WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2022

18 ANGKASA

JANUARI 2022

CUEPACS – ANGKASA Menangani kos sara hidup penjawat awam melalui koperasi

Barisan kepimpinan tertinggi CUEPACS bergambar bersama kepimpinan ANGKASA. kepimpinan tertinggi CUEPACS bergambar bersama kepimpinan ANGKASA.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Katanya, mengambil perhatian serius terhadap isu ini, lebih-lebih lagi hampir separuh daripada keseluruhan 1.62 juta penjawat awam terdiri daripada golongan B40. Sosioekonomi mereka pastinya terkesan dan menjejaskan kualiti kehidupan seluruh isi rumah. CUEPACS Sementara itu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ANGKASA akan terus memperjuangkan isu berkaitan kos sara hidup demi kepentingan

anggota koperasi dan masyarakat secara keseluruhanya. Menurut beliau, hal tersebut bertepatan dengan peranan ANGKASA yang turut mengganggotai Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersama-sama CUEPACS. NACCOL yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bertanggungjawab memperincikan langkah menyeluruh dalam usaha kerajaan menangani serta mengawal kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup rakyat.

Katanya lagi, BA100 yang digerakkan ANGKASA sejak 2019 menjadi platform terbaik untuk sektor koperasi menawarkan harga barang keperluan secara lebih kompetitif menerusi penguasaan rantaian bekalan bekalan dan nilai produk. “Projek BA100 yang dijalankan secara platform digital ini telah banyak membantu koperasi sektor peruncitan. Menerusi penggunaan sistem pesanan secara dalam talian iaitu JimatBiz, koperasi dapat menguruskan tempahan barangan dengan lebih cekap sekali gus menggalakkan anggota koperasi supaya berbelanja di kedai koperasi dan mendapatkan barangan asas dengan harga yang kompetitif. “Platform belian barangan asas secara pukal dalam talian ini dilihat mampu meningkatkan aksesibiliti dan jualan produk masing-masing. Ia juga terbukti melalui pelaksanaannya di 3,000 outlet koperasi runcit di seluruh negara dan akan diperluaskan ke 25,000 kedai runcit milik anggota koperasi sebagai CoopMart dalam masa terdekat,” katanya. Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah berkenaan ialah Setiausaha CUEPACS, Haji Abdul Rahman Haji Mohd Nordin; Setiausaha Kewangan CUEPACS, Haji Roslan Nordin; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Kongres Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong usaha ANGKASA dalam menggerakkan sektor koperasi sebagai agen membantu menangani kenaikan kos sara hidup masyarakat terutamanya terhadap golongan B40 yang semakin meningkat. Sokongan itu diterjemahkan melalui Kesatuan satu perbincangan antara kedua-dua pihak menerusi persepakatan secara bersama dalam mencari langkah dan kaedah terbaik menangani isu kos sara hidup masyarakat. Hasil perbincangan tersebut, satu sidang media telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 19 Januari 2022. Ia bagi menyatakan pendirian kedua-dua pihak untuk membentuk kerjasama secara lebih bersepadu melalui inisiatif mengaktifkan koperasi di peringkat jabatan dan agensi awam spaya dapat mengambil bahagian dalam Projek Barangan Asas 100 (BA100) yang digerakkan ANGKASA. Presiden CUEPACS, Dato’ Haji Adnan Mat berkata, kuasa beli pengguna yang kecil telah meminta CUEPACS dan ANGKASA bergerak secara lebih aktif menangani permasalahan tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan isu kenaikan harga barangan.

Sesi sidang media CUEPACS - ANGKASA. sidang media CUEPACS - ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease