan ANGKASA dan pengurusan ANGKASA sewaktu bermesyuarat secara hibrid di Bilik Penyiaran, Tingkat 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya kepimpinan ANGKASA dan pengurusan ANGKASA sewaktu bermesyuarat secara hibrid di Bilik Penyiaran, Tingkat 2, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA dalam mesyuarat berkenaan. Mesyuarat juga turut disertai Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Dr. Mohd Azlan Yahya; Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Dr. Hajah Salmah Ishak [Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)] dan Puan Suzana Alias [Wakil Kementerian Kewangan (MOF)]; Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, En. Hasnan Haji Mustapha. Agenda MAN 2022 dimulakan dengan Ucapan Pembukaan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA
Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2022 berjaya menepati matlamat penganjurannya apabila berjaya dilangsungkan secara hibrid untuk tahun kedua berturut-turut melibatkan 16 Perhubungan ANGKASA Negeri bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2022. Mesyuarat tersebut yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom Tele-Conferencing dibuat sebagai langkah keselamatan mengikut Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi Semasa Penularan COVID-19 yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Seramai kira-kira 150 petugas ANGKASA Pusat dan ANGKASA Negeri terlibat bagi membantu memastikan kelancaran MAN 2022. Mereka terdiri daripada pasukan teknikal berkaitan teknologi maklumat dan meja bantuan (helpdesk) yang menyediakan 20 talian bagi membantu menyelesaikan pertanyaan dan kemusykilan yang dihadapi perwakilan sepanjang mesyuarat berlangsung.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Pasukan Meja Bantuan Meja Bantuan (Helpdesk) sedia membantu menyelesaikan pertanyaan dan kemusykilan perwakilan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease