WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

14

TransKoM 2021-2025 Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Timbalan Presiden ANGKASA

Koperasi berperanan sebagai agen perubahan dalam meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan ekonomi masyarakat. Koperasi juga berperanan mengukuhkan hubungan komuniti lebih rapat dan bersepadu. Ianya sejajar pelaksanaan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 meletak gerakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan. Kepentingan penubuhan koperasi komuniti mampu menjadi tunjang kepada usaha menyatupadukan rakyat di samping meningkatkan taraf sosioekonomi serta memenuhi keperluan anggota untuk melaksanakan aktiviti ekonomi dan kebajikan dalam komuniti tersebut. Aspirasi Koperasi Malaysia ANGKASA bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) komited menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi negara yang makmur, inklusif dan mapan sebagaimana yang termaktub dalam Aspirasi Koperasi Malaysia. Dokumen kerjasama Aspirasi Koperasi Malaysia ini jelas menggariskan penyelarasan fungsi dan peranan ketiga-tiga organisasi secara holistik dalam iaitu:

i. Mentransformasikan ge­ rakan koperasi menjadi sektor yang berdikari, berdaya saing dan relevan. kepada ekonomi negara melalui pembangunan ekonomi iii. Kebajikan anggota dan komuniti serta prihatin kepada persekitaran. ii. Menyumbang

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) kepada Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Haji Omar pada Program Konsolidasi Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak dan Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia pada 29 April 2022 lalu. Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad (kiri sekali). – Foto: Bernama

TransKoM 2021-2025 merupakan pelan tindakan lanjutan daripada Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan menjadi asas dalam merangka hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara. Antara objektif utama TransKoM adalah sebagai pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif, berdaya saing dan seterusnya akan menjamin kelangsungan sektor koperasi Malaysia. Objektif ini boleh dicapai melalui langkah strategik memasyarakatkan gerakan koperasi. Usaha memasyarakatkan koperasi penting bagi memperbetulkan persepsi khalayak terhadap gerakan koperasi. Stigma masyarakat terhadap koperasi hanya aktiviti kredit sahaja seharusnya dikikis dan mereka perlu diberi kefahaman bahawa kepelbagaian bidang perniagaan boleh digerakkkan secara kolektif melalui usaha yang berterusan.

Aktiviti ekonomi koperasi mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti di sesuatu tempat dengan menyediakan keperluan asas, meningkatkan peluang pekerjaan, menaja aktiviti komuniti dan meningkatkan kualiti hidup. Koperasi mempunyai peranan besar mensejahterakan dan memberi nilai tambah dalam sesebuah komuniti. Tujuan penubuhan koperasi mampu menyatupadukan masyarakat bagi memartabatkan serta mempertingkatkan sosioekonomi masyarakat di Malaysia khususnya mereka yang berada dalam golongan B40 dan M40. Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam langkah strategik TransKoM memasyarakatkan gerakan koperasi amat dihargai.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik menyerahkan sumbangan berjumlah 320 pek barangan asas kepada 27 wakil koperasi dan lima (5) wakil NGO Wilayah Hilir Perak (Teluk Intan dan Bagan Datoh) bertempat di perkarangan pejabat sementara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Hilir Perak di Teluk Intan, Perak pada 29 April 2022.

ANGKASA melalui CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 menyantuni melalui CoopCare ANGKASA Prihatin COVID-19 menyantuni petugas barisan hadapan menerusi sumbangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 3 September 2021.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease