29
Projek BA100 Merangsang Perniagaan Koperasi dan Meringankan Kos Sara Hidup
Konsep Projek BA100 dilengkapkan dengan platform digital iaitu www.jimatbiz.com dan www. jimatshop.com
Oleh : HUSNAIDY IBRAHIM Pengurus Besar Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA
anggota untuk terlibat di sepanjang rantaian nilai bekalan serta mengubah pendekatan yang dipacu oleh penawaran ( supply driven ) kepada permintaan ( demand driven ). Projek BA100 mem bolehkan peruncit men dapatkan bekalan dengan mudah pada kos yang rendah dengan menggunakan platform e-dagang iaitu JiMAT Biz (www.jimatbiz.com) yang memfokuskan pada model ‘perniagaan ke perniagaan’ (B2B). Pembeli pula boleh menggunakan platform JiMAT Shop untuk membeli keperluan harian. Koperasi yang telah berjaya berdaftar dalam JiMATBiz akan diberikan kredit pembelian stok sebagai modal pusingan sehingga RM10,000, sekali gus membantu koperasi yang masih baharu dalam aktiviti perniagaan runcit. Melalui Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, kerajaan memberikan insentif sehingga RM15,000 kepada koperasi yang layak insentif jualan bagi mengurangkan harga barangan keperluan asas ( food on the table ) termasuk barang basah. Usaha itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai
Pada tahun 2019, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berpendapat ANGKASA berupaya memainkan peranan yang besar dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama sekali golongan B40 Justeru, pada tahun yang sama, Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA dengan kerjasama ROBU Consultancy Sdn. Bhd. telah mula menjalankan satu projek pembekalan barangan asas kepada outlet runcit koperasi iaitu Barangan Asas 100 atau BA100. Sehingga kini, program tersebut terus diberi perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Beliau telah meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk bersama-sama dengan ANGKASA dalam usaha mewujudkan pemborongan tunggal supaya dapat membanteras orang tengah yang sering memanipulasi pasaran barangan asas. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut bersama-sama dengan SKM dan ANGKASA bergiat secara aktif untuk memanfaat dan memperkembangkan projek BA100 agar objektif dan matlamatnya tercapai. Objektif projek BA100 adalah untuk membantu koperasi menawarkan barangan asas pada harga yang berpatutan, merangsang perniagaan koperasi serta menaik taraf operasi kedai runcit koperasi agar lebih kompetitif dan kualiti hidup anggota. Kenaikan harga daripada pembekal memaksa peruncit untuk menaikkan harga barang yang dijual. ANGKASA boleh membantu mengawal harga barang tersebut dengan membuat pembelian secara pukal daripada pembekal atau pengeluar dan dihantar secara terus kepada peruncit. Projek BA100 juga merupakan satu platform terbaik untuk membantu koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memasarkan produk mereka. Usaha itu dapat menjadikan koperasi sebagai hub ekonomi mampan serta menaik taraf kualiti hidup anggota koperasi melalui rangsangan perniagaan yang lebih sistematik. Model perniagaan projek BA100 memberi penekanan terhadap penambahbaikan model perniagaan runcit koperasi dan menggalakkan
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah melayan pelanggan di gerai jualan BA100 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Pulai, Johor Bahru sempena Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia pada 18 Februari 2022.
Pelbagai barangan asas seperti beras, minyak, gula dan tepung dijual di gerai jualan BA100.
Selain menggunakan platform JiMAT Shop, pelanggan juga boleh membeli barangan keperluan asas di kedai runcit milik koperasi.
untuk berbelanja dan membeli barangan keperluan harian di kedai koperasi yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga tempatan. Sejak tahun 2021, SKM dan ANGKASA telah mengadakan beberapa siri Karnival Harga Jualan Patut yang memberi manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan. Selain itu, koperasi yang berdaftar juga berpeluang untuk menghadiri bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh SKM dan ANGKASA bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang peruncitan.
Projek BA100 sememangnya dapat memberi manfaat kepada koperasi yang mempunyai kedai runcit dan pelanggan mereka dengan syarat setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Projek tersebut tidak akan berjaya jika tiada sokongan daripada koperasi untuk mendapatkan bekalan daripada sistem yang sedia ada. Hanya dengan penglibatan koperasi sahaja dapat memberi impak kepada keseluruhan projek. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang program BA100, koperasi boleh menghubungi saya di talian 011-1670 0011 atau menghantar e-mel ke husnaidyibrahim.angkasa@ gmail.com.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease