WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2022

6

JANUARI 2022

Rancang pembukaan pusat pengedaran di setiap zon

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Usaha untuk membuka lebih banyak pusat pengedaran produk di bawah Projek Barangan Asas 100 (BA100) di zon-zon lain di seluruh Malaysia akan diberi penekanan oleh ANGKASA. Ini bagi memastikan proses tadbir urus pengedaran produk dapat berjalan dengan lebih cekap dan cepat selain mampu mengurangkan kos operasi. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu berucap pada Bengkel Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi (Coop Strategic Linkages) 2022 di Hotel Tenera, Bangi pada 11 Januari 2022. Katanya, ANGKASA akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk mengenalpasti pusat pengedaran yang mampu memenuhi keperluan sebagai sebuah pusat pengedaran (DC) dan koperasi yang berpotensi untuk menjadi sub DC. "ANGKASA mengambil inisiatif membuat pembelian secara pukal daripada pembekal atau pengeluar serta mengadakan rundingan dengan pembekal dan menghantar terus barangan kepada peruncit. Berasaskan pendekatan itu, kedai koperasi dapat bergabung dengan menawarkan jualan barangan asas dengan harga yang berpatutan dan lebih kompetitif. Ia juga seiring dengan blueprint Sektor Pemborongan dan Peruncitan yang menggariskan tujuh inisiatif strategik yang perlu dilaksanakan," ujar beliau. Program BA100 mensasarkan perolehan sebanyak RM7.2 bilion melalui pembekalan kepada tiga ribu buah kedai koperasi dan anggota koperasi yang menjalankan aktiviti kedai koperasi dan anggota koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan. Ini dapat dilakukan dengan menyasarkan sekurang- kurangnya satu outlet berfungsi sebagai kedai Coopmart yang akan memberi manfaat kepada 3,000 orang pengguna. Justeru, bengkel ini akan menyelaras gerak kerja Task Force, supaya lebih tersusun dan mencapai sasaran yang ditetapkan pelbagai agensi dan rakan strategik ANGKASA turut terlibat. Antaranya adalah Amanah Ikhtiar Malaysia, Yayasan TEKUN Malaysia, UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad,Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, ROBU Consultancy Sdn Bhd dan KV Resources Sdn. Bhd. Terdahulu, Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron hadir bagi menyempurnakan perasmian bengkel tersebut. Beliau dalam ucapannya berkata, cadangan penubuhan Federasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad adalah bagi membentuk sinergi gerakan koperasi dalam sektor ini berdasarkan konsep payung. Menurut beliau, fungsi federasi adalah untuk mengukuhkan penguasaan rantaian bekalan koperasi dengan mewujudkan pusat pengedaran bagi tujuan pengedaran dan logistik dalam mendapatkan harga lebih kompetitif untuk dibekal kepada kedai koperasi. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga ahli panel yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh; Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja

Haji Zazali Haron menyampaikan ucapan perasmian bengkel.

Dato' Dr Abdul Fattah Abdullah menyampaikan ucapan kepada peserta program bengkel yang berlangsung.

Sebahagian peserta bengkel yang hadir.

Sebahagian peserta majlis dari seluruh negara.

dan Peniaga Kecil (MEDAC), Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IKMa), Puan Azlifah Abas. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan

Yahya, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan pengurusan kanan ANGKASA serta wakil-wakil koperasi peruncitan dan pengedaran.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease