WADAH PELANCAR EDISI KHAS MAPA 2022

6

ASPIRASI KOPERASI MALAYSIA

Wawancara bersama Haji Zazali Haron Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Oleh: Mohd Zakuan Azmi

Bolehkah Tuan Haji berikan sedikit ulasan mengenai prestasi gerakan koperasi di Malaysia pada masa kini? Sudah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak dari awal penubuhannya hingga kini, sentiasa berperanan sebagai peneraju kecemerlangan gerakan koperasi di Malaysia. Transformasi Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan pindaan Akta Koperasi 1993 bermula 1 Januari 2008 juga telah mengukuhkan lagi misi untuk terus meletakkan sektor koperasi sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara. Saya melihat prestasi gerakan koperasi semakin baik melalui pelbagai transformasi dan penambahbaikan bermula dengan penstrukturan semula gerakan koperasi berasaskan jenis kegiatan koperasi selaras dengan Dasar Ekonomi Baru pada era 70-an dan perkembangannya semakin positif dalam dekad-dekad seterusnya sehinggalah ke hari ini. Sehingga 31 Disember 2021, terdapat sejumlah 14,834 koperasi seluruh negara dengan keanggotaan berjumlah 6.5 juta orang, syer dan yuran berjumlah RM15.82 bilion dengan nilai aset sebanyak RM150.53 bilion. Perolehan yang dicatatkan sehingga 31 Disember 2020 berjumlah RM41.65 bilion. Apakah sasaran yang mahu diletakkan oleh SKM sendiri melalui Aspirasi Koperasi Malaysia ? Aspirasi Koperasi Malaysia merupakan suatu bentuk penyelarasan baharu yang dipersetujui oleh tiga pihak iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berikutan penamatan Deklarasi Putrajaya pada 8 Mac 2019. Tiga matlamat utama Aspirasi Koperasi Malaysia adalah: 1. Mengelakkan Pertindihan Fungsi Antara SKM, IKMa Dan ANGKASA Peranan dan tanggungjawab SKM, IKMa dan ANGKASA dinyatakan dengan jelas bagi mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi

Apakah bentuk cabaran atau halangan yang dirasakan oleh SKM perlu ditangani bagi mencapai sasaran aspirasi tersebut? Antara cabaran dalam merealisasikan Aspirasi Koperasi Malaysia adalah mendapatkan persefahaman antara ketiga-tiga agensi akan peranan dan fungsi setiap agensi. Perkara ini secara jelas telah disebutkan dalam dokumen Aspirasi Koperasi Malaysia. Walau bagaimanapun penyelarasan secara berkala perlu dilaksanakan bagi menyelaras sebarang isu yang timbul dalam pelaksanaannya bagi memastikan agenda pembangunan koperasi terus dijadikan keutamaan. Sekiranya cabaran tersebut dapat kita tangani dengan baik dan sempurna, maka lebih mudahlah untuk kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau halangan dalam membangunkan koperasi. Kita juga melihat ketidakseimbangan yang wujud terutamanya menerusi sumbangan yang jelas lebih didominasi oleh koperasi sektor kewangan berbanding sektor-sektor perniagaan koperasi yang lain. Sekiranya ketiga-tiga agensi (SKM, IKMa dan ANGKASA) dapat bergerak secara bersepadu, kita mahu supaya lebih banyak gerak kerja dapat dilakukan bagi mendekati koperasi dan membantu sektor perniagaan yang terlibat agar pertumbuhan dan prestasi sektor-sektor ekonomi koperasi yang terbabit menjadi lebih seimbang dan mampan. Bagaimanakah dengan langkah untuk lebih dekat dengan koperasi? SKM akan menambahbaik fungsi dan peranannya sebagai pemudahcara bagi membantu

seterusnya memastikan penggunaan sumber secara optimum yang mana dapat memberi impak yang lebih signifikan kepada gerakan koperasi dan kumpulan sasar khususnya masyarakat 2. Penyelarasan Program Koperasi Yang Lebih Bersepadu Penyelarasan program ini membolehkan program koperasi dilaksanakan secara lebih bersepadu dan memberi impak yang signifikan kepada gerakan koperasi dan masyarakat. 3. Perkongsian Data Antara Agensi Persefahaman dan dalam membangunkan data raya yang komprehensif, seragam dan kemas dapat dibuat, dapat memberi manfaat secara bersama kepada SKM, IKMa dan ANGKASA. Pewujudan data raya berkaitan koperasi dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mudah, cepat dan telus. Melalui Aspirasi Koperasi Malaysia ini, diharap usaha pembangunan sektor koperasi dapat dilaksanakan secara bersepadu oleh ketiga- tiga agensi yang terlibat bagi mencapai hasrat menjadikan sektor koperasi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia yang lebih seimbang, inklusif, progresif dan mapan. Pelan Strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2021-2025 juga turut memperincikan pelan tindakan bagi meningkatkan kemakmuran sosioekonomi koperasi menerusi Lima teras strategik merangkumi Transformasi Organisasi, Modal Insan, Penyampaian Perkhidmatan, Daya Tahan Kewangan dan Visibility Organisasi. persetujuan

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease