WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2022

8 Bersama bantu ringankan mangsa banjir

Dato’ Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan produk barangan asas kepada anggota koperasi yang terjejas akibat banjir.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Bencana banjir yang menimpa di kebanyakan tempat secara serentak benar-benar menguji ketabahan dan keperitan. Banyak harta benda musnah dan yang lebih tragis, ramai mangsa kini terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sampingan seperti kesihatan, makanan dan kewangan termasuklah risiko jangkitan COVID-19. Sehubungan itu, ANGKASA melalui COOPCARE Bantuan Pasca Banjir telah mengambil inisiatif segera dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada anggota serta masyarakat yang memerlukan. Demikian ditegaskan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Katanya, sebagai badan apeks gerakan koperasi, penerapan prinsip dan nilai-nilai berkoperasi amat ditekankan oleh ANGKASA demi kepentingan bersama selain terus membangun dan memperkasakan ekonomi koperasi. Bagi memenuhi tuntutan prinsip ketujuh iaitu 'Prihatin Kepada Masyarakat', tanggungjawab sosial kepada anggota koperasi yang terjejas dengan musibah banjir kini menjadi keutamaan menerusi khidmat bantuan mahupun sumbangan. Usaha ini diharap dapat membantu meringankan beban ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Inisiatif yang digerakkan oleh ANGKASA ini juga adalah bagi menyokong usaha kerajaan negeri dan pusat terutamanya dalam membantu meringankan beban mangsa banjir. “Bersamalah kita turun padang menghulurkan sumbangan bakti dengan membantu mereka dan semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat menterjemahkan semangat jati diri anggota koperasi yang sebenarnya. Bantuan itu juga sekali gus mampu memberi cerminan positif kepada masyarakat terhadap keunikan berkoperasi selain menjayakan usaha kerajaan menerusi program kesejahteraan rakyat berlandaskan Keluarga Malaysia,” ujar beliau. Sumbangan anggota koperasi dalam membantu menyegerakan proses pemulihan pasca banjir menerusi apa juga bentuk bantuan amat dialu- alukan. Musibah banjir yang agak teruk kali ini amat

Dato' Dr. Abdul Fattah juga turut dibawa meninjau keadaan kebun pisang milik koperasi yang mengalami kerosakan akibat ditenggelami banjir.

Sebanyak 100 pek barangan keperluan harian melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) bernilai RM5,000 diagihkan kepada penduduk setempat yang juga merupakan anggota koperasi kariah masjid di sekitar kariah Kampung Kundur Ulu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Berhad, Haji Zubir Haji Jamal dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, En. Halim Haji Ibrahim. Misi bantuan di bawah payung COOPCARE ANGKASA akan terus digerakkan di setiap negeri yang terjejas akibat bencana banjir dengan menyasarkan bantuan kepada sekurang- kurangnya 2,000 buah keluarga. Pada masa yang sama, ANGKASA juga akan meneruskan misi bantuan COOPCARE ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada anggota koperasi dan masyarakat dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

mengharapkan penyertaan dan pertolongan oleh semua pihak untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan dan bantuan seadanya. Selain bantuan berbentuk produk dan wang ringgit, penglibatan tenaga manusia juga sangat diperlukan mengikut keutamaan dan keperluan seperti membantu membersihkan semula kawasan atau rumah yang terjejas akibat banjir. Dato' Dr. Abdul Fattah juga turut menyeru barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) supaya sentiasa peka terhadap musibah yang menimpa termasuk pertolongan yang diperlukan oleh anggota koperasi bagi melicinkan lagi tugas COOPCARE dari semasa ke semasa. Beliau berkata demikian sewaktu hadir menyampaikan sumbangan COOPCARE ANGKASA Prihatin Mangsa Banjir kepada anggota Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu bertempat di Surau Haji Mohd Taf, Kampung Kundur Ulu, Pedas, Negeri Sembilan pada 31 Disember 2021.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease