17 KOPERASI
JANUARI 2022
Projek ini telah berjaya menyuntik semangat dan elemen inovasi dalam kalangan warga sekolah SMK Batu 17 terutama guru yang berminat untuk menyumbang modal permulaan. “Setiap sumbangan dinilaikan dengan saham iaitu bersamaan satu set lengkap polibeg berharga RM8.00 dan dengan nilai tersebut penyumbang akan menerima baja, racun, polibeg, sabut sekam dan anak pokok,” menurut Puan Hajah Rusni. Tidak dapat dinafikan, kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai penanaman cili secara fertigasi pada permulaan projek antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah ini. “Walau bagaimanapun, dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada Khayzul Enterprise dari aspek semaian, penanaman, penyelenggaraan, tuaian dan pemasaran, mengusahakan tanaman ini akhirnya
menjadi satu kepuasan buat mereka (guru-guru) setelah melihat hasil tuaian yang memberangsangkan,” katanya. Cabaran lain pula adalah cuaca kerana sekiranya keadaan sentiasa hujan menyebabkan pokok cili mudah rosak. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh memuji usaha proaktif Koperasi SMK Batu 17 Berhad untuk mengatasi masalah tanah terbiar dalam masa yang sama mengukuhkan kedudukan kewangan koperasi. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek koperasi ini pada 6 Disember 2021. Beliau turut berharap agar lebih banyak koperasi sekolah di negeri tersebut yang mampu mengenal pasti projek berimpak tinggi yang dapat memberi pulangan pendapatan yang baik dan berani mengambil risiko untuk memulakannya.
SAJAK
KOPERASI: MASYARAKAT MALAYSIA
Marilah kita bersama-sama Memajukan koperasi dalam masyarakat Saling membantu bekerjasama Prihatin hidup erat bermuafakat. Muafakat itu tandanya erat Setuju sehati setia dan sekata Dipersetujui bersama kukuh kuat Ekonomi mantap memperkasakan cita-cita. Cita-cita memperkasakan bangsa Maju ekonomi cekap berniaga Prihatin dalam kebersamaan sentiasa Ke seluruh dunia tidak terhingga. Tidak terhingga mencari peluang Masyarakat erat berganding bahu Sedia berniaga setiap ruang Dalam perniagaan hebat berilmu. Berilmu cakna kepada masyarakat Koperasi maju terus perkasa Semua koperasi bersatu dan kuat Di bawah naungan payung ANGKASA.
Proses mengasingkan cili hijau dan merah.
Projek cili fertigasi yang diusahakan sendiri oleh pelajar SMK Batu 17.
Nukilan
Farha Alya Mohd. Fitri Anggota Koperasi Tingkatan Enam Atas Petaling Jaya, Selangor Penulis Pemenang (Anugerah Tunas Cipta DBP 2018/2019) Email:farha.alya@hotmail.com
Benih cili jenis Sakata 461 menghasilkan buah yang lebih lebat dan berat serta boleh dituai selepas selesai satu pusingan iaitu antara 35 hingga 40 hari.
Satu polibeg mampu menghasilkan hingga tiga kilogram cili.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease