WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

25

bersempena dengan Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP. Aspirasi ini bertujuan untuk memastikan ketiga-tiga agensi dapat melaksanakan fungsi dan peranan secara holistik dalam mentransformasi gerakan koperasi menjadi sektor yang berdikari, berdaya saing, relevan dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. Aspirasi ini juga akan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi, pendidikan, kebajikan anggota dan komuniti serta prihatin kepada persekitaran. Persepakatan antara ketiga-tiga agensi ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi dan seterusnya memastikan penggunaan sumber secara optimum dapat memberi impak yang lebih signifikan kepada gerakan koperasi dan kumpulan sasar khususnya masyarakat. Inisiatif ini juga sejajar dengan pelancaran TransKom yang merupakan pelan tindakan lanjutan daripada pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Antara objektif utama TransKom adalah sebagai pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif, berdaya saing dan seterusnya akan menjamin kelangsungan sektor koperasi Malaysia. Selain itu, KUSKOP juga komited dalam memastikan sistem perundangan dan struktur governan koperasi sedia ada seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa sebagai salah satu langkah dalam memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia. Sektor koperasi merupakan antara tulang belakang kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup masyarakat yang semakin meningkat. Penglibatan sektor koperasi dalam mengurangkan beban rakyat terbukti melalui pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah Program Pembekalan Barang Asas 100 atau BA100 dan program jualan murah atau harga patut yang bertujuan untuk membantu rakyat membeli barangan asas pada harga terkawal. Usaha ini juga merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang diletakkan di bawah Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk membantu rakyat khususnya golongan B40. KUSKOP juga telah menjenamakan semula kedai koperasi sebagai Coopmart di bawah Program Pembangunan Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi ( Coop Strategic Linkages ). Program ini dijangka dapat membantu mengurangkan harga barangan runcit serta jurang di antara pembekal, pengeluar dan pengguna dengan mengurangkan penglibatan orang tengah ( intermediaries ). Kerajaan telah mensasarkan untuk menubuhkan lebih 500 Coopmart seluruh Malaysia yang akan diusahakan oleh pelbagai koperasi terutamanya kawasan luar bandar dan kawasan yang majoritinya penduduk B40. Selain itu, KUSKOP juga akan membangunkan Program Pembangunan Produk Koperasi atau dikenali sebagai D’PROKOP. Objektif D’PROKOP adalah untuk meningkatkan kualiti produk koperasi agar lebih berdaya saing dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Kedua-dua program di atas juga telah disenaraikan di bawah Pelan Pemulihan Perniagaan Koperasi yang bertujuan untuk membantu memulihkan semua perniagaan koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19, membantu meningkatkan jualan harian koperasi sehingga 30% serta menangani kos sara hidup termasuk anggota koperasi golongan B40 dan M40 dengan potongan pembelian barangan runcit sebanyak 15%. Dalam memastikan pengurusan koperasi mantap dan efektif, pembangunan modal insan merupakan salah satu elemen yang sentiasa dititikberatkan kerajaan untuk diperkasakan di kalangan anggota koperasi dan mereka yang bakal turut serta di dalam sektor koperasi ini. Lanjutan itu, KUSKOP dan IKMa telah membangunkan Pelan Pembangunan Modal Insan Koperasi yang bertujuan sebagai ‘ blueprint ’ pelan latihan dan modul pendidikan yang diperlukan bagi melahirkan anggota koperasi yang mempunyai jati diri yang tinggi, berilmu serta berupaya memacu koperasi ke arah yang lebih mampan pada masa akan datang. Kerajaan juga komited dalam mengarus perdanakan modal insan gerakan koperasi agar lebih signifikan kepada ekonomi negara pada masa hadapan dengan menubuhkan satu universiti khas koperasi yang akan dikenali sebagai Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM). Antara matlamat penubuhan universiti ini juga adalah melahirkan barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi yang kompeten, profesional serta berwibawa dalam tempoh jangka panjang. Secara tidak langsung, penubuhan UKKM ini juga dapat membantu KUSKOP dalam menangani antara cabaran terbesar di dalam sektor koperasi ini iaitu kekurangan tenaga mahir yang berpendidikan tinggi walaupun pihak industri memerlukan lebih ramai guna tenaga yang terlatih di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah sebagai pemangkin dalam kelestarian pembangunan sektor koperasi. Penubuhan UKKM ini juga menjadi mercu tanda kejayaan koperasi setelah bertapak di Malaysia selama 100 tahun. PENUTUP Peranan dan sumbangan sektor koperasi telah berjaya membantu negara membasmi kemiskinan dan meningkatkan sosioekonomi rakyat. Dalam masa yang sama, sektor koperasi telah berjaya membantu meningkatkan aktiviti keusahawanan dan menjadi aspirasi Kerajaan untuk merealisasikan salah satu matlamat DKN 2030 iaitu Malaysia sebagai negara keusahawanan yang unggul. Lanjutan itu, sambutan 100 tahun koperasi dengan tema ‘100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia’ merupakan pengiktirafan Kerajaan ke atas sektor koperasi atas sumbangan penting kepada pembangunan sosioekonomi negara dan KDNK. Tempoh satu abad ini telah menyaksikan bagaimana gerakan koperasi berjaya bertahan dalam menghadapi segala cabaran dan kesukaran untuk mengecapi kejayaan pada hari ini. KUSKOP mengharapkan agar Keluarga Malaysia memilih koperasi sebagai gaya hidup pada masa akan datang.

Rajah 2: Kesan Pelaksanaan PKP Terhadap Koperasi Berdasarkan Sektor Utama Koperasi (Sumber rujukan SKM)

Selain itu, Malaysia melalui Bank Rakyat juga telah berjaya meraih beberapa pengiktirafan di peringkat dunia seperti Bank Islam Terbaik Tahun 2014 dan 2015, Pajak Gadai Islam Terbaik bagi tahun 2017 dan Bank Islam Paling Mampan Tahun 2020 di Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA). GIFA merupakan satu anugerah berprestij dan paling dihormati yang mengiktiraf perbankan dan sektor kewangan Islam peringkat dunia. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada negara, institusi dan individu yang berjaya menunjukkan prestasi pencapaian yang membanggakan di dalam bidang masing-masing sebagai satu organisasi yang berdaya maju di dalam seni bina kewangan bertaraf antarabangsa. Kejayaan sektor koperasi dilihat akan terus mewarnai pertumbuhan ekonomi negara menerusi penglibatan gerakan koperasi dalam pelbagai bidang ekonomi yang berimpak tinggi dan aktiviti keusahawanan. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menyasarkan peningkatan jumlah perolehan sektor koperasi di bawah Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) kepada RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM100 bilion menjelang tahun 2030. KUSKOP juga turut memperkenalkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2025 dalam usaha berterusan bagi memastikan pembangunan sektor koperasi terus dapat dilestarikan agar ianya akan menjadi pilihan utama gaya hidup Keluarga Malaysia pada masa yang akan datang. Bersempena sambutan 100 tahun koperasi, KUSKOP telah mengatur pelbagai program dan aktiviti bagi memaparkan kejayaan sektor koperasi di negara ini khususnya semasa Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) yang julung-julung kalinya akan diadakan pada tahun ini selain sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) yang akan disambut pada 23 Julai 2022. Kemuncak acara sambutan tersebut adalah Majlis Santapan Diraja dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM Permaisuri Agong telah mengampun perkenan menghadiri majlis tersebut. Kejayaan negara dalam membangunkan sektor koperasi juga berjaya meraih kepercayaan beberapa organisasi antarabangsa dan seterusnya meletakkan Malaysia di tempat yang dihormati di dunia. Sebagai contoh adalah apabila koperasi Malaysia melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) berjaya memenangi kerusi Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia Pasifik (ICA- AP) bagi penggal 2022 sehingga 2026. Ikatan Koperasi Antarabangsa atau International Cooperative Alliance (ICA) merupakan satu platform yang mengumpulkan koperasi-koperasi seluruh dunia bagi membincangkan isu-isu berkaitan gerakan koperasi. Platform ini juga bertujuan sebagai proses pembelajaran kepada semua ahli ICA bagi menambaik baik tadbir urus koperasi masing-masing melalui penandaarasan berdasarkan kepada perkongsian pengalaman daripada koperasi-koperasi terbaik dunia. Selain itu, ANGKASA turut dipilih sebagai Wakil Pejabat Serantau peringkat Asia Pasifik sebagai pengiktirafan penyertaan proaktif wakil Malaysia dalam pelbagai program koperasi serantau dan merupakan Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO). IMPAK TRANSFORMASI GERAKAN KOPERASI Melihat kepada sumbangan besar gerakan Koperasi kepada pertumbuhan ekonomi negara, KUSKOP komited dalam menambah baik tadbir urus dan peraturan- peraturan koperasi bagi memperkasakan peranan koperasi dan memastikan ia terus kekal relevan. Beberapa sesi libat urus bersama dengan agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti SKM, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA telah dibuat bagi membincangkan inisiatif-inisiatif yang perlu dilaksanakan. Program kerjasama antara KUSKOP dan ketiga-tiga agensi ini telah dinamakan sebagai Aspirasi Koperasi Malaysia yang dilancarkan pada 12 Februari 2022 Rajah 2 menunjukkan peratusan koperasi yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini dengan sejumlah 67.3% koperasi sangat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14.7% daripadanya terpaksa menutup terus operasi perniagaan mereka. Justeru, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik aspirasi Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah menggariskan beberapa sasaran untuk memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuklah koperasi menjelang tahun 2025 sebagai salah satu usaha untuk memastikan sektor koperasi bangkit dan terus dinamik terutama sekali dalam tempoh pasca pandemik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease