18
Dato’ Kamarudin Bersedia Pertahan Kedudukan sebagai Ahli Lembaga ICA ANGKASA Mahu Pastikan Malaysia Terus ada Platform di Arena Koperasi Global
Dato' Haji Kamarudin Ismail Anggota Lembaga ANGKASA Ahli Lembaga ICA Global
Oleh: Nadiah Kamarudin
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bakal mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada Perhimpunan Agung ICA yang akan diadakan pada 20 Jun 2022 di Seville, Sepanyol. Beliau juga akan bertanding untuk kekal sebagai Ahli Jawatankuasa International Cooperative Agriculture Organization (ICAO). Yakin bahawa pemilihan beliau dapat menjadi platform terbaik kepada Malaysia untuk terus memperjuang dan menyuarakan pandangan serta idea dalam pembangunan koperasi global telah mendorong Dato’ Haji Kamarudin untuk bertanding buat kali kedua. Sokongan yang padu khususnya daripada barisan kepimpinan
nilai dan prinsip koperasi,” ujar Dato’ Haji Kamarudin. Katanya, kekuatan tersebut akhirnya akan terserlah pada sikap proaktif, kreatif, inovatif, kompetitif dan berpandangan jauh anggota dalam menggerakkan pelbagai usaha untuk mencapai kepentingan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Tambah beliau, melalui mesyuarat yang dihadiri sama ada secara fizikal atau dalam talian turut memberi peluang kepadanya untuk berinteraksi secara lebih kerap bersama koperator belia. “Usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan muda dalam koperasi tidak akan pernah berhenti, malah banyak lagi usaha dan gerak kerja yang perlu dilakukan,” katanya.
Justeru, antara matlamat utama beliau pada pemilihan kali ini adalah untuk memastikan Malaysia turut memberi sumbangan yang signifikan terhadap kajian mendalam sedang dijalankan oleh ICA mengenai sejauh mana identiti koperasi ditakrifkan dan difahami khususnya dalam kalangan belia. “Saya percaya apabila golongan muda mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai identiti, nilai dan prinsip koperasi, mereka akan lebih menjerumus ke arah menggunakan koperasi sebagai wadah utama untuk meningkatkan peluang pekerjaan, mengawal kos sara hidup dan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya,” tambah beliau.
tertinggi, pengurusan dan warga ANGKASA serta ahli keluarga juga meyakinkan beliau untuk mempertahankan kedudukan tersebut. Sepanjang empat tahun memegang peranan sebagai Ahli Lembaga ICA dan berpeluang untuk mengumpul ilmu dan kepakaran daripada pemimpin koperasi dari serata dunia ternyata telah membuka mata anak jati Melaka itu terhadap kekuatan yang ada pada gerakan koperasi dunia. “Saya sedar bahawa kekuatan sesebuah koperasi di mana-mana negara sekali pun terletak pada sejauh mana individu dalam koperasi tersebut berpegang pada identiti,
Dato’ Haji Kamarudin bersama Naib Presiden ICA, Mr. Japheth Anavila Magomere dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.
Dato’ Haji Kamarudin bersama Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco. Haji Kamarudin bersama Presiden ICA, Dr. Ariel Guarco.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease