28
Koperasi Perlu Bangkit Tangani Impak COVID-19 Terhadap Industri Pelancongan
Demi kelangsungan perkembangan dan kemajuan semua koperasi di dalam sub sektor tersebut, beberapa langkah awal serta jangka panjang diambil. ANGKASA telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk memberi suntikan berbentuk e-baucar kepada koperasi sebagai langkah awal bagi pemulihan dan suntikan semangat buat mereka sebaik sahaja pintu sempadan negeri dibuka pada Oktober 2021. Hasilnya amat menggalakkan dan memberi keyakinan semula kepada semua koperasi yang menerima manfaat tersebut. Suntikan dana dari pelbagai pihak seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Institut Kemajuan Desa, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, SKM dan pelbagai lagi pihak sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada koperasi. ANGKASA juga turut memainkan peranan penting selama lima dekad penubuhannya sebagai badan apeks dalam menggembleng gerakan koperasi bersama-sama SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan cemerlang. Hasilnya, gerakan koperasi negara mempunyai daya tahan yang kuat untuk menghadapi pelbagai krisis global termasuk pandemik COVID-19.
manakala kadar pemulihan kekal sangat perlahan dan tidak sekata di seluruh dunia disebabkan oleh perbezaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) setiap negara. SPPDK MENGORAK LANGKAH Walaupun pandemik COVID-19 memberi tamparan yang hebat kepada industri pelancongan, koperasi di bawah jaringan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) tetap optimis untuk terus mengorak langkah. SPPDK yang ditubuhkan pada tahun 2015 mempunyai lebih 120 koperasi ahli jaringan di bawah tujuh buah sub sektor mengikut segmen iaitu Coophotel, Coopstay, Cooptravel, Coopspa, Coopdialisis, Coopfarmasi dan Cooplodge. Semua sub sektor dibangunkan khusus untuk membantu koperasi supaya mempunyai SOP yang betul dan tersusun dari segi penjenamaan, latihan dan kemahiran kakitangan serta sistem pengurusan perniagaan mereka. Konsep rangkaian ‘COOP’ yang dijenamakan mengikut standard antarabangsa seperti yang digazetkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) membolehkan gerakan koperasi berurusniaga sehingga ke peringkat antarabangsa.
Oleh : NORLAILI MANSOR Penolong Pengurus Unit Pelancongan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan (SPPDK) ANGKASA
Sektor pelancongan antara industri paling terkesan akibat pandemik COVID-19 dan dikenal pasti sebagai antara yang pertama terjejas dan paling akhir dibenarkan beroperasi. Dalam usaha untuk kembali bangkit seperti dahulu memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit, malah emosi. Menurut laporan Straits Times, industri pelancongan di Malaysia kerugian lebih RM3 bilion pada tahun 2020 manakala Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mencatatkan kerugian sebanyak RM450 juta hasil pakej yang dibatalkan. Malaysia Association of Hotels (MAH) pula mencatatkan sebanyak 30 peratus ahlinya atau 4,888 buah hotel terpaksa ‘gulung tikar’ dengan jumlah liabiliti kira-kira RM500 juta. Walaupun telah wujud pelbagai pakej bantuan dan rangsangan untuk membantu industri pelancongan kembali bangkit, kesannya masih dirasai sehingga kini oleh semua pengusaha pelancongan. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 19 Januari 2022, industri pelancongan dunia tidak akan pulih seperti pra-pandemik sehingga tahun 2024 kerana kemunculan varian Omicron yang menyebabkan orang ramai kurang yakin untuk mengembara. Selain itu, jurang kadar vaksinasi serta perbezaan sekatan yang dikenakan tidak sekata lebih menambahkan parah kepada industri ini. Dunia mencatatkan sebanyak 72% kerugian akibat pandemik COVID-19 berdasarkan Barometer Pelancongan Dunia yang dikeluarkan oleh pihak PBB,
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease