23 Pulih Perniagaan Usahawan Melalui Pelbagai Program
Puan Suzana Alias Anggota Lembaga ANGKASA
Timbalan Setiausaha Bahagian Modal Insan, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan
Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) merupakan antara komitmen kerajaan untuk membantu perniagaan bangkit semula serta membina keupayaan dan daya saing usahawan, berikutan pandemik COVID-19 terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Sebanyak RM40 bilion disediakan bagi mengembalikan keupayaan dan memastikan kelangsungan industri perniagaan terutama ketika pasca pandemik. Menerusi SemarakNiaga, pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion disediakan melalui pelbagai agensi seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN, Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia (melalui bank komersial). Koperasi turut mendapat manfaat daripada SemarakNiaga melalui pembiayaan koperasi seperti Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) (RM10 juta), Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi (RM30 juta) dan penyediaan tapak perniagaan trak makanan kawasan bandar (RM1.75 juta). TRANSFER menyasarkan koperasi yang terjejas dengan memberikan insentif bagi memulihkan perniagaan koperasi dan galakan menceburi aktiviti ekonomi baharu dan
Profesional Training & Education For Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ)jugamerupakaninisiatif kerajaan melalui KUSKOP untuk melaksanakan program peningkatan kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan. Antara program yang dianjurkan oleh PROTÉGÉ adalah menyediakan peluang latihan selama lapan hingga 12 bulan di mana program itu menawarkan modul latihan keusahawanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://protege.gov.my/www/Index.php. Antara program lain yang disediakan untuk usahawan adalah Program Pemerkasaan Perniagaan melalui Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF), Kemudahan Agromakanan, Program Pembangunan Usahawan Profesional (PROSPEC), Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DANANITA), Pembiayaan Sektor Pelancongan Penjana (PTF), Sokongan Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran di bawah Bajet 2022, di mana semua lapisan masyarakat berpeluang mengikuti kursus-kursus yang tersedia daripada pautan Kementerian Kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https:// budget.mof.gov.my/manfaat/faq/reskilling.html.
meningkatkan produktiviti untuk kelangsungan perniagaan. Sebarang maklumat lanjut berkenaan Program TRANSFER boleh rujuk kepada ibu pejabat SKM dan mana-mana cawangan SKM Negeri atau melayari portal rasmi SKM di www.skm.gov.my. Kementerian Kewangan juga sentiasa responsif terhadap keperluan rakyat dan perniagaan dalam mengambil langkah yang bakal mempercepat usaha pemulihan. Koperasi turut mendapat manfaat daripada SemarakNiaga melalui pembiayaan koperasi seperti Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) (RM10 juta), Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi (RM30 juta) dan penyediaan tapak perniagaan trak makanan kawasan bandar (RM1.75 juta). TRANSFER menyasarkan koperasi yang terjejas dengan memberikan insentif bagi memulihkan perniagaan koperasi dan galakan menceburi aktiviti ekonomi baharu dan meningkatkan produktiviti untuk kelangsungan perniagaan.
Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz bersama Perdana Menteri MalaysiaYAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam majlis pelancaran Program SemarakNiaga Keluarga Malaysia. 21 Februari 2022
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease