EDISI KHAS SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA (MAPA) 2022
EDISI KHAS MAPA 2022
2
Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan transformasi secara lebih menyeluruh menerusi TransKoM 2021-2025 adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi gerakan koperasi di Malaysia supaya lebih dinamik dan mampan seiring dengan usianya yang sudah mencapai 100 tahun pada tahun ini. Bagi menjamin kejayaan yang lebih cemerlang, ianya bergantung kepada komitmen, kerjasama dan usaha yang lebih bersepadu oleh semua pihak yang berkepentingan termasuk pemimpin koperasi. Untuk memastikan setiap langkah yang dibuat memenuhi matlamat dan menghasilkan impak yang lebih positif, kerajaan mahu setiap usaha yang digerakkan dapat dipantau menerusi laporan secara berkala. Penubuhan Pejabat Pengurusan Transformasi sangat signifikan untuk memastikan matlamat TransKoM 2021-2025 tercapai. Hasil laporan prestasi, isu dan cabaran yang dibentangkan secara berkala kepada KUSKOP akan diambil tindakan segera dan seterusnya mencadangkan langkah intervensi atau pendekatan baharu mengikut keperluan dan kesesuaian. Saya mahu melihat masa depan gerakan koperasi yang lebih cemerlang seiring dengan prinsip dan falsafahnya daripada setiap warga koperasi. Teruskan semangat jati diri dan bersama-sama meningkatkan momentum gerakan koperasi di Malaysia agar terus relevan dan hasilnya terus dirasai bukan sahaja anggotanya, malah seluruh masyarakat dan negara. Selamat bersidang kepada semua perwakilan dan laksanakanlah tugas dengan penuh rasa tanggungjawab demi masa depan ANGKASA dan gerakan koperasi yang lebih cemerlang. Prakata Tan Sri Noh B Haji Omar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Tan Sri Noh B Haji Omar
KANDUNGAN
06 Wawancara bersama Haji Zazali Haron 08 Wawancara bersama Dato' Mohd Ali Mansor 10 Wawancara bersama
12 Koperasi Kariah Masjid bantu Kembangkan Ekonomi Ummah 14 TransKoM 2021-2022 Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi 16 Peranan dan Sumbangan Koperasi Merealisasikan SDG
18 Dato' Kamarudin Bersedia 20 Kepimpinan dan Integriti Kunci Kejayaan Organisasi 22 ANGKASA Tawar Laman Web Percuma kepada Koperasi Pertahan Kedudukan sebagai Ahli Lembaga ICA
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah
3
Prakata Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Gerakan koperasi yang semakin berkembang dalam satu keluarga Malaysia mampu menjadi tunjang kepada kekuatan dan keupayaan dalam usahanya untuk memartabatkan pembangunan ekonomi anggota dan masyarakat. Perjalanan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia begitu cemerlang dengan pelbagai kejayaan dicapai dan SKM terus cakna demi memastikan usaha memasyarakatkan koperasi terus diperkasakan menerusi pelbagai insentif serta bantuan. Kesungguhan itu juga adalah seiring dengan konsep kebersamaan dan keadilan menerusi koperasi yang sinonim dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam usaha kerajaan untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai pemimpin yang dipertanggungjawabkan, setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlulah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan matlamat untuk memasyarakatkan koperasi dapat direalisasikan secara holistik. KUSKOP, SKM, IKMa, ANGKASA dan Bank Rakyat yang merupakan pemegang taruh utama sentiasa membantu koperasi bagi memastikan kesejahteraan anggota dan masyarakat diutamakan. Kita sebagai pemimpin juga perlu sentiasa menyantuni anggota dan masyarakat menerusi mesej-mesej positif yang lebih berkesan dan bersepadu. Di samping itu, penganjuran aktiviti kemasyarakatan juga sangat digalakkan sebagai salah satu kaedah berkesan dalam usaha koperasi mendekati masyarakat. Semoga matlamat murni yang diperjuangkan ini menjadi paksi ke arah masa depan gerakan koperasi yang lebih cemerlang selain terus menjadi pemangkin sosioekonomi rakyat di negara ini. Pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA ke-36 dan mendoakan semoga mesyuarat berjalan dengan lancar.
Haji Zazali Haron
27 Ekosistem Kredit Koperasi- Solusi kepada Perkhidmatan Kredit Koperasi di Malaysia 28 Koperasi perlu Bangkit Tangani Impak COVID-19 Terhadap Industri Pelancongan 29 Projek BA100 Merangsang Perniagaan Koperasi dan Meringankan Kos Sara Hidup
30 Projek 'Coop Hardware' Bantu Tingkat Perolehan Koperasi 31 Fokus Pemerkasaan Koperasi Belia 32 Tahniah dan Syabas! Anugerah Pelajar Cemerlang 2021/2022
23 Pulih Perniagaan Usahawan melalui Pelbagai Program 24 100 Tahun Gerakan
Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia 26 Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022)
4
Sejarah perjalanan ANGKASA selama 51 tahun telah mengukir pelbagai kejayaan dalam usaha untuk membangun dan merangsang perniagaan koperasi di negara ini. Kerjasama padu yang terjalin antara pemegang taruh dan kepimpinan koperasi sepanjang lima dekad penubuhannya telah banyak menyaksikan kesungguhan dan komitmen antara ANGKASA dan barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk menjayakan agenda perniagaan koperasi masing-masing. Sejak dari awal penubuhannya, ANGKASA sentiasa memberi tumpuan bagi membantu kelancaran aktiviti perniagaan koperasi khususnya dalam aspek kewangan, kerjasama strategik, pengeluaran, kualiti produk dan pemasaran. Ruang dan peluang yang sentiasa diberikan kepada semua peringkat koperasi untuk memperkasakan perniagaan membuktikan bahawa ANGKASA sentiasa cakna terhadap kelangsungan gerakan koperasi agar terus relevan dan berupaya memberi sumbangan bermakna kepada anggotanya. Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) menjadi sandaran kepada pelan tindakan pembangunan koperasi yang menyeluruh demi memacu kelestarian sosioekonomi gerakan koperasi di Malaysia. Menerusinya, ANGKASA akan terus bergerak membantu meningkatkan impak ekonomi gerakan koperasi supaya terus melangkah lebih jauh dan menjadi antara pemain industri utama di negara ini. Bagi memastikan setiap langkah yang digerakkan itu terus lancar dan memberi impak positif, pelbagai pendekatan yang lebih signifikan perlu diberi keutamaan sekali gus menyokong pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang digerakkan oleh kerajaan. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi juga perlu ditangani secara bersama bagi membantu meningkatkan penyertaan masyarakat dalam koperasi selain memperkasakan semangat serta tahap keupayaan anggotanya dalam bidang keusahawanan koperasi. Sekiranya asas tersebut dapat diperkukuhkan, kita yakin masa depan koperasi akan lebih terserlah melalui kesungguhan setiap warganya untuk terus memajukan koperasi secara berjemaah. Selamat bersidang kepada semua perwakilan MAPA. Semoga persidangan kali ini dapat membuka lebih banyak ruang bagi kita untuk terus menabur khidmat bakti kepada koperasi yang kita cintai. Prakata Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO) Naib Presiden International Cooperative Alliance-Asia and Pacific (ICA-AP)
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Muat Turun Aplikasi
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did
• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
6
ASPIRASI KOPERASI MALAYSIA
Wawancara bersama Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Oleh: Mohd Zakuan Azmi
Bolehkah Tuan Haji berikan sedikit ulasan mengenai prestasi gerakan koperasi di Malaysia pada masa kini? Sudah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak dari awal penubuhannya hingga kini, sentiasa berperanan sebagai peneraju kecemerlangan gerakan koperasi di Malaysia. Transformasi Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan pindaan Akta Koperasi 1993 bermula 1 Januari 2008 juga telah mengukuhkan lagi misi untuk terus meletakkan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara. Saya melihat prestasi gerakan koperasi semakin baik melalui pelbagai transformasi dan penambahbaikan bermula dengan penstrukturan semula gerakan koperasi berasaskan jenis kegiatan koperasi selaras dengan Dasar Ekonomi Baru pada era 70-an dan perkembangannya semakin positif dalam dekad-dekad seterusnya sehinggalah ke hari ini. Sehingga 31 Disember 2021, terdapat sejumlah 14,834 koperasi seluruh negara dengan keanggotaan berjumlah 6.5 juta orang, syer dan yuran berjumlah RM15.82 bilion dengan nilai aset sebanyak RM150.53 bilion. Perolehan yang dicatatkan sehingga 31 Disember 2020 berjumlah RM41.65 bilion. Apakah sasaran yang mahu diletakkan oleh SKM sendiri melalui Aspirasi Koperasi Malaysia ? Aspirasi Koperasi Malaysia merupakan suatu bentuk penyelarasan baharu yang dipersetujui oleh tiga pihak iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berikutan penamatan Deklarasi Putrajaya pada 8 Mac 2019. Tiga matlamat utama Aspirasi Koperasi Malaysia adalah: 1. Mengelakkan Pertindihan Fungsi Antara SKM, IKMa Dan ANGKASA Peranan dan tanggungjawab SKM, IKMa dan ANGKASA dinyatakan dengan jelas bagi mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi
Apakah bentuk cabaran atau halangan yang dirasakan oleh SKM perlu ditangani bagi mencapai sasaran aspirasi tersebut? Antara cabaran dalam merealisasikan Aspirasi Koperasi Malaysia adalah mendapatkan persefahaman antara ketiga-tiga agensi akan peranan dan fungsi setiap agensi. Perkara ini secara jelas telah disebutkan dalam dokumen Aspirasi Koperasi Malaysia. Walau bagaimanapun penyelarasan secara berkala perlu dilaksanakan bagi menyelaras sebarang isu yang timbul dalam pelaksanaannya bagi memastikan agenda pembangunan koperasi terus dijadikan keutamaan. Sekiranya cabaran tersebut dapat kita tangani dengan baik dan sempurna, maka lebih mudahlah untuk kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau halangan dalam membangunkan koperasi. Kita juga melihat ketidakseimbangan yang wujud terutamanya menerusi sumbangan yang jelas lebih didominasi oleh koperasi sektor kewangan berbanding sektor-sektor perniagaan koperasi yang lain. Sekiranya ketiga-tiga agensi (SKM, IKMa dan ANGKASA) dapat bergerak secara bersepadu, kita mahu supaya lebih banyak gerak kerja dapat dilakukan bagi mendekati koperasi dan membantu sektor perniagaan yang terlibat agar pertumbuhan dan prestasi sektor-sektor ekonomi koperasi yang terbabit menjadi lebih seimbang dan mampan. Bagaimanakah dengan langkah untuk lebih dekat dengan koperasi? SKM akan menambahbaik fungsi dan peranannya sebagai pemudahcara bagi membantu
seterusnya memastikan penggunaan sumber secara optimum yang mana dapat memberi impak yang lebih signifikan kepada gerakan koperasi dan kumpulan sasar khususnya masyarakat 2. Penyelarasan Program Koperasi Yang Lebih Bersepadu Penyelarasan program ini membolehkan program koperasi dilaksanakan secara lebih bersepadu dan memberi impak yang signifikan kepada gerakan koperasi dan masyarakat. 3. Perkongsian Data Antara Agensi Persefahaman dan dalam membangunkan data raya yang komprehensif, seragam dan kemas dapat dibuat, dapat memberi manfaat secara bersama kepada SKM, IKMa dan ANGKASA. Pewujudan data raya berkaitan koperasi dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mudah, cepat dan telus. Melalui Aspirasi Koperasi Malaysia ini, diharap usaha pembangunan sektor koperasi dapat dilaksanakan secara bersepadu oleh ketiga- tiga agensi yang terlibat bagi mencapai hasrat menjadikan sektor koperasi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia yang lebih seimbang, inklusif, progresif dan mapan. Pelan Strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2021-2025 juga turut memperincikan pelan tindakan bagi meningkatkan kemakmuran sosioekonomi koperasi menerusi Lima teras strategik merangkumi Transformasi Organisasi, Modal Insan, Penyampaian Perkhidmatan, Daya Tahan Kewangan dan Visibility Organisasi. persetujuan
7
menyampaikan perkhidmatan secara lebih pantas dan tepat selain menangani sebarang isu yang timbul dalam gerakan koperasi dengan lebih berkesan. Bagi meningkatkan kualiti penyampaian dalam perkhidmatan, proses perekayasaan turut menjadi salah satu strategi yang akan dilaksanakan oleh SKM seperti : 1. Mengukuh dan memantapkan kawal selia dan tadbir urus koperasi. 2. Memperkasakan pembangunan koperasi yang inklusif. 3. Melaksanakan Business Process Reengineering . 4. Mengadaptasi penggunaan teknologi dan digitalisasi operasi organisasi. Di samping itu juga, pelbagai program yang menjurus kepada perubahan persekitaran dan operasi dan perniagaan koperasi akan diberi penekanan. SKM juga akan memastikan ekosistem perundangan yang lebih kondusif dapat digerak secara lebih progresif selain tadbir urus dan kawal selia yang lebih baik. Apakah pendekatan yang akan digunakan bagi melancarkan lagi perjalanannya? Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030, SKM mahu mengadaptasi penggunaan teknologi dan digitalisasi secara lebih menyeluruh sebagai salah satu strategi komunikasi dua hala yang lebih berkesan antara koperasi dan pemegang taruh yang terlibat. Penggunaan teknologi informasi yang lebih meluas merupakan antara pendekatan yang akan diperkasakan oleh SKM. Pendekatan tersebut juga adalah selari dengan matlamat yang ingin dicapai selain mampu menyerlahkan lagi fungsi SKM selaku Peneraju Kecemerlangan Koperasi. Terdapat tiga strategi utama yang akan diberi tumpuan berasaskan Teras Strategik kelima iaitu Visibility Organisasi iaitu: 1. Memperhebat penggunaan teknologi media sosial, media cetak, media elektronik dan media baharu. 2. Meningkatkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat dan Kemasyarakatan. 3. Memperkasakan kerjasama strategik antara pelbagai agensi dan pihak swasta.
Penyerahan dokumen ‘Aspirasi Koperasi Malaysia’ kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi dokumen ‘Aspirasi Koperasi Malaysia’ kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA di Kuala Lumpur pada 12 Februari 2022.
kapasiti dan keupayaan koperasi supaya koperasi terus maju ke hadapan dan berdaya saing bagi mencapai objektif penubuhannya. Kerajaan telah mengiktiraf sektor koperasi sebagai institusi bumiputera berpendapatan rendah terbesar sebagai kaedah yang ingin dicapai dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). Justeru, transformasi secara menyeluruh ke atas gerakan koperasi perlu dilaksanakan bagi memperkasakan dan memantapkan peranan koperasi pada masa kini dan akan datang. Sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang diberi peranan memimpin koperasi, tuan/puan yang memeta hala tuju koperasi. Oleh itu, laksanakanlah tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sebagai SKM, apakah yang ingin disampaikan kepada kepimpinan koperasi? Pengerusi Eksekutif Saya amat berharap kepimpinan koperasi dapat melaksanakan usaha-usaha peningkatan
Menara SKM, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
8
ASPIRASI KOPERASI MALAYSIA
Wawancara bersama Datuk Mohd Ali Mansor Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia(IKMa)
Oleh: Mohd Zakuan Azmi
Selaras dengan usaha merealisasikan matlamat Aspirasi Koperasi Malaysia, bolehkah Datuk jelaskan mengenainya? Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Majlis Pra Pelancaran 100 Tahun Koperasi pada 12 Februari 2022 lalu bertemakan '100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia'. Pada majlis itu, YB Menteri, Tan Sri Noh Omar memaklumkan Aspirasi Koperasi Malaysia diwujudkan untuk menggariskan peranan dan tanggungjawab SKM, IKMa dan ANGKASA dengan lebih jelas bagi mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi. Ini seterusnya memastikan penggunaan sumber secara optimum supaya dapat memberi impak yang lebih signifikan kepada gerakan koperasi dan kumpulan sasar khususnya masyarakat. Selaras dengan perkembangan satu abad gerakan koperasi ini juga, pemantapan kepimpinan dan pengurusan koperasi perlu diperhebatkan. Kita sedia maklum pihak kerajaan khususnya KUSKOP telah memperkenalkan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 atau DKN 2030. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Keusahawanan Yang Unggul Menjelang 2030’ serta pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan. Apakah pendekatan yang akan digerakkan oleh IKMa? Berdasarkan kepada tujahan ke-3 dalam TransKoM 2021-2025, IKMa diberi amanah untuk menjalankan pendidikan dan latihan koperasi di negara ini. Berdasarkan kepada fungsi di bawah Akta Pemerbadanan IKMa 1968 ini, IKMa terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan koperasi dengan memperkenalkan program jangka pendek dan program jangka panjang melibatkan kursus antara 1 hari hingga 15 hari kepada anggota koperasi serta program Pensijilan dan Diploma kepada anak- anak anggota koperasi. IKMa turut menyediakan ‘Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi (PIMPIN)’ dalam melengkapkan barisan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang kompeten dan berilmu bagi menjamin tadbir urus yang baik dalam gerakan koperasi. Mengikut Garis Panduan 5, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, mana- mana Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dikehendaki untuk menghadiri Kursus Wajib Anggota Lembaga
produk yang ditawarkan oleh KUSKOP, IKMa dan agensi kepada anggota koperasi juga orang awam. IKMa turut terlibat dengan kerjasama strategik di antara tiga kementerian iaitu KUSKOP-KBS-KPT. IKMa memainkan peranan daripada segi pembudayaan koperasi kepada golongan belia terutamanya siswa dan siswi di Pusat Pengajian Tinggi serta Institut Latihan Awam dan Swasta. Program ini akan dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman peserta selain dapat meningkatkan kewujudan koperasi dalam kalangan belia dan siswa. IKMa juga terlibat secara langsung dalam Program KUSKOP ( awareness & outreach ) dan telah berjaya melaksanakan program dalam talian bersama dengan Universiti Teknologi Mara (Dungun), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Koperasi Universiti Teknologi Mara. Bagi menyemarakkan lagi penglibatan belia di kalangan mahasiswa, Program Graduan ke Koperasi (G2K) diperkenalkan pada penghujung tahun 2021. Program ini merupakan program kerjasama strategik dengan universiti tempatan dalam melengkapkan nilai tambah kepada bakal graduan melalui program pensijilan IKMa serta menempatkan pelajar tersebut di koperasi terpilih dalam latihan industri bagi menimba pengalaman berkhidmat dalam gerakan koperasi. Buat permulaan, program rintis diadakan bersama Universiti Putra Malaysia melibatkan 24 orang mahasiswa tahun akhir Pengajian Ekologi Manusia UPM. Mereka telah ditempatkan di koperasi besar sebagai pelatih selama tiga bulan untuk mendalami pengurusan dan pentadbiran di koperasi. Seterusnya, selepas tiga bulan pelatih akan diserap ke koperasi yang berkenaan bergantung kepada prestasi kemajuan pelajar tersebut. IKMa juga menjalinkan kerjasama strategik dengan universiti luar negara iaitu Polytechnic University of Philippines. IKMa dalam cadangan melebar luaskan jaringan ke beberapa buah universiti tempatan (seperti
Koperasi kepada ALK dan Pengurusan Koperasi bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam tadbir urus dan pengurusan koperasi. IKMa juga menyediakan kursus berkaitan asas perniagaan koperasi untuk melengkapkan Anggota Lembaga, Anggota Koperasi dan Pengurusan Koperasi dengan ilmu asas berkaitan perniagaan termasuk aspek teknologi dan inovasi. IKMa juga melaksanakan ‘Program Perundingan Koperasi Bersasar’ dengan tujuan utama pelaksanaan ialah untuk meningkatkan pendapatan, profesionalisme dan kesejahteraan koperasi. Program tersebut meliputi Program Bimbingan Melonjakkan Pendapatan Koperasi (MiRiCLe), ProgramKeusahawananKoperasi(COOPBizpreneur), Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E), Program Pemerkasaan Kewangan & Akaun (F.A.S.T) dan Program Rejuvenasi Koperasi (ReJu). Bagaimanakah aspirasi ini dapat membantu meningkatkan fungsi dan peranan generasi muda atau belia dalam kepimpinan koperasi? IKMa turut memberi tumpuan kepada ALK yang perlu diberi nafas baharu dengan suntikan tenaga muda dalam mengurus dan mentadbir koperasi. Sehubungan itu, IKMa telah merancang beberapa inisiatif dalam memperkasakan gerakan koperasi termasuk program turun padang bagi menyantuni belia dan masyarakat. Program Turun Padang Ke arah Memasyarakatkan Koperasi (MasKop) merupakan inisiatif IKMa bertujuan untuk meningkatkan kefahaman belia dan masyarakat terhadap peranan koperasi dalam membangunkan ekonomi komuniti dan negara. Selain itu, program ini dapat mempromosikan kelebihan dan keistimewaan koperasi kepada masyarakat serta menghebahkan perkhidmatan dan
9
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Islam Malaysia) dan luar negara. Objektif utama jaringan kerjasama ini dilaksanakan ialah untuk: i. Menarik minat generasi muda untuk melibatkan diri dalam gerakan koperasi. ii. Memberi nilai tambah graduan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang koperasi. iii. Meningkatkan profesionalisme koperasi melalui tenaga mahir. iv. Memupuk dan menerapkan minda keusahawanan kepada graduan secara praktikal. v. Pertukaran kepakaran antara universiti dan IKMa. IKMa juga komited dalam melahirkan barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi yang kompeten, profesional serta berwibawa dalam tempoh jangka panjang. Bagi merealisasikan hasrat murni dalam membangunkan modal insan koperasi yang kompeten IKMa telah pun mendapat kelulusan penubuhan daripada KPT untuk menubuhkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM). Penubuhan UKKM ini akan menjadi peneraju dan pemangkin pembangunan modal insan intelek dan profesional dengan memiliki pengetahuan yang komprehensif bidang keusahawanan koperasi. Universiti ini bakal menjadi mercu kejayaan koperasi apabila lebih ramai tenaga profesional dalam bidang keusahawanan koperasi dilahirkan kelak. Tenaga- tenaga muda ini akan menjadi tulang belakang penting menghasilkan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa hadapan. Modul pengajian akan memfokuskan untuk melahirkan modal insan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan dan koperasi. Sebagai contoh program 2U2I di mana setiap graduan akan diletakkan di bawah industri dan koperasi terpilih sebagai syarat memenuhi kurikulum. Pelajar ini disasarkan diserap terus sebagai pekerja dalam sektor berkenaan. Untuk tujuan ini UKKM akan melaksanakan MoU dengan industri/koperasi terpilih. Sebahagian besar tenaga pengajar daripada pensyarah IKMa yang mempunyai pengalaman luas dalam koperasi, pakar industri turut dijemput sebagai pensyarah sambilan. Sebenarnya, apakah bidang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai pada masa kini oleh kepimpinan koperasi? Bidang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai pada masa kini oleh kepimpinan koperasi antaranya adalah seperti ‘Teknologi Maklumat’ (Digitalisasi). Perubahan persekitaran memerlukan barisan pengurusan dan kepimpinan koperasi peka kepada ilmu baharu terutama digitalisasi dalam meningkatkan kecekapan operasi pada masa yang sama dapat mengurangkan kos. Seterusnya adalah
‘Kepimpinan Koperasi’. Aspek yang tidak kurang penting dalam tadbir urus dalam sesebuah koperasi iaitu kepimpinan. Majoriti barisan pentadbir dalam kalangan koperasi memerlukan penambahbaikan dalam aspek kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan antara elemen yang penting bagi sesebuah koperasi dan harus dikuasai oleh barisan kepimpinan di koperasi. Pengurusan kewangan yang baik akan dapat menjamin perjalanan sesuatu koperasi dalam tempoh masa yang lama dan dapat bertahan daripada sebarang perubahan persekitaran. Untuk itu IKMa telah merangka beberapa kursus dan program termasuk bimbingan bersasar kepada koperasi untuk mendaya upaya ALK dalam pengurusan kewangan termasuk analisis kewangan dan dapatan yang akan menentukan kedudukan kewangan semasa dan masa hadapan. Sebagai badan yang melaksanakan latihan dan bimbingan, IKMa masih meneruskan program di bawah perniagaan dan sektor keberhasilan seperti Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi (PIMPIN/CLDP), Program Pemerkasaan Kewangan & Akaun (F.A.S.T), Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E) dan Program Keusahawanan Koperasi (COOPBizpreneur). Sejauh manakah sambutan pemimpin koperasi sendiri terhadap latihan yang disediakan oleh IKMa? Setiap tahun, IKMa merancang tidak kurang daripada 500 kursus yang disasarkan kepada ALK, Anggota, Pengurusan dan individu yang berminat untuk menghadiri kursus yang ditawarkan. Sepanjang 10 tahun yang lepas, IKMa telah berjaya melatih kumpulan pemimpin dan pengurusan koperasi seperti pecahan berikut :
Sebagai Ketua Pengarah IKMa, apakah misi dan sasaran yang ingin Datuk capai? Saya ingin lihat IKMa bergerak lebih jauh melalui pengajian tinggi. Insya-Allah, proses penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) telah pun digerakkan pada tahun 2021. Surat kelulusan penubuhan UKKM telah diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kepada Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar di Ipoh, Perak pada 29 April 2022. Selain itu, sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan koperasi yang unggul, IKMa harus bergerak sebagai badan semi profesional dalam menjadikannya sebagai sebuah institut yang terkemuka. IKMa perlu melahirkan para pelapis generasi seterusnya bagi menyediakan pemimpin dan pengurusan koperasi yang lebih profesional, mahir dan berorientasikan digitalisasi dalam mengarusperdanakan gerakan koperasi. IKMa juga dalam rangka perancangan bagi menyediakan Data Raya ( Big Data ) yang lengkap untuk keperluan latihan dan penyelidikan bagi membantu IKMa menghasilkan analisis berkaitan koperasi dengan lebih tepat dan benar serta tidak bergantung pada data dari sumber lain. Tambahan itu juga, bahagian penyelidikan IKMa akan diperkasakan dengan mengadakan kerjasama dalam penyelidikan dengan lebih banyak universiti bagi menghasilkan dapatan kajian yang jitu dan menjadi rujukan kepada pembuat dasar. IKMa juga telah melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Koperasi (PTPMIK) pada 12 Februari 2022. Pelan ini menggariskan perancangan pembangunan latihan dan pendidikan modal insan koperasi termasuk menyelaras gerak kerja agensi dan pihak berkepentingan bagi memacu anjakan modal insan koperasi di Malaysia. Pelan PTPMIK ini melibatkan empat teras strategik, tujuh langkah strategik serta 17 program bagi memperkasakan modal insan koperasi ke arah kecemerlangan. Impak daripada PTPMIK ini meliputi gerakan koperasi, anggota koperasi, kepimpinan dan pengurusan koperasi serta masyarakat. Selain itu, kepimpinan dan pengurusan koperasi turut ditingkatkan dari segi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam hal pengurusan dan pentadbiran koperasi dan bagi masyarakat, mereka akan lebih memahami peranan koperasi sebagai instrumen bagi membangunkan komuniti dengan mengambil kira aspek sosial dan ekonomi.
• Jumlah penyertaan peserta secara keseluruhan 2011 - 2021: 391,240 • Jumlah ALK koperasi sejak 2011 - 2021: 165,216 • Jumlah Pengurusan koperasi sejak 2011 – 2021: 31,085
Ini membuktikan kursus yang ditawarkan oleh IKMa sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan barisan ALK dan pengurusan koperasi dalam meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran mereka dalam mengurus dan mentadbir koperasi.
Bangunan IKMa, No. 103, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
10
ASPIRASI KOPERASI MALAYSIA
Wawancara bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Oleh: Mohd Zakuan Azmi
Sejauh manakah Aspirasi Koperasi Malaysia mampu memberi impak kepada pembangunan perniagaan koperasi? ANGKASA menerusi fungsi utamanya seperti yang terkandung dalam UUK 11 (1) jelas berperanan dalam memastikan matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada koperasi diberi keutamaan khususnya dalam aspek memberi nasihat dan bantuan pengurusan perniagaan mereka. Perkara tersebut juga adalah selari dengan misi yang digerakkan oleh ANGKASA untuk menjadi Pemangkin Kecemerlangan Gerakan Koperasi ke Arah Globalisasi dengan mempelopori dan memperkasakan jaringan serta rantaian nilai sektor ekonomi koperasi, membudayakan keusahawanan dalam koperasi, memperkukuh pengalaman tadbir urus berdasarkan jati diri koperasi dan mentransformasikan lansdkap ekonomi koperasi selaras dengan perkembangan inovasi dan teknologi. Justeru, Aspirasi Koperasi Malaysia mampu menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kuat dan bersepadu antara pemegang taruh khususnya SKM dan IKMa dalam memartabatkan lagi ekonomi sektor perniagaan koperasi. Kita boleh merancang pelbagai aktiviti atau rancangan ekonomi yang relevan dengan perkembangan sosioekonomi, permintaan pasaran dan kos yang lebih efektif selain sokongan kepakaran daripada pelbagai agensi berkaitan. Sejauh manakah kekuatan sektor perniagaan koperasi daripada sudut pandangan Datuk Seri sendiri? Sejak dari awal pembabitan saya dalam gerakan koperasi, saya melihat sektor perniagaan koperasi mempunyai potensi untuk lebih berkembang maju kerana konsep dan prinsip yang terkandung dalam koperasi itu sendiri mempunyai banyak kelebihan sekiranya dapat diadaptasi dan dikembangkan dengan lebih baik. Namun, perjalanannya agak terbatas kerana kurangnya penglibatan secara langsung daripada kalangan anggota koperasi itu sendiri dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan. Hal tersebut mungkin disebabkan oleh permasalahan dari sudut kesedaran terhadap pentingnya nilai-nilai kerjasama dalam membangunkan koperasi. Mereka hanya didedahkan dengan pemahaman bahawa
anggota koperasi hanya melabur dan menantikan sahaja keuntungan ekonomi atau dividen tahunan selain menggunakan koperasi sebagai platform untuk membuat pinjaman peribadi (kewangan). Perkara ini sememangnya menjadi perhatian daripada pihak kerajaan menerusi rancangan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang mahu memberi fokus kepada program memasyarakatkan koperasi dan pastinya, ANGKASA perlu bersama-sama dengan SKM dan IKMa untuk ‘turun padang’ bagi memupuk kefahaman dan imej koperasi serta mengenalpasti sebarang permasalahan yang menyekat kemajuan sektor perniagaan koperasi itu sendiri. Apakah pendekatan baharu yang hendak dilaksanakan bagi membantu memartabatkan sektor perniagaan koperasi pada masa akan datang? ANGKASA kini sedang dalam fasa untuk membangunkan beberapa jenis perniagaan baharu selain mengembangkan lagi perniagaan sedia ada melalui Projek Pemerkasaan Koperasi atau CEP. Menerusinya, CEP akan memberi fokus kepada menangani jurang yang dikenal pasti untuk membolehkan gerakan koperasi berkembang pada kadar yang lebih cepat atau memastikan daya luaran yang boleh mempengaruhi pergerakan ini dapat diatasi. Oleh itu, pendekatan ini diharap mampu memperkasakan lagi perniagaan koperasi melalui transformasi yang digerakkan daripada peringkat CEP 1 iaitu projek yang dibangunkan oleh ANGKASA sebelum beralih kepada CEP 2 yang melibatkan penyertaan atau penglibatan bersama oleh koperasi atau konsortium dan CEP 3 untuk projek berimpak tinggi yang diketuai oleh sebuah koperasi.
Sebagai badan apeks, ANGKASA juga turut memainkan peranannya secara signifikan untuk menghubungkan koperasi dengan pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara yang mampu memberi nilai tambah selain membantu mengembangkan lagi ekonomi perniagaan yang dijalankan. Adakah ANGKASA mempunyai perancangan tersendiri bagi membangunkan ilmu keusahawanan koperasi? Sebenarnya ANGKASA telah pun memulakan beberapa pendekatan baharu dalam merencanakan program pembangunan keusahawanan, baik di peringkat warga kerja ANGKASA mahupun pemimpin koperasi. Selain mengadakan program-program keusahawanan seperti bengkel dan kursus mengikut sektor perniagaan masing-masing, ANGKASA juga turut mengadakan kerjasama strategik dengan Fakulti Usahawan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui ANGKASA-UMK Research Academy (AURA). Menerusinya, ANGKASA dan UMK akan memberi tumpuan terhadap aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan koperasi dan keusahawanan sosial. Bagi memantapkan lagi usaha ke arah menjadikan AURA sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, ANGKASA telah bersetuju untuk menaja projek-projek penyelidikan berkaitan pembangunan keusahawanan koperasi termasuklah penganjuran program latihan industri. ANGKASA juga turut mengadakan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia dari segi pembangunan modal insan warga kerja ANGKASA termasuklah rancangan kolaborasi dengan Institut
11
Koperasi Malaysia (IKMa) dalam penubuhan Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM). Sudah pasti kelebihan ini mampu membantu menyemarakkan lagi rancangan pembangunan ilmu keusahawanan koperasi di masa hadapan. Apakah contoh perniagaan yang boleh dikongsikan secara bersama oleh koperasi buat masa ini? Kita ambil contoh salah satu anak syarikat yang dikembangkan oleh ANGKASA iaitu MyANGKASA Amanah Berhad atau MAAB. Kini MAAB merupakan pemegang amanah bagi keseluruhan harta pewasiat bernilai 86 bilion dan jangkaan perolehan menerusi semua kes tersebut dianggarkan berjumlah RM1.72 bilion. (berdasarkan 2% fi yang dikenakan). Setakat ini sudah 35 koperasi terlibat sebagai rakan niaga MAAB bagi menjalankan perkhidmatan pengurusan amanah manakala 43 buah syarikat juga turut terlibat termasuk sembilan buah rakan niaga bank. Projek Barangan Asas 100 atau BA100 juga merupakan satu program peruncitan yang semakin dinamik dan jumlah koperasi yang telah berdaftar juga telah mencecah 2,179 buah koperasi. Selain boleh membekal produk koperasi dan menjual produk barangan asas yang lain selalui sistem tempahan dan jualan yang dibangunkan, koperasi juga kini diberi peluang untuk menjalankan perniagaan runcit secara dalam talian tanpa perlu mempunyai kedai fizikal. Selain itu, ANGKASA menerusi Bahagian Perniagaan ANGKASA turut terlibat dalam beberapa bidang perniagaan berimpak tinggi
menerusi penyusunan semula semua anak syarikat yang dilihat sesuai untuk dijana bersama koperasi pada masa depan. Usaha ini sejajar dengan matlamat ANGKASA untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan berimpak tinggi kepada koperasi dan akhirnya dapat meningkatkan sosioekonomi koperasi Malaysia. Prestasi perniagaan anak syarikat seperti MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. kini semakin baik dan berjaya melibatkan 107 koperasi atau pelanggan dalam urusniaga bersama syarikat bersekutu. ANGKASA menerusi ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) ada menjalankan perkhidmatan perundingan ke arah pensijilan MSPO bagi membantu koperasi ladang sawit mendapatkan Pensijilan MS2530-3 MSPO dan sehingga kini sebanyak 27 buah koperasi telah terlibat. Selain itu, ANGKASA menyediakan khidmat perundingan ke aras pensijilan Halal melibatkan penglibatan 10 buah koperasi. Kursus berkaitan pensijilan juga ditawarkan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme dalam kalangan anggota koperasi dan setakat ini, empat koperasi yang menerima Pensijilan MSPO telah diberi Latihan Kebakaran dan Kecemasan. Bidang agronomi turut ditawarkan menerusi perkhidmatan berkaitan dengan kajian tanah dan syor baja bagi meningkatkan hasil kelapa sawit yang melibatkan penyertaan 21 buah koperasi. Selain itu, kursus berkaitan Penaksiran Risiko Bahan Kimia kepada Kesihatan (CHRA) juga mendapat sambutan 16 buah koperasi. Projek Heifers Park iaitu projek ternakan lembu tenusu yang kini sedang dibangunkan oleh ANGKASA KoMARDI Dairy Sdn. Bhd. sudah melalui fasa pertama pembangunannya di Kluang,
Johor. Selain itu, projek Coop Farmasi juga turut menyediakan peluang perniagaan kepada koperasi yang berminat. Selain empat milik ANGKASA yang kini sedang beroperasi, dua lagi Coop Farmasi milik koperasi juga telah memulakan operasinya dan enam lagi koperasi yang memohon sedang dalam proses penilaian fasa pertama. ANGKASA mensasarkan 20 Coop Farmasi milik koperasi dapat direalisasikan pada tahun ini. Ini adalah antara contoh perniagaan yang saya kira wajar dikongsikan bersama koperasi kerana faktor kekuatan atau kestabilan perniagaan yang dijana sebelum ini, kos operasi yang rendah selain dapat memberi peluang pekerjaan mahupun perniagaan baharu kepada koperasi dan anggotanya. Apakah harapan Datuk Seri terhadap masa depan gerakan koperasi? Secara peribadi, saya ingin melihat gerakan koperasi di Malaysia mempunyai standard yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa melalui jenama produk atau perkhidmatan perniagaannya. Kita tahu Bank Rakyat sudah lama menempa kecemerlangan di persada antarabangsa dan koperasi boleh menjadikannya sebagai inspirasi bagi memupuk semangat dan kesungguhan untuk berjaya dalam perniagaan yang dijalankannya. Banyak ruang yang boleh dikecapi dan peluang tersebut perlu digarap secara serius bersama pelan strategi yang dirangka. Sekiranya jenama koperasi berjaya di pasaran dunia, sudah pasti ini akan memberi impak kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi sekali gus dapat mencapai sasaran perolehan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Bangunan ANGKASA, Wisma Ungku a. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
12
Bantu Kembangkan Ekonomi Ummah Koperasi Kariah Masjid
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA Pengerusi KONSORMAS
Konsep berkoperasi adalah selaras dengan kehendak Islam itu sendiri yang menggalakkan umatnya untuk bekerjasama dan tolong- menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan. Penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) akan menjadikan peranan dan fungsi masjid lebih berkesan untuk meningkatkan ekonomi ummah dengan menyemarakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat. KKM boleh memainkan peranan dalam membantu memasarkan produk keluaran anggota setempat supaya produk anggota yang mempunyai masalah dari segi pemasaran dan modal dapat dibantu melalui jaringan kerjasama antara dua pihak. Hal tersebut juga seiring dengan Resolusi ketujuh dan kelapan yang terkandung dalam Resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang ditandatangani pada 8 Mac 2022. RESOLUSI 7 Program bimbingan berterusan dalam perniagaan KKM amat diperlukan seperti membangunkan Model Perniagaan yang berdaya saing, pengeluaran dan pemasaran produk halal, perkhidmatan bekalan makanan dan keperluan asas, penjualan produk secara online , pembangunan tanah wakaf dan lain-lain perniagaan. RESOLUSI 8 Pengurusan masjid perlu memberi sokongan kepada pembangunan KKM melalui penyediaan peluang dan premis perniagaan serta sokongan kepada koperasi untuk terlibat dalam perniagaan dan membekalkan perkhidmatan kepada masjid. Kekuatan ekonomi yang dimiliki menerusi kemudahan ruang niaga, lokasi yang strategik ditambah pula dengan bilangan jemaah yang ramai memberi banyak kelebihan terhadap usaha untuk membangunkan ekonomi ummah menerusi KKM. Melalui kepelbagaian medium dan aktiviti yang dijalankan, KKM boleh membantu membuka peluang ekonomi termasuk peluang pekerjaan baharu kepada anggota serta komuniti setempat yang memerlukan khususnya golongan asnaf dan juga ibu tunggal. Produk halal keluaran umat Islam dapat dikomersial dan dipertingkatkan pengeluarannya. Masalah untuk mendapatkan produk halal, suci dan bersih dapat diatasi dan keperluan umat Islam dapat dipenuhi. Kelebihan tersebut sekali gus dapat membantu mengembangkan ekonomi Islam melalui perkhidmatan, produk dan perniagaan berlandaskan syariah Islam. Pada tahun 2016 semasa Konvensyen Koperasi Kariah Masjid yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, yang
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan Resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid 2022 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad semasa majlis perasmian persidangan yang berlangsung pada 8 Mac 2022 di Sepang, Selangor.Turut sama Timbalan Menteri KUSKOP, YB Datuk Muslimin Yahaya.
13
Pasar Mini milik Koperasi Masjid Ar-Rashdiah Selama Berhad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu merasmikan lima unit kedai milik Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad pada 22 Februari 2022.
Hasanah Café milik Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melawat ruang jualan yang disediakan oleh Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad di perkarangan masjid berkenaan pada 19 Februari 2022.
mana pada ketika itu baginda merupakan Tengku Mahkota Pahang, telah bertitah agar masjid-masjid menubuh dan membangunkan koperasi kariah masjid demi ekonomi ummah. Sehingga Julai 2021, sejumlah 495 buah koperasi kariah masjid telah didaftarkan di seluruh Malaysia. Dalam usaha untuk terus memperkasakan pembangunan KKM, sebuah konsortium telah didaftarkan atas nama Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS). Keanggotaannya terbuka kepada semua koperasi kariah masjid atau surau di seluruh negara. Sehingga kini, 48 buah koperasi kariah masjid telah menjadi ahli KONSORMAS dengan fi pendaftaran sebanyak RM100 dan modal saham minimum sebanyak RM1,000.00. KKM dipelawa untuk menjadi ahli KONSORMAS. ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia komited membangunkan koperasi kariah masjid dan yakin peranan dan fungsi masjid perlu diperluas dan diperkembangkan sejajar dengan perubahan serta keperluan umat Islam masa kini. Sebagai langkah untuk terus memartabatkan KKM, ANGKASA menjalankan Bengkel Hala tuju Koperasi Kariah Masjid di setiap negeri. Penganjuran program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ANGKASA untuk mempromosi dan memperkasakan KKM. Perlaksanaan program itu juga merupakan antara strategi bagi menjamin kelestarian koperasi baharu dan yang belum menjalankan aktiviti. Bengkel itu diharap mampu memberi kefahaman
Projek ternakan lembu pedaging oleh Koperasi Masjid Ar-Rashdiah Selama Berhad.
menyeluruh mengenai tanggungjawab anggota kepada koperasi untuk terlibat secara langsung menyokong dan menjayakan aktiviti koperasi. ANGKASA juga sedia melaksanakan inisiatif sokongan dan galakan menerusi :
-
Menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi atau pihak yang berkaitan bagi meningkatkan perkhidmatan serta perolehan koperasi kariah masjid. koperasi melalui Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS). Antara aktiviti yang dilaksanakan Perlaksanaan pembangunan program-program perniagaan adalah seperti bekalan lembu korban, pengedaran/jualan ayam sihat, jualan kurma dan pengedaran/jualan produk sejuk beku.
-
-
Penganjuran seminar, bengkel dan taklimat berkaitan penubuhan dan pembangunan perniagaan koperasi kariah masjid. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan. Bantuan perbelanjaan makan dan minum semasa Mesyuarat Agung Permulaan. Memperkasakan modal insan koperasi. Menggalakkan golongan asnaf menjadi anggota koperasi.
-
-
- -
Adalah menjadi hasrat ANGKASA untuk menjadikan usaha dan inisiatif ini satu kejayaan. ANGKASA juga turut mempelawa mana-mana masjid yang masih belum menubuhkan koperasi kariah masjid supaya dapat berbuat demikian bagi bersama-sama meningkatkan taraf sosioekonomi ummah.
-
Bantuan
prasarana
perniagaan
menggunakan
dana
infaq
lil-waqf
ANGKASA.
-
Program pembangunan perniagaan di bawah sektor-sektor ANGKASA.
14
TransKoM 2021-2025 Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi
Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Timbalan Presiden ANGKASA
Koperasi berperanan sebagai agen perubahan dalam meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan ekonomi masyarakat. Koperasi juga berperanan mengukuhkan hubungan komuniti lebih rapat dan bersepadu. Ianya sejajar pelaksanaan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 meletak gerakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan. Kepentingan penubuhan koperasi komuniti mampu menjadi tunjang kepada usaha menyatupadukan rakyat di samping meningkatkan taraf sosioekonomi serta memenuhi keperluan anggota untuk melaksanakan aktiviti ekonomi dan kebajikan dalam komuniti tersebut. Aspirasi Koperasi Malaysia ANGKASA bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) komited menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi negara yang makmur, inklusif dan mapan sebagaimana yang termaktub dalam Aspirasi Koperasi Malaysia. Dokumen kerjasama Aspirasi Koperasi Malaysia ini jelas menggariskan penyelarasan fungsi dan peranan ketiga-tiga organisasi secara holistik dalam iaitu:
i. Mentransformasikan ge rakan koperasi menjadi sektor yang berdikari, berdaya saing dan relevan. kepada ekonomi negara melalui pembangunan ekonomi iii. Kebajikan anggota dan komuniti serta prihatin kepada persekitaran. ii. Menyumbang
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) kepada Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar pada Program Konsolidasi Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak dan Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia pada 29 April 2022 lalu. Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (kiri sekali). – Foto: Bernama
TransKoM 2021-2025 merupakan pelan tindakan lanjutan daripada Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan menjadi asas dalam merangka hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara. Antara objektif utama TransKoM adalah sebagai pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif, berdaya saing dan seterusnya akan menjamin kelangsungan sektor koperasi Malaysia. Objektif ini boleh dicapai melalui langkah strategik memasyarakatkan gerakan koperasi. Usaha memasyarakatkan koperasi penting bagi memperbetulkan persepsi khalayak terhadap gerakan koperasi. Stigma masyarakat terhadap koperasi hanya aktiviti kredit sahaja seharusnya dikikis dan mereka perlu diberi kefahaman bahawa kepelbagaian bidang perniagaan boleh digerakkkan secara kolektif melalui usaha yang berterusan.
Aktiviti ekonomi koperasi mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti di sesuatu tempat dengan menyediakan keperluan asas, meningkatkan peluang pekerjaan, menaja aktiviti komuniti dan meningkatkan kualiti hidup. Koperasi mempunyai peranan besar mensejahterakan dan memberi nilai tambah dalam sesebuah komuniti. Tujuan penubuhan koperasi mampu menyatupadukan masyarakat bagi memartabatkan serta mempertingkatkan sosioekonomi masyarakat di Malaysia khususnya mereka yang berada dalam golongan B40 dan M40. Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam langkah strategik TransKoM memasyarakatkan gerakan koperasi amat dihargai.
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik menyerahkan sumbangan berjumlah 320 pek barangan asas kepada 27 wakil koperasi dan lima (5) wakil NGO Wilayah Hilir Perak (Teluk Intan dan Bagan Datoh) bertempat di perkarangan pejabat sementara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Hilir Perak di Teluk Intan, Perak pada 29 April 2022.
ANGKASA melalui CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 menyantuni melalui CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 menyantuni petugas barisan hadapan menerusi sumbangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 3 September 2021.
15
ANGKASA sebagai penggerak utama berusaha merealisasikan hasrat Kerajaan menerusi KUSKOP dalam menjayakan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang menjadi asas dalam merangka hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara. Matlamat gerakan koperasi iaitu memfokuskan kepada kesejahteraan anggota melalui penglibatan dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan menjadi tunjang kepada usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Universiti Koperasi Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang bakal membuka ruang dalam usaha memperkasakan agenda TransKoM. KUSKOP diberi tanggungjawab kawal selia UKKM. Langkah ini merupakan suatu anjakan paradigma meningkatkan peranan pembangunan modal dan profesionalisme dalam gerakan koperasi. Kewujudan UKKM menjadi katalis proses memasyarakatkan gerakan koperasi daripada kalangan akademia dan pelajar. Ia menggalakkan penyertaan golongan muda dan profesional memberi kekuatan kepada sesebuah koperasi melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan dan sosial yang dijalankan. Koperasi Komuniti Selain itu, memasyarakatkan koperasi berupaya membantu masyarakat dalam sesebuah komuniti melalui kewujudan koperasi kariah masjid; koperasi sekolah; koperasi keluarga; koperasi kredit; koperasi rukun tetangga dan kejiranan; koperasi peruncitan; koperasi pertanian dan sebagainya. Sebagai contoh, Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Berhad telah membuktikan koperasi tersebut berjaya menjana ekonomi anggota dan masyarakat setempat melalui aktiviti pelancongan desa apabila terus menerima kebanjiran kunjungan pelancong domestik dan luar negara. Harapan Koperasi ANGKASA yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menghargai sokongan pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob terhadap gerakan koperasi dan ia merupakan satu pengiktirafan terhadap sektor ini. Sokongan pemimpin negara mampu melancarkan usaha memasyarakatkan gerakan koperasi melalui aktiviti berkoperasi menerusi dasar-dasar dan polisi yang digariskan Kerajaan. Berdasarkan kepada statistik sehingga 31 Disember 2021 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), merekodkan jumlah bilangan koperasi adalah sebanyak 14,834 dengan jumlah
Sumber: Laman Web Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
keanggotaan seramai 6.5 juta orang; aset bernilai RM150.53 bilion; syer/yuran sebanyak RM15.82 bilion serta perolehan sehingga 31 Disember 2020 berjumlah RM41.65 bilion. Kini, dengan keanggotaan koperasi mencecah tujuh juta rakyat Malaysia diharapkan pelaksanaan TransKoM mampu meningkat jumlah keanggotaan koperasi kepada 9 juta orang dapat direalisasikan menjelang 2030. Justeru, penyertaan masyarakat dalam koperasi diharap dapat mencapai kepentingan dan aspirasi
bersama khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam berkoperasi Menyedari sumbangan besar gerakan koperasi terhadap sosioekonomi negara ini, sektor koperasi perlu menyahut cabaran untuk kekal relevan sebagai platform mandiri terbaik dalam arus perdana masa kini serta mampu menenuhi harapan untuk kesejahteraan anggota dan masyarakat.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease