WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

27

Ekosistem Kredit Koperasi: Solusi kepada Perkhidmatan Kredit Koperasi di Malaysia

Oleh : MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan ANGKASA

1. Memperakukan dan memperkasakan Ekosistem Kredit Koperasi ANGKASA yang terdiri daripada Program Rangsangan Modal, Portal MyAzzahra, Sistem Potongan Gaji ANGKSA (SPGA), SPeKAR, Tawarruq ANGKASA, Non - Bank Lander Credit Information (NLCI) dan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) untuk digunapakai oleh gerakan koperasi dalam proses pembiayaan;

Sektor Perkhidmatan Kewangan adalah satu sektor perkhidmatan koperasi yang boleh dikatakan tertua di negara ini. Malah, Sektor Perkhidmatan Kewangan juga adalah penyumbang terbesar kepada perolehan gerakan koperasi di Malaysia. Merujuk kepada statistik gerakan koperasi tahun 2020, gerakan koperasi telah mencatatkan perolehan sebanyak RM41.47 bilion dengan aset terkumpul sebanyak RM150 bilion. Sektor Perkhidmatan Kewangan telah menyumbang kepada perolehan gerakan sebanyak RM36.38 bilion, 88 peratus daripada keseluruhan perolehan gerakan koperasi. Ini menunjukkan bahawa Sektor Perkhidmatan Kewangan gerakan koperasi adalah peneraju utama sektor perniagaan koperasi. Justeru, pada tanggal 14 Disember 2021, telah berlangsungnya Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi. Platform Ekosistem Kredit Koperasi yang dibangunkan khas oleh ANGKASA ini mampu membawa perkhidmatan kredit koperasi di Malaysia kepada satu standard dan kualiti yang setara dengan institusi-institusi pembiayaan yang lain, malah lebih baik. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diterap­ kan dalam Ekosistem Kredit ini adalah rantaian Program Rangsangan Modal, Portal MyANGKASA AzZahra, Perkhidmatan Sistem Pelaporan Kredit (SPeKAR), Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Tawarruq ANGKASA, Non – Bank Lender Credit Information (NLCI) dan juga Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) yang mampu menyelesaikan beberapa halangan dan permasalahan yang dihadapi oleh koperasi kredit khususnya koperasi kredit berskala kecil dan sederhana. Dengan adanya platform ekosistem ini maka peranan ANGKASA sebagai sebuah badan Apeks yang melindungi koperasi serta ahli dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam konteks ini, koperasi kredit akan lebih fokus dalam penawaran pembiayaan yang terbaik kepada anggota dan aktiviti selebihnya akan dilaksanakan oleh ANGKASA melalui platform ekosistem ini.

Empat Resolusi Mini Konvesyen Ekosistem Kredit Koperasi

2. Memperkasakan bank- bank koperasi serta ‘friendly’ Bank Komersil melalui pakej-pakej pembiayaan dengan kadar yang lebih kompetitif untuk gerakan koperasi;

3. Membangun dan mengiktiraf satu kaedah jaminan ‘collateral instrument’ kepada gerakan koperasi dalam memudahkan proses kelulusan jaminan pembiayaan. Contoh ‘constitution guarantee’ atau ‘key man’ sebagai penjamin dan ‘position guarantee’;

4. Menyedia atau memperuntukkan Dana Khas Kerajaan untuk pembangunan modal kerja bagi gerakan koperasi untuk memberi akses kepada instrument modal kerja. Contohnya seperti ‘SKIM JAMINAN MODAL KERJA’ yang pihak kerajaan peruntukkan kepada SME pada tahun 2010.

Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar sewaktu sidang media Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi. Turut sama ialah Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya (dua dari kiri), Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), KUSKOP, Dato’ Mohamad Radhi Abdul Razak (duduk paling kanan), Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron (paling kiri) dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk dua dari kanan).

Sebahagian daripada peserta program Mini Konvensyen Ekosistem Kredit Koperasi mewakili koperasi dari seluruh negara.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease