31 Fokus Pemerkasaan Koperasi Belia
ANGKASA memfokuskan pembangunan dan pemerkasaan Koperasi Belia dan Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) demi meningkatkan pendapatan koperasi dengan mempelbagaikan aktiviti koperasi.
Oleh : AZIAH TALIB Pengurus Kanan Bahagian Wanita dan Komuniti ANGKASA
Impak Program Koperasi Belia dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Program ini dirancang dan dilaksanakan adalah untuk membantu Koperasi Belia dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) meningkatkan pendapatan koperasi dengan mempelbagaikan aktiviti koperasi dengan cadangan dan maklumat yang disampaikan melalui bengkel berkenaan. Melalui bengkel ini diharap dapat memberikan idea baru kepada koperasi untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi serta terlibat dalam perniagaan yang dirancang oleh ANGKASA. Antara program yang dijalankan bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :
Unit Belia di bawah Bahagian Wanita dan Komuniti, ANGKASA menumpukan kepada dua kumpulan sasar koperasi iaitu Koperasi Belia dan Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT). Koperasi Belia merupakan koperasi yang ditubuhkan oleh anggota yang dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun sewaktu penubuhannya. Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan koperasi yang ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan mempunyai beberapa kategori iaitu : i- Institut Kemahiran; ii- Institut Pendidikan (IPG); iii- Kolej Matrikulasi; iv- Kolej Swasta; v- Politeknik; Unit Belia bertanggungjawab dalam membantu dan merangsang perniagaan Koperasi Belia dan Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui pelaksanaan bengkel dan seminar yang dirancang setiap tahun dengan menggunakan bajet Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb). Program Unit Belia vi- Universiti Awam; vii- Universiti Swasta. Objektif Penubuhan Unit Belia ANGKASA memfokuskan pembangunan dan pemerkasaan Koperasi Belia dan Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) di samping menggalakkan penubuhan Koperasi Belia dan Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang baru. Program yang dijalankan bagi membangunkan dan memperkasakan Koperasi Belia dan Koperasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah : i- Pemerkasaan Koperasi Belia/IPT; ii- Bengkel Pemadanan Perniagaan Koperasi Belia/IPT ( Coaching ); iii- Bengkel Strategi Pemasaran Perniagaan Koperasi Belia/IPT; dan iv- Bengkel Pemasaran Produk Perkhidmatan Koperasi Ke Luar Negara. Objektif Pelaksanaan Program i- Membantu meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan belia; ii- Memasarkan produk dan perkhidmatan keluaran anggota; iii- Melahirkan belia yang berjiwa keusahawanan; iv- Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat; dan v- Mewujudkan semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan belia.
TARIKH PROGRAM
JUMLAH KOPERASI
JUMLAH PESERTA
PENCAPAIAN
BUTIRAN
BIL.
Webinar Pemerkasaan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi (Platform Zoom) Webinar Kerjasama Strategik Menjamin Kecemerlangan Belia Dalam Koperasi (Platform Zoom) Webinar Hala Tuju Gerakan
Meningkatkan jumlah Koperasi Siswa yang aktif di mana koperasi siswa menyusun semula pengurusan koperasi dan menjalankan semula aktiviti koperasi Meningkatkan jumlah Koperasi Belia yang aktif di mana koperasi belia menyusun semula pengurusan koperasi dan menjalankan semula aktiviti koperasi Mengenal pasti, membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh Koperasi Siswa di Malaysia. Memberi ilmu dan menggalakkan Koperasi Siswa menceburi aktiviti perniagaan yang berdaya maju secara kormersial Meningkatkan bilangan Koperasi Siswa dan Belia yang terlibat dengan perniagaan peruncitan dan mendaftar dalam Projek BA100
1.
8 Jun 2021
102
609
2.
23 Ogos 2021
85
162
3.
10 September 2021
98
271
Koperasi Siswa (Platform Zoom) Webinar Hala Tuju Gerakan (Platform Zoom) Webinar Kerjasama Strategik Menjamin Kelestraian Perniagaan Peruncitan Koperasi (Siri 1) (Platform Zoom)
4.
27 Oktober 2021
45
62
30 November 2021
5.
34
38
JUMLAH
364
1,506
Infografik Pencapaian
Rumusan Unit Belia dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak yang berkaitan akan menjalankan program yang dapat membangunkan perniagaan dan kecekapan pengurusan Koperasi Belia dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalakkan koperasi khususnya anggota untuk terlibat dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan di samping meningkatkan pendapatan serta peluang pekerjaan dalam masyarakat dan meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease