WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

12

Bantu Kembangkan Ekonomi Ummah Koperasi Kariah Masjid

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA Pengerusi KONSORMAS

Konsep berkoperasi adalah selaras dengan kehendak Islam itu sendiri yang menggalakkan umatnya untuk bekerjasama dan tolong- menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan. Penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) akan menjadikan peranan dan fungsi masjid lebih berkesan untuk meningkatkan ekonomi ummah dengan menyemarakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat. KKM boleh memainkan peranan dalam membantu memasarkan produk keluaran anggota setempat supaya produk anggota yang mempunyai masalah dari segi pemasaran dan modal dapat dibantu melalui jaringan kerjasama antara dua pihak. Hal tersebut juga seiring dengan Resolusi ketujuh dan kelapan yang terkandung dalam Resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang ditandatangani pada 8 Mac 2022. RESOLUSI 7 Program bimbingan berterusan dalam perniagaan KKM amat diperlukan seperti membangunkan Model Perniagaan yang berdaya saing, pengeluaran dan pemasaran produk halal, perkhidmatan bekalan makanan dan keperluan asas, penjualan produk secara online , pembangunan tanah wakaf dan lain-lain perniagaan. RESOLUSI 8 Pengurusan masjid perlu memberi sokongan kepada pembangunan KKM melalui penyediaan peluang dan premis perniagaan serta sokongan kepada koperasi untuk terlibat dalam perniagaan dan membekalkan perkhidmatan kepada masjid. Kekuatan ekonomi yang dimiliki menerusi kemudahan ruang niaga, lokasi yang strategik ditambah pula dengan bilangan jemaah yang ramai memberi banyak kelebihan terhadap usaha untuk membangunkan ekonomi ummah menerusi KKM. Melalui kepelbagaian medium dan aktiviti yang dijalankan, KKM boleh membantu membuka peluang ekonomi termasuk peluang pekerjaan baharu kepada anggota serta komuniti setempat yang memerlukan khususnya golongan asnaf dan juga ibu tunggal. Produk halal keluaran umat Islam dapat dikomersial dan dipertingkatkan pengeluarannya. Masalah untuk mendapatkan produk halal, suci dan bersih dapat diatasi dan keperluan umat Islam dapat dipenuhi. Kelebihan tersebut sekali gus dapat membantu mengembangkan ekonomi Islam melalui perkhidmatan, produk dan perniagaan berlandaskan syariah Islam. Pada tahun 2016 semasa Konvensyen Koperasi Kariah Masjid yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, yang

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan Resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid 2022 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad semasa majlis perasmian persidangan yang berlangsung pada 8 Mac 2022 di Sepang, Selangor.Turut sama Timbalan Menteri KUSKOP, YB Datuk Muslimin Yahaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease