WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

20

Kepimpinan dan Integriti Kunci Kejayaan Organisasi

Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA Pengerusi Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus ANGKASA

"The supreme quality for leadership is unquestionably integrity. Without it, no real success is possible, whether it is on a section gang, a football field, in an army or in an office”. - Dwight D. Eisenhower

Kepimpinan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Menurut Kamus Dewan (1989) kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Ramai skolar telah mendefinisikan kepimpinan sebagai proses pengarahan tingkah laku orang ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Proses pengarahan merujuk sering dikaitkan kepada bagaimana seseorang atau dalam konteks ini pemimpin bertindak mengikut cara tertentu atau menggunakan kaedah tertentu seperti polisi, tatacara, peraturan dan prosedur kerja untuk mencapai objektif yang ditentukan. Kebiasaannya pemimpin ini akan dibekalkan kuasa untuk melaksanakan proses pengarahan tersebut. Konsep Kepimpinan Hamba ( Servant Leadership ) Pelbagai konsep kepimpinan telah dikemukakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Pada tahun 1970, Robert K. Greenleaf telah memperkenalkan satu konsep kepimpinan baharu iaitu Kepimpinan Hamba ( Servant Leadership ). Konsep ini memberi penekanan yang berbeza dengan konsep kepimpinan sebelumnya terutama tentang fungsi dan peranan pemimpin dalam melaksanakan proses pengarahan. Ia diasaskan kepada falsafah utama pemimpin adalah untuk memberi khidmat kepada orang lain atau organisasi. Terdapat tiga perbezaan utama fungsi dan peranan pemimpin mengikut Kepimpinan Hamba berbanding Kepimpinan Tradisi.

PEMIMPIN TRADISI Kepimpinan sebagai pangkat perlu diperoleh. Menggunakan kuasa dan kawalan untuk memacu prestasi. Mengukur kejayaan melalui keluaran.

PEMIMPIN HAMBA Kepimpinan sebagai peluang untuk berkhidmat. Berkongsi kuasa dan kawalan untuk memacu penglibatan. Mengukur kejayaan melalui pertumbuhan dan impak pembangunan.

Kepimpinan Hamba Dalam Perspektif Islam Mengikut ajaran Islam, konsep kepimpinan telah bermula sebelum kejadian manusia lagi. Ini dijelaskan dalam Al Quran yang bermaksud; “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi (Al Baqarah:30)". Oleh kerana pemimpin merupakan manusia rasional yang menjadi watak utama dalam perbincangan artikel ini, elok dimulakan perbincangan dengan memahami serta menghayati mengapa manusia dijadikan dan dihantar ke muka bumi mengikut perspektif Islam. Sebagai Muslim, kita telah jelas bahawa kehidupan di dunia semata-mata sebagai pengabdian kepada Allah SWT yang merupakan Pencipta kepada manusia dan seluruh alam untuk mencapai kejayaan sebenar di kehidupan yang kekal.

Segenap aspek kehidupan manusia adalah untuk mencapai keredhaan dan merupakan ketaatan seorang hamba kepada tuan-Nya. Bagi umat Islam, ini merupakan konsep asas ibadat dalam kehidupan seharian di muka bumi. “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Al-Dzariyat: 56) Kepimpinan hamba yang diperkenalkan adalah selari dengan falsafah kepimpinan dalam Islam. Mengikut Islam kepimpinan berpegang pada falsafah seseorang pemimpin yang berkesan melaksanakan tanggunjawab sebagai seorang pemimpin untuk berkhidmat pada masyarakat, organisasi dan negara dengan tujuan mendapat keredhaan Allah SWT bukannya mengumpul kuasa

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease