WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

21

Pemimpin merupakan model dalam organisasi, tingkahlaku atau tindakan oleh mereka akan mempengaruhi atau memberi kesan kepada organisasi (Gambar hiasan).

Kepimpinan dan Integriti Pemimpin mentadbir dan mengurus dengan penuh integriti merupakan kunci utama kepada kejayaan kepada organisasi. Integriti pemimpin merujuk kepada tingkahlaku atau karakter pemimpin itu sendiri seperti jujur, amanah, telus dan boleh dipercayai atau sebaliknya. Pemimpin kebiasaannya akan menterjemahkan karakter dalam tindakan mereka. Amat penting untuk diingatkan bahawa apa-apa hasil tindakan yang didorong oleh karakter pemimpin bukan sahaja mencerminkan reputasi mereka tetapi juga reputasi organisasi. Sebagai contoh jika pemimpin terlibat dengan salah guna kuasa atau rasuah, sudah pasti reputasi organisasi juga turut terjejas. Secara umumnya, terdapat beberapa kriteria sebagai panduan yang boleh dikenali dengan mudah untuk mengenali seseorang pemimpin itu berintegriti iaitu: i. Mempunyai visi dan misi yang jelas ke mana arah tuju organisasi. ii. Tindakan mereka selari dengan apa yang diperkatakan. iii. Bertanggungjawab dengan secara telus dengan mengaku bukannya menyembunyikan kesilapan yang telah dilakukan. iv. Tidak menyalahkan orang lain atau memberi pelbagai alasan atas kesilapan mereka. v. Tindakan pemimpin mereka mematuhi polisi dan peraturan organisasi. vi. Menggunakan dengan berhemah aset, masa dan sumber organisasi, vii. Menghormati rakan sebaya dan orang bawahan. Kesan Integriti Kepimpinan Kepada Organisasi Beberapa kajian empirikal telah membuktikan integriti kepimpinan menyediakan dua manfaat utama kepada organisasi iaitu:

i. Komitmen Organisasi dan Prestasi Pekerja Pemimpin merupakan model dalam organisasi, tingkahlaku atau tindakan oleh mereka akan mempengaruhi atau memberi kesan kepada organisasi. Parry dan Thomson (2002) mendapati integriti kepimpinan memberi kesan positif kepada budaya organisasi seterusnya meningkatkan prestasi dan kesetiaan pekerja. Penemuan ini disokong oleh Kajian Purba dan Prasetyo (2020) menemui bahawa kepimpinan mempengaruhi secara signifikan komitmen organisasi dan prestasi pekerja. Apabila komitmen organisasi dan prestasi pekerja meningkat sudah pasti prestasi organisasi juga turut meningkat. Imej dan Reputasi Amalan integriti dalam kalangan pemimpin boleh meningkatkan imej atau reputasi organisasi seterusnya membina kepercayaan dengan ii. pelanggan, pelabur dan masyarakat. Imej dan reputasi merupakan antara elemen utama yang membawa kepada kejayaan organisasi. Kajian Paleza (2016) mendapati terdapat hubungan positif antara amalan nilai-nilai integriti dan prestasi syarikat. Pelbagai kajian merumuskan 63 peratus nilai pasaran saham bergantung kepada reputasi syarikat tersebut. 75 peratus pelanggan secara aktif mengelak daripada berurusniaga dengan syarikat yang mereka tidak percaya, dan 85 peratus daripada pelanggan suka berurusan dengan syarikat yang mereka percaya (Koehn, 2005). Rumusan Pemimpin merupakan elemen utama dalam struktur pengurusan organisasi. Bagi pemimpin Muslim, ini adalah peluang terbaik sebagai platform untuk mereka beribadat kepada Allah SWT dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang lain, masyarakat, organisasi dan negara bukannya untuk merealisasikan sifat-sifat fitrah manusia untuk mencapai kepentingan diri dan memenuhi nafsu tamak haloba. Bagi memastikan kejayaan organisasi yang dipimpin, ciri-ciri etika dan integriti seperti jujur, amanah, bercakap benar, bertanggungjawab perlu diamalkan secara konsisten.

atau harta untuk meningkatkan kekuatan pada diri masing-masing. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Surah Al-Anbiya’ Ayat 73 yang bermaksud: “Dan Kami menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka agar berbuat kebaikan, melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami mereka menyembah”. Fitrah Manusia Mencorak Kepimpinan Bagi menghadapi ujian kehidupan di muka bumi, Allah SWT telah membekalkan dua sifat mazmumah bersama manusia iaitu penting diri dan tamak yang merupakan fitrah kepada manusia. Bagi menunjukkan bahawa manusia bersifat tamak, Rasulullah SAW bersabda: “Andai kata manusia itu telah mempunyai harta sebanyak dua lembah, mereka masih ingin lembah ketiga. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah kematian. Dan Allah SWT menerima taubat mereka yang bertaubat kepada-Nya (HR Muslim)”. Manakala sifat penting diri @ ananiyah merupakan sifat yang amat tidak baik dan mestilah dielakkan bagi seseorang pemimpin, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya engkau akan melihat sesudahku pemimpin atau pejabat yang sangat mementingkan diri sendiri (HR Bukhari)”. Kedua-dua sifat ini amat mempengaruhi corak kepimpinan dan sering menjadi perbincangan dalam kalangan ilmuan bagaimana kegagalan banyak organisasi bergantung kepada penyalahgunaaan kuasa oleh pemimpin untuk menzahirkan ketamakan dan kepentingan diri mereka. Teori Agensi yang diperkenalkan oleh Stephen Ross dan Barry Mitnik (1973) menghuraikan konflikkepentinganantarapemilikdenganpengurus(ejen) yang mengendalikan perniagaan telah membuktikan bahawa pemimpin akan menterjemahkan sifat tamak dan penting mereka jika mempunyai peluang.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease