19
Selainitu,pembangunankoperasisekolah akan sentiasa menjadi agenda utama yang akan dikongsikan dalam kalangan negara anggota ICA. Katanya, pencapaian koperasi sekolah akan terus diketengahkan dan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada negara yang berminat serta ANGKASA bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran. Menyingkap kembali peristiwa bersejarah yang berlaku pada 17 November 2017, tarikh Dato’ Haji Kamarudin dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah ICA, mengingatkan beliau akan cabaran yang perlu dilalui untuk memastikan wakil dari Malaysia mempunyai tempat dalam badan tertinggi koperasi peringkat dunia. Beliau telah menerima undian sebanyak 461 daripada 691 perwakilan koperasi seluruh dunia sekali gus melayakkan beliau untuk duduk dalam Lembaga Pengarah ICA yang terdiri daripada seorang Presiden, empat Naib Presiden, 15 Ahli Lembaga, empat wakil organisasi sektor, seorang wakil kesaksamaan jantina dan seorang wakil belia. Pemilihan Dato’ Haji Kamarudin membuktikan penerimaan dunia terhadap kemampuan calon dari Malaysia untuk memberi sumbangan berkesan kepada gerakan koperasi di persada antarabangsa.
Dato’ Haji Kamarudin (duduk, kiri) bersama Lembaga Pengarah ICA pada Mesyuarat Lembaga ICA yang telah diadakan di Haji Kamarudin (duduk, kiri) bersama Lembaga Pengarah ICA pada Mesyuarat Lembaga ICA yang telah diadakan di Bueno Aires, Argentina pada 21 Oktober 2018.
Mewakili Malaysia dalam mesyuarat yang diadakan di peringkat antarabangsa.
Barisan Ahli Lembaga Pengarah ICA untuk sesi 2017 – 2021.
Dato’ Haji Kamarudin bersama mantan Presiden ICA, Monique F. Leroux.
Berinteraksi bersama koperator dari Palestin. bersama koperator dari Palestin.
Menyambut kemenangan bersama rakan koperator.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease