Majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersama TYT Melaka >> 03
JANUARI 2022 JILID: WP04 /1
ANGKASACoop
www.angkasa.coop
RM1.00
Teroka sumber ekonomi berasaskan teknologi hijau
>>09 Bersama bantu masyarakat tangani musibah banjir
>>08 Bersama bantu masyarakat tangani musibah banjir
>>14 Perkenal Koperasi Kariah Masjid di persada antarabangsa
Tanaman cili fertigasi bantu koperasi atasi masalah tanah terbiar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar ketika berucap Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar ketika berucap merasmikan Seminar Peluang Pemilikan Saham Dalam Syarikat Tersenarai Awam Untuk Koperasi di Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.
>>16
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Demikian saranan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar sewaktu berucap merasmikan Seminar Peluang Pemilikan Saham Dalam Syarikat Tersenarai Awam Untuk Koperasi di Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, pada 17 Januari 2022. Katanya, penyertaan koperasi dalam industri teknologi hijau memerlukan komitmen padu semua pihak. Situasi semasa ekoran pandemik COVID-19 boleh dimanfaatkan oleh sektor koperasi untuk berperanan secara lebih proaktif, terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan berasaskan kesihatan menerusi inovasi daripada teknologi hijau.
Sektor koperasi disaran supaya meneroka tekno- logi hijau sebagai sumber atau peluang baharu dalam menjana pembangunan sosioekonomi di Malaysia. Inisiatif tersebut juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan memperkasakan teknologi hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan mampan. Dalam konteks tersebut, pemimpin koperasi diseru supaya meningkatkan keupayaan untuk memperbaharui model perniagaan masing-masing dengan menggerakkan usaha semaksimum mungkin demi manfaat koperasi dan masyarakat secara kolektif.
CUEPACS - ANGKASA Menangani kos sara hidup penjawat awam melalui koperasi
>>18
BERSAMBUNG DI MUKA 2
2 ANGKASA
JANUARI 2022
DARI MUKA 1
Di majlis yang sama, Tan Sri Noh turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Nextgreen Global Berhad (NGGB); Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC); Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) dengan Koperasi Perkhidmatan Setia Berhad (KoSetia). MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan (NGGB), Dato’ Lim Thiam Huat; Pengarah Kanan Pemasaran dan pembangunan Perniagaan MGTC, Puan Elina Jani; Pengerusi Koop Sahabat, Encik Mohd Najib Haji Mohd Nor dan Anggota Lembaga KoSetia, Haji Ahmat Murtza Salleh yang melibatkan Projek Pembangunan Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Bahan Buangan Kelapa Sawit. Menerusi MoU tersebut, pemimpin koperasi berpeluang meneliti pemilikan saham dalam syarikat tersenarai awam melalui Syarikat Nextgreen Global Berhad yang mempelopori kelestarian industri teknologi hijau terutama dalam industri kelapa sawit dengan menerapkan konsep sifar sisa. NGGB juga kini sedang giat membangunkan projek Taman Teknologi Hijau (GTP) di tanah seluas 410 ekar di Pekan, Pahang yang dijangka menjadi pemangkin industri sisa buangan kelapa sawit negara. Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah; Pengarah NGGB, Dato’ Mohd Yusof Din dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Encik Mazri Mahmud.
YB Tan Sri Noh melancarkan platform MyANGKASAKU.
Sebahagian peserta yang menghadiri Seminar Peluang Pemilikan Saham peserta yang menghadiri Seminar Peluang Pemilikan Saham Dalam Syarikat Tersenarai Awam Untuk Koperasi di Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, pada 17 Januari 2022 lalu.
MoU diwakili Pengerusi Koop Sahabat, Encik Mohd Najib Haji Mohd Nor (kiri) dan Anggota Lembaga KoSetia, Haji Ahmat Murtza Salleh (kanan).
Majlis menandatangani diwakili Pengarah Urusan (NGGB), Dato’ Lim Thiam Huat dan Pengarah Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MGTC, Puan Elina Jani.
Sidang Pengarang
Presiden • Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan • Haji Nasir Khan Yahaya
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70 - 74, Jalan Tun Sambanthan
• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
50470 Kuala Lumpur Telefon : 03-2274 7277 Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
3 ANGKASA
JANUARI 2022
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersama TYT Melaka Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA Negeri Melaka
Dato' Dr. Abdul Fattah menyampaikan ucapan ringkas.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Ab Rahim Md Tawel bersama anggota JPAN Melaka; Pengarah Pengesanan & Penilaian Risiko SKM, Encik Efendee OP Andu; Pengarah SKM Melaka, Encik Mohd
Majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Jubli Emas 50 Tahun ANGKASA Bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam telah berlangsung pada malam 20 Januari 2022 di Istana Melaka. Majlis tersebut yang dianjurkan
Firdaus Shaari; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha serta wakil-wakil Koperasi Kariah Masjid Ahli ANGKASA Negeri Melaka.
secara bersama antara Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) , Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu dihadiri seramai 60 tetamu jemputan termasuk Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Dato' Umar Sarim Saidin yang mewakili Pengerusi Eksekutif SKM; Timbalan Presiden ANGKASA,
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan ringkasnya berharap agar hasrat TYT Tun yang mahu semua 186 buah masjid di negeri Melaka menubuhkan koperasi kariah masjid dapat dicapai. Katanya, usaha tersebut diharap dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama Gabungan Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka, ANGKASA Negeri Melaka dan agensi- agensi yang terlibat seperti SKM, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Pada kesempatan ini, ANGKASA merakamkan setinggi- tinggi penghargaan atas kesudian TYT Tun dan Toh Puan kerana telah sudi untuk bersama-sama menjayakan majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan ulangtahun ANGKASA yang ke-50.
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu
TYT Tun menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada Dato' Dr. Abdul Fattah.
Dari Meja Presiden
Sudah pasti kita akan merasa bangga jika melihat produk atau perkhidmatan koperasi dapat berdiri sama tinggi dan mampu berdaya saing di pasaran. Budaya pemasaran yang sering berubah juga memberi kesan kepada jatuh bangunnya sesuatu usaha yang digerakkan. Jika tidak berhati-hati atau leka, sudah pasti koperasi tidak mampu untuk terus berdaya saing. Justeru, usaha yang lebih padu perlu dibuat bagi meningkatkan pemahaman pengurusan koperasi terutamanya dalam amalan tadbir urus yang lebih baik. Hal yang sedemikian sentiasa diberi perhatian oleh ANGKASA dengan mewujudkan jalinan kerjasama melalui pelbagai agensi di bawah MEDAC dan syarikat swasta. Segalanya demi untuk memastikan sektor perniagaan koperasi terus berdaya saing dan akhirnya dapat memberi pulangan lebih bermakna kepada anggota dan masyarakat.
Koperasi hendaklah berperanan secara lebih dinamik dengan mengambil berat tentang arus perkembangan ekonomi semasa selain terus membina ekosistem perniagaan yang menepati kehendak pelanggan dan masyarakat. Sejak dunia dilanda pelbagai cabaran ekonomi ekoran pandemik COVID-19, banyak perubahan drastik telah berlaku dalam budaya perniagaan terutamanya terhadap corak permintaan dan penawaran. Dasar Transformasi Koperasi yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi sasaran KDNK sebanyak RM60 bilion menjelang 2025 dan RM100 bilion pada tahun 2030 menjadi paksi kepada usaha berterusan dan kesungguhan bagi mencapai matlamat tersebut. Namun, pendekatan dalam pelaksanaannya haruslah berdasarkan kepada strategi yang lebih berkesan dan mampu menyumbang kepada perolehan lebih tinggi.
Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
4 ANGKASA
JANUARI 2022
Karnival Jualan Harga Patut Barangan Asas ANGKASA bantu masyarakat tangani kos sara hidup
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
berimpak tinggi dan berharap agar pelaburan tersebut dapat memberi pulangan hasil yang tinggi sekali gus membantu dalam perkembangan sosioekonomi koperasi dan masyarakat. Dato' Seri Muhammad Sanusi berkata demikian dalam ucapan perasmian Pusat Keusahawanan Komuniti Pendang Sempena Sambutan 50 Tahun ANGKASA serta Malaysian Coop Plate (MCP) dan Karnival Jualan Harga Patut di Bazar Rakyat Pendang pada 25 Januari 2022. Beliau juga turut merakamkan penghargaan atas inisiatif ANGKASA Negeri Kedah, Majlis Daerah Pendang serta semua agensi terbabit yang telah menjayakan agenda memperkasakan sosio ekonomi masyarakat khususnya
Inisiatif yang dilaksanakan oleh ANGKASA menerusi penganjuran karnival jualan harga patut merupakan satu langkah tepat dan kena pada masanya bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha untuk memulihkan ekonomi agar rakyat dapat segera bebas daripada dibelenggu peningkatan kos sara hidup. Menurut beliau, kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh ANGKASA di negeri Kedah cukup besar menerusi pelbagai aktiviti
YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Mohd Nor Menteri Besar Kedah
5 ANGKASA
JANUARI 2022
Ahli ANGKASA Kedah : 1. Koperasi Usahawan Pelancongan Lembah Bujang Kedah Berhad 2. Koperasi Desa Lestari Kampung Bujang Berhad 3. Koperasi Kemahiran Sungai Petani Berhad 4. Koperasi Pembangunan Desa KEDA Kampung Tanjung Setol Berhad 5. Koperasi Pendidikan Khas SMK Dulang Berhad 6. Koperasi Usahasama An Nur Kedah Berhad 7. Koperasi Groombig Kedah Berhad 8. Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Berhad 9. Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad 10. Koperasi Pendidikan Khas SMK Lubok Buntar Berhad 11. Koperasi Usahawan Tani Jaya Guar Chempedak Berhad 12. Koperasi Sederap Sepakat Namek Tua Berhad 13. Koperasi Keluarga Tuan Guru Haji Mohamad Ariff Berhad Koperasi yang mengambil bahagian
di Pendang menerusi pembukaan Pusat Keusahawanan Komuniti. Katanya, usaha itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada lebih 600 ribu anggota koperasi ahli ANGKASA di Kedah malah turut membantu meningkatkan peluang ekonomi baharu kepada lebih ramai usahawan koperasi. Sesi perasmian dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh diikuti ucapan oleh Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Selain karnival jualan barangan keperluan di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100), program yang berlangsung selama tiga hari sehingga 27 Januari itu turut disertai lebih 20 koperasi ahli ANGKASA yang terlibat menjayakan MCP. Program MCP merupakan platform kepada koperasi untuk memperkenalkan hasil produk makanan dan minuman masing-masing.
Inisiatif tersebut dirancang dan dilaksanakan untuk mengiktiraf produk hasilan koperasi terutamanya produk makanan dan minuman khususnya melalui cara hidangan kepada umum. Hadir sama dalam perasmian tersebut ialah Wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Encik Mohd Mahazi Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman; Pegawai Daerah Pendang, Tuan Ilias Shuib; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Puan Norzila Nayan; Timbalan Presiden ANGKASA, Anggota Lembaga ANGKASA dan Pengerusi-pengerusi ANGKASA Negeri serta barisan pengurusan kanan ANGKASA. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan pengunjung telah berjaya merekodkan jualan sepanjang tiga hari (25 - 27 Januari 2022) berjumlah RM 169 697.70 manakala bagi jualan melalui MCP pula adalah sebanyak RM58,000.00
14. Koperasi Amal Soleh Kedah Berhad 15. Koperasi Terapi Agro Kedah Berhad 16. Koperasi Pendang Berhad 17. Koperasi Pegawai -Pegawai Kerajaan Kedah Berhad
Ahli ANGKASA luar Kedah :
1. Koperasi Kakitangan Petronas Berhad
2. Koperasi Usahawan Groombig Kelantan Berhad
3. Koperasi Usahawan Groombig Pulau Pinang Berhad
4. Koperasi Usahawan Groombig Perlis Berhad
5. Koperasi Ibu Tunggal Bayan Baru Pulau Pinang Berhad 6. Koperasi Bersatu Kepala Bukit Pmtg Pauh Berhad
7. Koperasi Keluarga Tok Esah Perlis Berhad
8. Koperasi Satu Harakah Perlis Berhad
9. Koperasi RIZQI Berhad
Dato' Seri Sanusi turut meluangkan masa mengunjungi Coop Mart dan gerai pameran Malaysian Coop Plate (MCP).
10. Koperasi Kumpulan Johawaki Berhad
6
JANUARI 2022
Rancang pembukaan pusat pengedaran di setiap zon
Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ
Usaha untuk membuka lebih banyak pusat pengedaran produk di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) di zon-zon lain di seluruh Malaysia akan diberi penekanan oleh ANGKASA. Ini bagi memastikan proses tadbir urus pengedaran produk dapat berjalan dengan lebih cekap dan cepat selain mampu mengurangkan kos operasi. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu berucap pada Bengkel Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi (Coop Strategic Linkages) 2022 di Hotel Tenera, Bangi pada 11 Januari 2022. Katanya, ANGKASA akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk mengenalpasti pusat pengedaran yang mampu memenuhi keperluan sebagai sebuah pusat pengedaran (DC) dan koperasi yang berpotensi untuk menjadi sub DC. "ANGKASA mengambil inisiatif membuat pembelian secara pukal daripada pembekal atau pengeluar serta mengadakan rundingan dengan pembekal dan menghantar terus barangan kepada peruncit. Berasaskan pendekatan itu, kedai koperasi dapat bergabung dengan menawarkan jualan barangan asas dengan harga yang berpatutan dan lebih kompetitif. Ia juga seiring dengan blueprint Sektor Pemborongan dan Peruncitan yang menggariskan tujuh inisiatif strategik yang perlu dilaksanakan," ujar beliau. Program BA100 mensasarkan perolehan sebanyak RM7.2 bilion melalui pembekalan kepada tiga ribu buah kedai koperasi dan anggota koperasi yang menjalankan aktiviti kedai koperasi dan anggota koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan. Ini dapat dilakukan dengan menyasarkan sekurang- kurangnya satu outlet berfungsi sebagai kedai Coopmart yang akan memberi manfaat kepada 3,000 orang pengguna. Justeru, bengkel ini akan menyelaras gerak kerja Task Force, supaya lebih tersusun dan mencapai sasaran yang ditetapkan pelbagai agensi dan rakan strategik ANGKASA turut terlibat. Antaranya adalah Amanah Ikhtiar Malaysia, Yayasan TEKUN Malaysia, UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad,Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, ROBU Consultancy Sdn Bhd dan KV Resources Sdn. Bhd. Terdahulu, Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron hadir bagi menyempurnakan perasmian bengkel tersebut. Beliau dalam ucapannya berkata, cadangan penubuhan Federasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad adalah bagi membentuk sinergi gerakan koperasi dalam sektor ini berdasarkan konsep payung. Menurut beliau, fungsi federasi adalah untuk mengukuhkan penguasaan rantaian bekalan koperasi dengan mewujudkan pusat pengedaran bagi tujuan pengedaran dan logistik dalam mendapatkan harga lebih kompetitif untuk dibekal kepada kedai koperasi. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga ahli panel yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja
Haji Zazali Haron menyampaikan ucapan perasmian bengkel.
Dato' Dr Abdul Fattah Abdullah menyampaikan ucapan kepada peserta program bengkel yang berlangsung.
Sebahagian peserta bengkel yang hadir.
Sebahagian peserta majlis dari seluruh negara.
dan Peniaga Kecil (MEDAC), Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IKMa), Puan Azlifah Abas. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan
Yahya, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan pengurusan kanan ANGKASA serta wakil-wakil koperasi peruncitan dan pengedaran.
7
JANUARI 2022
Intipati pembentangan
Tajuk:
Model Perniagaan Pemborongan dan Peruncitan Koperasi
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyeru supaya koperasi yang menjalankan sektor pemborongan dan peruncitan dapat bersama-sama membantu menangani kos sara hidup rakyat dengan menawarkan harga yang berpatutan dan kompetitif. Di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030), pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu daripada enam sektor utama gerakan koperasi. Pada tahun 2021 sahaja, koperasi yang menjalankan sektor pemborongan dan peruncitan telah menyumbang sebanyak RM1.36 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sehingga Disember 2021, sebanyak 2,578 bilangan koperasi dan 28 koperasi Pusat Pengedaran (DC) telah menceburi sektor pemborongan dan peruncitan di seluruh negara. Selari dengan hasrat tersebut, pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensi penggerak utama ANGKASA serta SKM akan melaksanakan penjenamaan semula semua kedai koperasi di bawah jenama Coopmart. Di bawah model 'Coop Strategic Linkages', setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dicadangkan mempunyai sekurang-kurangnya satu kedai Coopmart dengan memberi penekanan kepada aspek pendigitalan. Kriteria Coopmart yang dicadangkan mempunyai enam model termasuk kedai serbaneka, kedai runcit, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar. Model yang dicadangkan ini bukanlah rekaan model baharu kerana pihak KPDNHEP dan KPKT telah mengeluarkan garis panduan kriteria kedai sebaneka dan kedai runcit masing- masing pada tahun 2012 dan 2016. Namun begitu, model Coopmart dilihat sebagai satu model komprehensif dan menyeluruh yang akan menjadi standard kepada semua kedai koperasi yang sedang dan ingin menceburi sektor pemborongan dan peruncitan.
Dr Hajah Salmah Ishak Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil MEDAC
Tajuk:
Tajuk:
Digitalisasi Pemborongan dan Peruncitan
Peranan Koperasi Menangani Kos Sara Hidup
Pendigitalan perniagaan koperasi adalah satu keperluan dan bukan lagi perkara yang baharu. Ini selari dengan hasrat pihak kementerian (MEDAC) dan juga SKM yang menyediakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan koperasi mengambil peluang transformasi perniagaan kepada dalam talian serta menjalin kerjasama dengan pemain industri yang berpengalaman dalam bidang teknologi digital dari dalam dan luar negara.
Bengkel Sektor Pemborongan dan Peruncitan yang diadakan ini sangat penting bagi bersama-sama membincangkan pendekatan terbaik dalam usaha menggerakkan sektor tersebut ke arah yang lebih cemerlang. Penggunaan platform digital dalam bidang peruncitan yang
menyatukan pusat pengedaran berupaya memantapkan lagi ekonomi sektor tersebut. Penyatuan pusat pengedaran daripada pelbagai agensi akan membuatkan harga barangan menjadi lebih terkawal, kos operasi dapat dikurangkan dan membantu mengurangkan masalah kos sara hidup komuniti. Dalam usaha untuk menjenamakan semula Sistem BA100 kepada Coopmart, sebanyak lima ribu outlet telah disasarkan untuk menyertai Coopmart kerana dengan wujudnya gabungan kekuatan tersebut,
Koperasi perlu mengambil inisiatif untuk merekayasa semula perniagaan bermula dengan pihak pengurusan koperasi (Anggota Lembaga Koperasi & Pengurusan Koperasi) dan seterusnya kepada perniagaan koperasi secara menyeluruh. Ini terutamanya seperti mengadaptasi
Puan Azlifah Abas Pengarah Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi IKMa
teknologi sistem Point Of Sales (POS) terminal jualan bagi memudahkan pengurusan stok, laporan perakaunan dan real-time reporting melalui Dashboard Viewing yang boleh diakses di aplikasi telefon bimbit masing- masing dan menggunakan sistem e-Wallet sehinggalah ke platform penghantaran ke rumah.
sektor peruncitan koperasi akan lebih diyakini sekali gus dapat menguasai aspek pemasaran dan pembekalan.
Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi.
8 Bersama bantu ringankan mangsa banjir
Dato’ Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan produk barangan asas kepada anggota koperasi yang terjejas akibat banjir.
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Bencana banjir yang menimpa di kebanyakan tempat secara serentak benar-benar menguji ketabahan dan keperitan. Banyak harta benda musnah dan yang lebih tragis, ramai mangsa kini terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sampingan seperti kesihatan, makanan dan kewangan termasuklah risiko jangkitan COVID-19. Sehubungan itu, ANGKASA melalui COOPCARE Bantuan Pasca Banjir telah mengambil inisiatif segera dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada anggota serta masyarakat yang memerlukan. Demikian ditegaskan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Katanya, sebagai badan apeks gerakan koperasi, penerapan prinsip dan nilai-nilai berkoperasi amat ditekankan oleh ANGKASA demi kepentingan bersama selain terus membangun dan memperkasakan ekonomi koperasi. Bagi memenuhi tuntutan prinsip ketujuh iaitu 'Prihatin Kepada Masyarakat', tanggungjawab sosial kepada anggota koperasi yang terjejas dengan musibah banjir kini menjadi keutamaan menerusi khidmat bantuan mahupun sumbangan. Usaha ini diharap dapat membantu meringankan beban ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Inisiatif yang digerakkan oleh ANGKASA ini juga adalah bagi menyokong usaha kerajaan negeri dan pusat terutamanya dalam membantu meringankan beban mangsa banjir. “Bersamalah kita turun padang menghulurkan sumbangan bakti dengan membantu mereka dan semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat menterjemahkan semangat jati diri anggota koperasi yang sebenarnya. Bantuan itu juga sekali gus mampu memberi cerminan positif kepada masyarakat terhadap keunikan berkoperasi selain menjayakan usaha kerajaan menerusi program kesejahteraan rakyat berlandaskan Keluarga Malaysia,” ujar beliau. Sumbangan anggota koperasi dalam membantu menyegerakan proses pemulihan pasca banjir menerusi apa juga bentuk bantuan amat dialu- alukan. Musibah banjir yang agak teruk kali ini amat
Dato' Dr. Abdul Fattah juga turut dibawa meninjau keadaan kebun pisang milik koperasi yang mengalami kerosakan akibat ditenggelami banjir.
Sebanyak 100 pek barangan keperluan harian melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) bernilai RM5,000 diagihkan kepada penduduk setempat yang juga merupakan anggota koperasi kariah masjid di sekitar kariah Kampung Kundur Ulu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad, Haji Zubir Haji Jamal dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, En. Halim Haji Ibrahim. Misi bantuan di bawah payung COOPCARE ANGKASA akan terus digerakkan di setiap negeri yang terjejas akibat bencana banjir dengan menyasarkan bantuan kepada sekurang- kurangnya 2,000 buah keluarga. Pada masa yang sama, ANGKASA juga akan meneruskan misi bantuan COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada anggota koperasi dan masyarakat dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.
mengharapkan penyertaan dan pertolongan oleh semua pihak untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan dan bantuan seadanya. Selain bantuan berbentuk produk dan wang ringgit, penglibatan tenaga manusia juga sangat diperlukan mengikut keutamaan dan keperluan seperti membantu membersihkan semula kawasan atau rumah yang terjejas akibat banjir. Dato' Dr. Abdul Fattah juga turut menyeru barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) supaya sentiasa peka terhadap musibah yang menimpa termasuk pertolongan yang diperlukan oleh anggota koperasi bagi melicinkan lagi tugas COOPCARE dari semasa ke semasa. Beliau berkata demikian sewaktu hadir menyampaikan sumbangan COOPCARE ANGKASA Prihatin Mangsa Banjir kepada anggota Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu bertempat di Surau Haji Mohd Taf, Kampung Kundur Ulu, Pedas, Negeri Sembilan pada 31 Disember 2021.
9
Dato’ Dr. Abdul Fattah turut menyertai pasukan sukarelawan COOPCARE Bantuan Pasca Banjir membersihkan beberapa buah rumah warga kerja ANGKASA yang dilanda banjir.
Sebanyak 200 pek barangan keperluan asas dengan jumlah keseluruhan RM10 ribu telah diserahkan oleh Dato' Dr. Abdul Fattah dan diterima melalui anggota JPAN Pahang Zon 3 yang diketuai Pengerusinya, Dato' Syed Ali Syed Mohammad. Sumbangan tersebut akan diagih kepada mangsa banjir yang merupakan anggota koperasi di sekitar Bentong, Raub dan Lipis.
Warga kerja ANGKASA turut menyertai Skuad Sukarelawan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi membantu aktiviti membersihkan rumah pasca banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat Johor pada 17 Januari 2022.
ANGKASA melalui COOPCARE Bantuan Pasca Banjir menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang terkesan di Jalan Kebun, Klang, Selangor pada 23 Disember 2021. Sumbangan yang dibuat dengan kerjasama JPAN Selangor itu melibatkan beberapa kawasan di Kampung Jalan Kebun, Koperasi SMK Jalan Kebun dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun.
10
Dato’ Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan melalui program COOPCARE ANGKASA Prihatin Pasca Banjir kepada warga UiTM Shah Alam pada 7 Januari 2022. Beliau yang diiringi Pengerusi ANGKASA Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah telah menyerahkan sumbangan 100 pek barangan asas melalui Naib Canselor UiTM, Prof. Ts Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail diiringi Presiden Alumni 4BM, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir, Pengerusi JPAN Melaka, Tuan Haji Ab. Rahim Md. Tawel dan Pengerusi Penyelaras DUN Kota Laksamana, Datuk Haji Abidullah Salleh menyampaikan sumbangan kepada 50 individu khususnya anggota Alumni 4BM yang terjejas akibat banjir bertempat di Kampung Morten, Melaka pada 11 Januari 2022.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Nasional FM dan Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) menyantuni penduduk sekitar Kampung Padang Jawa, Shah Alam yang terlibat dengan bencana banjir. Sejumlah 50 pek barangan keperluan harian di bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) dengan nilai keseluruhan RM5,000 telah disumbang melalui Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah yang sempat meluangkan masa melawat beberapa buah rumah mangsa banjir di sekitar Padang Jawa pada 21 Januari 2022. Nasional FM bagi pihak Ogawa Malaysia pula menyumbang barangan elektrik berjumlah RM10,000 dan diwakili oleh Penerbit Eksekutifnya, Puan Salbiah Mohd Sharif manakala KWIM
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang turut menjayakan 'Misi Kemanusiaan Bantuan Mangsa Banjir' ke Temerloh, Pahang pada 5 Januari 2022.
Program Bantuan Banjir Kepada penduduk Kampung Delima di Kuala Lumpur anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan pada 18 Januari 2022. Sumbangan diterima hasil kutipan tabung mangsa banjir anjuran JPAN berjumlah RM10,500 daripada koperasi-koperasi Wilayah Persekutuan dan anggota koperasi.
11
Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Sekolah ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan kepada koperasi-koperasi sekolah yang terjejas akibat banjir melalui Program Bantuan Banjir Koperasi Sekolah 2021. Sebanyak 27 koperasi sekolah di seluruh negara yang terjejas akibat bencana banjir telah direkodkan sebagai penerima Program Bantuan Banjir Koperasi Sekolah 2021 dan tarikh lawatan serta penyampaian sumbangan akan dibuat secara berperingkat bermula Januari 2022.
Koperasi SMJK Hwa Lian Mentakab Temerloh, Pahang Berhad
Koperasi SMK Bentong Berhad
Koperasi SMK Maxwell Kuala Lumpur Berhad
Koperasi SMK Taman Sri Muda Berhad
Koperasi Sekolah Menengah Al-Irsyad, Kuantan Berhad
Koperasi SMK Paya Besar, Kuantan Berhad
Koperasi SMK Seksyen 19, Shah Alam Berhad
Koperasi SMK Pekan Pahang Berhad
12 RENCANA
JANUARI 2022
Amalan inovatif koperasi menangani perubahan iklim
Oleh SAFINAH SAUPI
rapat dan dekat dengan komuniti serta di peringkat pergerakan global. Melalui struktur pemilikan dan dedikasinya kepada anggota, koperasi mempunyai kelebihan besar dalam pemeliharaan aset, rizab dan pertimbangan keperluan generasi akan datang. Ciri-ciri pemilikan struktur dan pematuhan koperasi kepada prinsip 'satu anggota, satu undi' memastikan mereka kekal komited kepada misi dan tujuan mereka serta penggalakkan penciptaan nilai. Satu lagi kekuatan utama model koperasi ialah fleksibiliti. Beroperasi dalam hampir kepada semua sektor yang boleh digunakan untuk memenuhi satu set keperluan yang pelbagai. Sebagai contoh, koperasi boleh bertindak bagi melindungi biodiversiti melalui pengurusan bersama sumber semula jadi, seperti perikanan, sumber air dan ekosistem. Hutan, hidupan liar dan tanah boleh dilindungi dan diuruskan dengan jayanya secara demokratik melalui model koperasi. Koperasi perkhidmatan dan industri boleh mengurangkan kesan proses pengeluaran dan mengehadkan pencemaran. Koperasi juga menganjurkan penyediaan perkhidmatan mesra ekologi, termasuk tenaga boleh diperbaharui atau pengeluaran produk yang mesra alam sekitar serta memanfaatkan teknologi baharu dan sesuai. Jika penyelesaian di peringkat pasaran atau negara tidak mencukupi, pelaburan kolektif dalam infrastruktur melalui koperasi boleh membantu menyediakan perkhidmatan ekologi kepada masyarakat luar bandar dan kurang bernasib baik. Koperasi juga boleh menyampaikan pendidikan mengenai ekologi, selaras dengan Prinsip Kelima Pendidikan, Latihan dan Maklumat. Ini bagi meningkatkan kesedaran tentang masalah ekologi dan menawarkan penyelesaikan inovatif yang diuruskan secara demokrasi. Dengan kelebihan ini, pendekatan koperasi boleh menjadi alat penting untuk membina dan merealisasikan teori nilai baharu untuk alam semula jadi, khususnya penyelesaian ancaman perubahan iklim. Pergerakan koperasi dan perwakilannya sudah pun secara
gambar hiasan
aktif menyumbang kepada dasar perubahan iklim di
Tahun-tahun ini menyaksikan isu perubahan iklim dan kemusnahan alam sekitar menjadi perdebatan politik dan menarik perhatian penggubal dasar disebabkan peningkatan kesan bencana yang boleh disumbangkannya. Pertubuhan belakangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2021 memberi amaran tentang keadaan planet ini. Eksploitasi alam semula jadi telah mencapai tahap tidak mampan dan manusia secara langsung menjejaskan keupayaan Bumi mengekalkan dan menyokong kehidupan pada masa sekarang dan hadapan. Di sebalik risiko serta- merta, dunia masih jauh daripada mencapai pengurangan pelepasan global yang diperlukan untuk memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris menghadkan pemanasan global di bawah 2°C. Kita juga jauh daripada memenuhi, malah mundur dalam pelbagai sasaran Matlamat dan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 2030. Memang jelas bahawa kita memerlukan cara yang berbeza dalam menjalankan perniagaan jika ingin mengubah trajektori semasa pemanasan global yang membawa maut. Koperasi jawapan alternatif kepada cabaran kemampanan. Bagi koperasi, kelestarian sudah tertanam dalam model perusahaan, melalui nilai dan prinsip koperasi. Khususnya, prinsip koperasi ketujuh 'berprihatin terhadap masyarakat', yang telah diterima pakai di Kongres Manchester pada September 1995. Pada masa itu, berlaku perdebatan hangat mengenai hubungan antara gerakan koperasi dan potensinya untuk perlindungan alam sekitar. Koperasi bukan sahaja wujud bagi memenuhi keperluan asas sekumpulan orang tetapi lebihan keuntungan pengeluaran, penggunaan dan perkilangan kekal dilaburkan semula untuk masyarakat. Apabila komuniti bersatu untuk memenuhi keperluan mereka melalui pembentukan koperasi yang bertanggungjawab secara demokratik, milik anggota- anggota, koperasi menjadi sangat
EU, European Consensus on Development mengakui sifat demokratik dan peranan inklusif koperasi dalam pembasmian kemiskinan dan keselamatan makanan. Terbaru, peraturan NDICI Global Europe mengiktiraf peranan utama koperasi dalam mencapai matlamat iklim Eropah dan menggerakkan ekonomi hijau. Di peringkat antarabangsa, koperasi diiktiraf sebagai aktor penting oleh PBB, sebagai contohnya baru-baru ini dalam Laporan Setiausaha Agung Majlis Ekonomi dan Sosial PBB, koperasi diktiraf sebagai model pembangunan alternatif baharu untuk peralihan yang adil dari segi sosial dan pembangunan mampan. Organisasi seperti UNEP dan OECD mahu model perniagaan koperasi menjadi contoh. Koperasi juga menyumbang kepada G20, sebuah forum kerjasama antarabangsa. Kumpulan kerja ICA, G20 membangunkan sumbangan koperasi merangkumi topik Iklim, Biodiversiti dan Ekologi. Sebelum ini, di bawah Perkongsian ICA-EU, satu kempen telah dilancarkan pada tahun 2017 yang dipanggil “Co-ops for 2030.” Kempen ini menyokong koperasi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), berikrar untuk menyumbang kepada pencapaian SDGs dan melaporkan kemajuan tindakan mereka. Banyak koperasi diiktiraf sebagai pemimpin dalam memerangi perubahan ikliim. Pengiktirafan ini disebabkan kekuatan ekonomi koperasi yang sangat besar. Wujud di setiap pelusok dunia, negara dan di pelbagai sektor mewakili sekurang-kurangnya 12 peratus penduduk dunia bersamaan 1 bilion orang menjadi anggota kepada 3 juta koperasi yang terdapat di dunia. Koperasi menyediakan peluang pekerjaan kepada 280 juta orang atau bersamaan 10 peratus daripada populasi pekerja dunia dan 300 koperasi besar dunia menyumbang perolehan berjumlah 2,146 bilion USD. Untuk itu, pelbagai sektor koperasi telah mengambil tindakan
peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Di peringkat tempatan, seperti yang kita lihat, koperasi boleh menjadi sumber ekspresi masyarakat yang bersatu untuk menyelesaikan masalah alam sekitar, melalui bertindakbalas secara demokratik dalam mengurangkan bencana dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Di peringkat nasional, mengikut ILO, koperasi adalah sebahagian daripada dasar negara di lebih 100 negara antaranya Bolivia, United Kingdom, Bhutan dan Rwanda. Baru- baru ini, di beberapa negara seperti Bhutan dan Jepun, serta di rantau Amerika telah memperkenalkan undang-undang khusus dengan memasukkan komponen alam sekitar dalam pembangunan lestari untuk koperasi. Di peringkat Malaysia, sebagai tanda sokongan, ANGKASA komited menjayakan agenda kerajaan menanam sejuta pokok menjelang tahun 2025 menerusi 'Program COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok'. Ini bagi menangani masalah pelepasan karbon yang meningkat setiap tahun sekaligus membantu menangani pemanasan global dan perubahan iklim. Di peringkat serantau, di Kesatuan Eropah (EU) sebagai contoh, dasar utama alam sekitar EU, European Green Deal menggariskan beberapa komponen yang membolehkan koperasi bertindak sebagai penyelesaian penting mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050. Peranan koperasi dalam pengeluaran pertanian, agroekologi dan rantaian bekalan makanan menjadikannya alat penting untuk strategi Farm to Fork atau Dasar Pertanian Bersama antara dua contoh yang boleh diketengahkan. Dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pada 2019 Clean Energy Package for All Europeans meletakkan masyarakat sebagai ‘pemandu’ melalui pemilikan projek tenaga, melalaui koperasi tenaga. Lebih jauh lagi, dalam dasar tindakan luar
13 RENCANA
JANUARI 2022
untuk kesan perubahan iklim antaranya koperasi pengangkutan dan koperasi tenaga. Dalam konteks ini, kepentingan pengangkutan dan Perjanjian Paris tidak boleh diperkecilkan, terutamanya memandangkan mengurangkan hampir satu perempat pelepasan GHG berpunca dari pengangkutan. Pergerakan koperasi di peringkat global, berikrar dan komited untuk mengurangkan 50 peratus pelepasan gas rumah hijau (GHG) menjelang 2025 melalui tindakan bersama oleh koperasi seluruh dunia. Misalnya Modo sebuah koperasi perkongsian kereta di Vancouver, Kanada yang menyediakan perkhidmatan membolehkan anggota-anggotanya mengakses kereta apabila mereka memerlukannya. Ini bagi mengelakkan kos dan kesan alam sekitar memiliki kereta. Anggota- anggota Modo secara purata memandu 1,400 kilometer setahun berbanding 6,000 hingga 24,000 kilometer pemandu lain di rantau itu. Manakala Shift Urban Cargo Delivery, sebuah koperasi pekerja yang mengambil pendekatan menghantar segala-galanya daripada barangan runcit hingga kepada makanan restoran dengan basikal kargo. Koperasi Kesatuan Pekerja
terlibat dalam membuat keputusan secara demokratik dan membina pendekatan kolektif terhadap cabaran alam sekitar. Pendekatan ini memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan ahli untuk bertindak memitigasikan perubahan iklim dan menyokong kelestarian. Kini, Hepburn Wind mengkaji untuk membangunkan sumber tenaga solar. Ini merupakan pencapaian terbaik kerana Hepburn Shire menghasilkan 262,041 tan karbon setahun. Projek ladang solar baharu Hepburn Wind membolehkan komuniti menjana lebih banyak tenaga boleh diperbaharui melalui gabungan kedua-dua tenaga angin dan solar. Tenaga boleh diperbaharui janaan Hepburn Wind dianggarkan boleh membendung purata pelepasan 12,200 tan karbon (CO2) yang dilepaskan ke atmosfera setiap tahun. Tenaga bersih yang dihasilkan oleh Hepburn Wind kini, penting dalam mengurangkan dan mengimbangi pelepasan CO2. Dalam tempoh sembilan tahun sehingga 2020, ia telah menjana 93,365 MWh tenaga elektrik, mengimbangi 100,834 tan pelepasan karbon dioksida. Koperasi Certel, di Brazil misalnya merupakan satu koperasi tenaga boleh diperbaharui yang
beroperasi untuk kelestarian alam sekitar. Certel diasaskan untuk memberi perkhidmatan di Daerah Teutônia yang tidak mempunyai bekalan tenaga mencukupi. Syarikat tenaga lain tidak berminat untuk membekalkan tenaga ke kawasan pedalaman terpencil, kerana populasi yang jarang. Certel mengambil tanggugjawab ini dan membekalkan tenaga kepada komuniti untuk pembangunan sosial dan ekonomi. Keprihatinan Certel terhadap alam sekitar pelbagai, tetapi penjanaan tenaga bersih dan boleh diperbaharui, projek penghutanan semula, penyelenggaraan dan pemulihan kawasan pemeliharaan kekal, pengurusan sisa pepejal, pemantauan fauna dan air, dan penyertaan langsung dalam jawatankuasa, majlis dan forum sangat menyerlah. Komitmennya terhadap alam sekitar bukan sekadar penyediaan tenaga, malahan melebihi dari itu. Gambaran ringkas ini, menunjukkan bahawa pada setiap peringkat, koperasi boleh dan memang memberi sumbangan penting kepada tindak balas dasar yang berterusan terhadap cabaran alam sekitar dan perubahan iklim.
Teksi, di Wincosin, Amerika Syarikat mengutamakan penggunaan kereta hibrid dan menetapkan sasaran tahunan peningkatan kecekapan tenaga. Di Australia, Koperasi Taman Angin Komuniti Hepburn (Hepburn Wind) adalah ladang angin milik komuniti pertama di Australia yang ditubuhkan pada tahun 2007 hasil cetusan komuniti di situ yang ingin menangani perubahan iklim dengan membangunkan ladang angin komuniti dengan pelaburan lebih USD10 juta (AU13.5 juta). Ladang angin ini membekalkan elektrik kepada lebih 2,100 rumah dan kini mempunyai keanggotaan seramai 2,013 individu. Hepburn Wind satu contoh koperasi yang menunjukkan komiment tinggi menyokong pembangunan lestari melalui Dana Impak yang diwujudkan. Koperasi ini sering bekerjasama dengan kumpulan/organisasi tempatan untuk projek kritikal seperti meningkatkan kecekapan tenaga untuk perumahan golongan berpendapatan rendah. Melalui model koperasi, ladang angin ini dianggap aset komuniti dan boleh diakses oleh seluruh komuniti. Ahli Hepburn Wind yang kebanyakannya komuniti tempatan
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut
C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
14 ANTARABANGSA
JANUARI 2022
Perkenal Koperasi Kariah Masjid di Persada Antarabangsa
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Komitmen berterusan ANGKASA dalam menggerakkan koperasi kariah masjid di Malaysia menerusi pemerkasaan ekonomi umat Islam mendapat perhatian dunia. Melalui peranan yang dimainkan, koperasi komuniti ini berjaya mempamerkan kemajuan yang memberangsangkan khususnya terhadap aspek pengembangan perniagaan. International Webinar on Community Cooperatives in Malaysia 2022 - An Introduction on Mosque Community Cooperatives telah diadakan secara maya anjuran bersama International Cooperatives Alliances Asia Pacific (ICA-AP) Malaysia Business Office (MBO) ANGKASA and ASEAN Cooperative Organization (ACO) pada 12 Januari 2022. Menerusinya, program tersebut dapat menjadi platform terbaik bagi memperkenalkan fungsi dan peranan yang boleh digerakkan oleh koperasi kariah masjid di Malaysia kepada koperasi luar negara khususnya negara-negara ASEAN, Asia Pasifik serta ahli ICA di negara Timur Tengah dan Afrika Utara [ Middle East North Africa (MENA)] Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) yang juga Naib Presiden International Cooperative Alliance - Asia Pasific (ICA-AP), Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan berkata, koperasi kariah masjid menjadi perhatian ANGKASA dalam pembangunan perniagaan koperasi di negara ini. Katanya, inisiatif ANGKASA mengembangkan perniagaan melalui koperasi komuniti ini bukan sahaja boleh menjana peluang pekerjaan masyarakat setempat, malah boleh memenuhi keperluan serta kebajikan untuk manfaat komuniti sekitarnya. “Koperasi kariah masjid perlu mempelbagaikan strategi perniagaan untuk kekal kompetitif dalam mendepani cabaran dunia masa kini dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anggota dan komuniti. Dalam hal ini, koperasi kariah masjid boleh berperanan mengeluarkan produk halal yang diperlukan oleh ahli kariah selain bertindak sebagai platform penyumberan produk halal dari luar negara supaya keperluan muslim dalam sesebuah komuniti dapat dipenuhi. “Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menunjukkan sehingga Jun 2021, terdapat 462 buah koperasi kariah masjid di Malaysia dengan keanggotaan sebanyak 38,620 orang, syer/yuran sebanyak RM11.74 juta, aset sebanyak RM29.14 juta dan perolehan pada Disember 2020 sebanyak RM15.39 juta,” katanya Koperasi kariah masjid adalah antara empat produk utama yang bakal dikembangkan ANGKASA ke persada global. Tiga lagi produk lain ialah koperasi sekolah; produk- produk halal dan kewangan Islam. Sementara itu, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer, memuji langkah ANGKASA terhadap usaha pengembangan koperasi kariah masjid di Malaysia sehingga menjadikan ia sebagai platform terbaik dalam menjana keuntungan untuk manfaat anggota. Katanya, menerusi webinar ini, ia boleh membuka hala tuju yang lebih jelas kepada koperasi kariah masjid luar negara untuk menggerakkan koperasi seterusnya menjadikannya Malaysia sebagai model terbaik dalam mempelajari model yang sama. Seramai 90 koperator dari lapan negara iaitu Malaysia, Filipina, Korea, Indonesia, Jepun, Brunei; Fiji dan Palestin menyertai webinar ini yang bermatlamat memperkenal, berkongsi pengalaman serta pengetahuan berkaitan model koperasi kariah masjid yang diamalkan di Malaysia khususnya berkaitan teknik pengurusan dan aktiviti perniagaan koperasi. Perkongsian tersebut juga dapat mempromosikan pemerkasaan konsep keusahawanan kepada koperasi luar negara ke arah meningkatkan ekonomi dan pendapatan dalam komuniti kariah. Webinar yang julung kali diadakan itu dikendalikan moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji MohamadAliHasan.Programinimenyaksikansesipengalaman langsung oleh dua koperasi yang berjaya di Malaysia iaitu Koperasi Kariah Masjid At-Taqwa, Kepala Batas Pulau Pinang Berhad (Bandar) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi koperasi, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad (Luar Bandar) oleh Bendahari koperasi, Ir. Dr. Mohd Nizam Ahmad.
Dato’ Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan bertindak sebagai moderator program.
Prof. Abdul Ghafar Ismail dari Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membentangkan tajuk ‘Concept of Mosque Community Cooperatives in Malaysia’.
Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer.
Sesi tayangan video yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee bertajuk ‘Government Support on Masjid Community Cooperatives in Malaysia’.
Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkongsi ilmu dalam Sesi Pengalaman Langsung Koperasi Kariah Masjid At-Taqwa, Kepala Batas Pulau Pinang Berhad.
Sesi
pembentangan
seterusnya disampaikan oleh Prof. Abdul Ghafar Ismail dari Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertajuk ‘Concept of Mosque Community Cooperatives in Malaysia’. Peserta juga turut berpeluang menyaksikan sesi tayangan video yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee bertajuk ‘Government Support on Masjid Community Cooperatives in Malaysia’. Hadir sama dalam webinar ialah Anggota-
Sebahagian 90 peserta daripada lapan negara iaitu Malaysia; Filipina; Korea; 90 peserta daripada lapan negara iaitu Malaysia; Filipina; Korea; Indonesia; Jepun, Brunei; Fiji dan Palestin yang menyertai webinar.
Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md.Yusof Haji Samsudin dan Pengerusi-Pengerusi ANGKASA Negeri serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
15 ANTARABANGSA
JANUARI 2022
Tubuh kesatuan dalam kalangan koperasi negara Islam
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA mengalu-alukan pandangan serta idea daripada Economic & Social Development Centre of Palestine (ESDC) dan Jordanian Cooperative Corporation (JCC) dalam usahanya untuk menubuhkan sebuah kesatuan dalam kalangan koperasi negara-negara Islam. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam satu sesi perbincangan secara dalam talian antara ANGKASA dengan ESDC dan JCC pada 4 Januari 2022. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Ketua Pengarah ESDC, Mr. Akram Al-Taher; Ketua Pengarah JCC, Dr. Abdelfattah Al-shalabi; Mr. Fakhri Yassin daripada Educational Cooperative Union , Jordan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. “Kami (ANGKASA) sedang dalam fasa terakhir penambahbaikan rangka tindakan untuk penubuhan kesatuan tersebut sebelum dibentangkan untuk kelulusan ICA,” ujar Dato’ Dr. Abdul Fattah. Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah peluang untuk membina kerjasama dalam kalangan ahli ICA di Timur Tengah & Afrika Utara (MENA) dan Asia Pasifik serta strategi untuk meningkatkan keahlian ICA dari negara-negara Arab. “Saya ingin mengambil peluang untuk memanfaatkan kedudukan saya sebagai Naib Presiden ICA-AP untuk memahami keadaan sebenar koperasi ahli ICA di Timur Tengah. Selain halangan dari segi bahasa, saya juga mahu mengetahui jika terdapat sebarang faktor lain yang menyebabkan penglibatan tidak aktif oleh ahli ICA di wilayah tersebut,” katanya. Sementara itu, Dr. Abdelfattah Al-shalabi menyatakan harapannya agar ICA, ICA-AP dan ANGKASA dapat memberikan sokongan teknikal kepada pihaknya untuk pembangunan pendidikan anak-anak pelarian Syria di Jordan. Beliau juga menzahirkan penghargaannya terhadap kesediaan ANGKASA untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membangunkan koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid.
Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah mengetuai perbincangan antara ANGKASA dengan ESDC dan JCC.
Ketua Pengarah Jordanian Cooperative Corporation (JCC), Dr. Abdelfattah Al- shalabi.
Ketua Pengarah Pengarah Economic & Social Development Centre of Palestine (ESDC) , Mr. Akram Al-Taher.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease