WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

26

Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022)

Oleh : HASNAN HAJI MUSTAPHA Setiausaha Eksekutif ANGKASA

Pada tahun 2022, pelaksanaan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Kali Ke-36 akan diadakan pada 28 Mei 2022 (Sabtu) dan dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan Tele-Conferencing Zoom Meeting . Jumlah anggaran perwakilan yang akan hadir adalah seramai 1,671 orang yang terdiri daripada 1,471 perwakilan Negeri, 8 orang Anggota Lembaga dan 192 Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri. Pelaksanaan MAPA Kali Ke-36 pada tahun 2022 akan diadakan di lokasi Penyiaran ( Broadcast Venue ) MAPA dan Komposisi seperti berikut :

BIL.

TEMPAT

KEHADIRAN

1.

(a) Anggota Lembaga (b) Pengerusi JPAN (c) Pengerusi MAPA (d) Timbalan Pengerusi MAPA (e) Pengerusi JAD (f) Pengurusan Kanan ANGKASA

Ibu Pejabat ANGKASA 1.1 AUDITORIUM ANGKASA Kelana Jaya, Selangor

(g) Jurucakap Negeri (a) Juru Audit Luar (b) Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) (c) Wakil Calon (a) Jawatankuasan Kesahihan Wakil dan Calon (JKWC)

1.2 Bilik Telus (C)

1.3 Bilik Dewan Dato’ Ali Baharum (B)

2.

(a) 11 Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

16 Pejabat JPAN Negeri Bilik Mesyuarat JPAN Negeri atau Hotel

3.

(a) Perwakilan Negeri (b) Calon Menentusahkan Draf Minit MAPA

Pejabat koperasi dan lain-lain tempat (Bergantung kepada perwakilan)

Proses Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA 2022) telah disusun berasaskan Undang-Undang Kecil ANGKASA dan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) - Seksyen 39. aliran kerja Mesyuarat Haji Mohamad Noor Mohamad sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) dan dibantu oleh YBhg. Datuk Haji Haron Haji Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) akan mempengerusikan mesyuarat Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022).

Perwakilan akan mengikut agenda Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA 2022) seperti yang ditetapkan. Tangungjawab perwakilan adalah mengambil bahagian dan membuat keputusan berkaitan agenda yang dibentangkan. Perwakilan juga perlu membuat pengundian bagi pemilihan calon yang bertanding jawatan seorang Presiden dan seorang Anggota Lembaga ANGKASA. Perwakilan boleh membuat rujukan melalui Negeri yang hadir buku-buku yang dibekalkan secara dalam talian. Buku mesyuarat yang disediakan mengandungi Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA

Ke-35 (MAPA 2021), Laporan Tahunan ANGKASA 2021, Laporan Kewangan 2021 dan Belanjawan 2024,Pencalonan dan Usul, Rancangan Perniagaan ANGKASA dan Pindaan Undang-Undang Kecil ANGKASA. Selain daripada itu, peranan Jurucakap mewakili Perwakilan Negeri membentangkan usul-usul negeri yang diterima untuk dibentang dan mendapatkan kelulusan mesyuarat semasa mesyuarat berlangsung. Kebijaksanaan perwakilan membuat keputusan membolehkan ANGKASA bergerak cergas selaras dengan PESAN 50 yang ditetapkan.

Selamat Bersidang kepada Semua Perwakilan

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease