30 Projek ‘Coop Hardware’ Bantu Tingkat Perolehan Koperasi
Oleh : IR.TS. MOHD RAMLI PARMAN Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset & Hartanah ANGKASA
Sektor Hartanah dan Industri Binaan (SHIB) merupakan di antara penyumbang utama kepada perolehan Gerakan Koperasi di Malaysia. Pada tahun 2019 sahaja, SHIB Koperasi telah menyumbang sebanyak RM4.95 bilion berbanding RM2.68 bilion pada tahun 2018, meningkat sebanyak RM 2.27 bilion atau 85.00%. SHIB juga boleh diklasifasikan kepada lima (5) sub – sektor iaitu: a) Pemilikan bangunan komersil dan kediaman b) Pelaburan hartanah c) Pemilikan dan pajakan tanah d) Industri pembinaan e) Pembekalan bahan binaan Menyedari terdapat peluang bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan dalam kalangan Koperasi, ANGKASA melalui SHIB telah memperkenalkan Projek ‘Coop Hardware’. Hal ini adalah selaras dengan visi SHIB iaitu menjadi peneraju kecemerlangan koperasi dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui SHIB menjelang 2030. Projek ‘Coop Hardware’ ini adalah dibuka kepada koperasi dan anggota koperasi terutamanya yang terlibat dalam aktiviti pembekalan bahan binaan. Tujuan utama projek ini diperkenalkan adalah bagi menghapuskan peranan orang tengah terutamanya dalam rangkaian perniagaan. ANGKASA selaku badan apeks akan mendapatkan sumber pembekalan barangan perkakasan (hardware) secara terus daripada kilang dan dibeli secara pukal. Bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan projek ini kepada Koperasi yang telah berdaftar, ANGKASA menyediakan platform melalui Program Pemerkasaan Pembekalan Bahan Binaan (Mentor Mentee). Menerusinya, koperasi akan diberikan khidmat nasihat mengenai tadbir urus perniagaan, susun atur dalam kedai, barangan serta harga jualan yang kompetitif dalam pasaran semasa. Pelaksanaan Projek ‘Coop Hardware’ ini dijangka dapat memberi impak dari segi ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, projek ini dapat membantu meningkatkan perolehan koperasi dan menyediakan peluang pekerjaan, manakala dari segi sosial akan dapat meningkatkan kemahiran modal insan, mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat dan secara tidak langsung dapat memastikan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat. Bermula seawal tahun 2019 melalui platform yang telah disediakan oleh ANGKASA bagi menjalankan perniagaan ‘hardware’, sehingga kini terdapat 13 buah outlet telah didaftarkan dan membawa jenama ‘Coop Hardware’. Kesungguhan ANGKASA dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi koperasi serta kejayaan projek ini sangat tinggi. Hal ini terbukti dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) 2021. Di samping itu, ANGKASA
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hartanah & Pengurusan Aset, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa ketika merasmikan ‘Jom Buka Kedai Hardware’ Program Penjenamaan Coop Hardware (Zon Pantai Timur) pada Ogos 2020.
Peserta mengikuti program anjuran Sektor Hartanah & Industri Binaan pada November 2019.
menyasarkan kerjasama dengan koperasi akan terus meningkat dan dalam tempoh masa lima tahun, sehingga 200 jaringan outlet akan berjaya didaftarkan dan membawa jenama ‘Coop Hardware’ ini di serata negeri di dalam Malaysia. Bagi merancakkan lagi kebolehcapaian sasaran yang ditetapkan ini, ANGKASA akan bertindak secara progresif memberikan khidmat ‘Mentor Mentee’, program penjenamaan ‘Coop Hardware’, perbincangan perniagan dengan pembekal dalam dan luar negara di samping promosi holistik dan berterusan.
Rantaian Projek Coop Hardware
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease