WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

15

ANGKASA sebagai penggerak utama berusaha merealisasikan hasrat Kerajaan menerusi KUSKOP dalam menjayakan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang menjadi asas dalam merangka hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara. Matlamat gerakan koperasi iaitu memfokuskan kepada kesejahteraan anggota melalui penglibatan dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan menjadi tunjang kepada usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Universiti Koperasi Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang bakal membuka ruang dalam usaha memperkasakan agenda TransKoM. KUSKOP diberi tanggungjawab kawal selia UKKM. Langkah ini merupakan suatu anjakan paradigma meningkatkan peranan pembangunan modal dan profesionalisme dalam gerakan koperasi. Kewujudan UKKM menjadi katalis proses memasyarakatkan gerakan koperasi daripada kalangan akademia dan pelajar. Ia menggalakkan penyertaan golongan muda dan profesional memberi kekuatan kepada sesebuah koperasi melalui kepelbagaian aktiviti perniagaan dan sosial yang dijalankan. Koperasi Komuniti Selain itu, memasyarakatkan koperasi berupaya membantu masyarakat dalam sesebuah komuniti melalui kewujudan koperasi kariah masjid; koperasi sekolah; koperasi keluarga; koperasi kredit; koperasi rukun tetangga dan kejiranan; koperasi peruncitan; koperasi pertanian dan sebagainya. Sebagai contoh, Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Berhad telah membuktikan koperasi tersebut berjaya menjana ekonomi anggota dan masyarakat setempat melalui aktiviti pelancongan desa apabila terus menerima kebanjiran kunjungan pelancong domestik dan luar negara. Harapan Koperasi ANGKASA yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menghargai sokongan pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob terhadap gerakan koperasi dan ia merupakan satu pengiktirafan terhadap sektor ini. Sokongan pemimpin negara mampu melancarkan usaha memasyarakatkan gerakan koperasi melalui aktiviti berkoperasi menerusi dasar-dasar dan polisi yang digariskan Kerajaan. Berdasarkan kepada statistik sehingga 31 Disember 2021 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), merekodkan jumlah bilangan koperasi adalah sebanyak 14,834 dengan jumlah

Sumber: Laman Web Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

keanggotaan seramai 6.5 juta orang; aset bernilai RM150.53 bilion; syer/yuran sebanyak RM15.82 bilion serta perolehan sehingga 31 Disember 2020 berjumlah RM41.65 bilion. Kini, dengan keanggotaan koperasi mencecah tujuh juta rakyat Malaysia diharapkan pelaksanaan TransKoM mampu meningkat jumlah keanggotaan koperasi kepada 9 juta orang dapat direalisasikan menjelang 2030. Justeru, penyertaan masyarakat dalam koperasi diharap dapat mencapai kepentingan dan aspirasi

bersama khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam berkoperasi Menyedari sumbangan besar gerakan koperasi terhadap sosioekonomi negara ini, sektor koperasi perlu menyahut cabaran untuk kekal relevan sebagai platform mandiri terbaik dalam arus perdana masa kini serta mampu menenuhi harapan untuk kesejahteraan anggota dan masyarakat.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease