16 KOPERASI
JANUARI 2022
Tanaman cili fertigasi bantu koperasi atasi masalah tanah terbiar
Projek cili fertigasi membuka mata pelajar terhadap manfaat yang diperolehi apabila berbudi kepada tanah.
Pengerusi Koperasi SMK Batu 17 Berhad, Puan Hajah Rusni Ahmad.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Koperasi SMK Batu 17 Padang Lumat Berhad, Guar Chempedak, Kedah mengambil pendekatan ‘berbudi pada tanah tidak pernah merugikan’ dalam usaha mengoptimumkan tanah terbiarnya seluas 0.8 hektar (dua ekar) dengan mengusahakan tanaman cili secara fertigasi. Melalui kerjasama dengan syarikat perunding, Khayzul Enterprise serta dua koperasi iaitu Koperasi SMK Dulang Berhad dan Koperasi Surau SMK Dulang Berhad, projek yang bermula sejak Mei 2021 dan membabitkan sekitar lapan ribu polibeg telah berjaya membuahkan hasil lumayan. “Memandangkan projek ini berisiko tinggi kerana modal permulaannya sahaja menelan kos sebanyak RM64 ribu, maka kami menjemput dua lagi koperasi untuk turut serta,” kata Pengerusi Koperasi SMK Batu 17 Berhad, Puan Hajah Rusni Ahmad. “Sehingga kini, sebanyak 3.2 tan cili jenis Sakata 461 telah berjaya dituai dan pada bulan Januari tahun ini, kami akan mengusahakan tanaman cili solok bermula dengan 1,000 polibeg,” tambah beliau. Hasil penanaman cili dijual kepada warga sekolah, ibu bapa pelajar dan pemborong dari negeri-negeri berdekatan. Koperasi ini juga sedang dalam perancangan untuk mengusahakan tanaman lain seperti durian, pisang dan cempedak. Menurut Puan Hajah Rusni, pelbagai idea telah dibincangkan dalam kalangan tenaga pengajar mengenai aktiviti perniagaan yang boleh diusahakan sebelum memilih cili fertigasi setelah meneliti potensi besar yang ditawarkan perniagaan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (tengah) mendengar penerangan yang diberikan oleh Pengerusi Koperasi SMK Batu 17 Berhad, Puan Hajah Rusni Ahmad ketika mengadakan lawatan ke tapak projek pada 6 Disember 2021.
Murid-murid mengikuti pembelajaran di luar bilik darjah yang dijalankan di tapak projek cili fertigasi.
Lapan ribu polibeg cili diusahakan oleh tiga koperasi di tanah seluas 0.8 hektar milik ribu polibeg cili diusahakan oleh tiga koperasi di tanah seluas 0.8 hektar milik Koperasi SMK Batu 17 Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease