16
Peranan dan Sumbangan Koperasi Merealisasikan SDG
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Lembaga Cooperative Housing International (CHI)
Sebagai sebuah badan sosial- ekonomi, koperasi memiliki peranan penting dalam mendokong pembangunan di Malaysia. Sejarah membuktikan, koperasi mampu memajukan ekonomi masyarakat di dalam dan luar bandar. Namun demikian, Matlamat Pembangunan Mampan / Sustainable Development Goals (SDG) melalui koperasi masih belum banyak diperkatakan. Hal
untuk memerangi perubahan iklim dan kesan buruknya. Melalui program ini, ANGKASA berhasrat meningkatkan kesedaran serta keterlibatan masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan manfaatnya kepada kehidupan. Jelas sumbangan ANGKASA dalam pencapaian SDG semakin besar dan kuat apabila mendapat sokongan dari pihak-pihak terkait antara lain anggota koperasi, masyarakat dan
ini disebabkan, belum ada indikasi yang jelas mengenai peranan dan potensinya dalam SDG. ANGKASA, sejajar dengan hala tuju International Cooperative Alliance (ICA) menerusi program CO-OPs for 2030 yang komited untuk mendidik koperasi mengenai SDG, membantu koperasi memberi maklum balas atas seruan PBB untuk bertindak dan mengumpulkan maklumat mengenai sumbangan koperasi kepada Agenda ICA SDG 2030, seterusnya memastikan kedudukan koperasi sebagai rakan strategik sepanjang proses pelaksanaan SDG. Antara fokus pelan tindakan, melindungi alam sekitar, membaiki akses kepada barangan dan perkhidmatan asas, membina sistem makanan yang mampan dan membasmi kemiskinan. Menghampiri usia 100 tahun penubuhan koperasi di Malaysia menjelang tahun 2022, gerakan koperasi kekal memainkan peranan memacu sosio- ekonomi negara dan membantu golongan B40 dalam menangani peningkatan kos sara hidup. Hasil penelitian menunjukkan aktiviti sosial dan ekonomi yang dijalankan oleh ANGKASA seperti projek BA100 adalah usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan, seterusnya memiliki kaitan yang erat dengan pencapaian SDG. ANGKASA juga kini memulakan inisiatif untuk menanam 1 juta pokok melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah payung COOPCARE. Ia bagi membantu misi kerajaan menanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2021. Projek ini bukan saja simbolik permulaan sambutan ulang tahun ANGKASA yang ke-50 pada tahun ini, tetapi menunjukkan komitmen dan usaha berterusan gerakan koperasi Malaysia
kerajaan. Gerakan koperasi akan terus dimantapkan peranannya dan lebih progresif. Apa yang pasti, kesemua matlamat kelestarian tersebut menjurus kepada kesejahteraan hidup manusia seiring dengan prinsip yang didukung dalam SDG iaitu, ‘leaving no one behind’ .
Sebagai simbolik kerjasama yang telah dimeterai, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh meletakkan tag nama pada pokok Kelumpang Burung atau nama saintifiknya, Sterculia Parviflora.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease