9
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Islam Malaysia) dan luar negara. Objektif utama jaringan kerjasama ini dilaksanakan ialah untuk: i. Menarik minat generasi muda untuk melibatkan diri dalam gerakan koperasi. ii. Memberi nilai tambah graduan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang koperasi. iii. Meningkatkan profesionalisme koperasi melalui tenaga mahir. iv. Memupuk dan menerapkan minda keusahawanan kepada graduan secara praktikal. v. Pertukaran kepakaran antara universiti dan IKMa. IKMa juga komited dalam melahirkan barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi yang kompeten, profesional serta berwibawa dalam tempoh jangka panjang. Bagi merealisasikan hasrat murni dalam membangunkan modal insan koperasi yang kompeten IKMa telah pun mendapat kelulusan penubuhan daripada KPT untuk menubuhkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM). Penubuhan UKKM ini akan menjadi peneraju dan pemangkin pembangunan modal insan intelek dan profesional dengan memiliki pengetahuan yang komprehensif bidang keusahawanan koperasi. Universiti ini bakal menjadi mercu kejayaan koperasi apabila lebih ramai tenaga profesional dalam bidang keusahawanan koperasi dilahirkan kelak. Tenaga- tenaga muda ini akan menjadi tulang belakang penting menghasilkan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa hadapan. Modul pengajian akan memfokuskan untuk melahirkan modal insan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan dan koperasi. Sebagai contoh program 2U2I di mana setiap graduan akan diletakkan di bawah industri dan koperasi terpilih sebagai syarat memenuhi kurikulum. Pelajar ini disasarkan diserap terus sebagai pekerja dalam sektor berkenaan. Untuk tujuan ini UKKM akan melaksanakan MoU dengan industri/koperasi terpilih. Sebahagian besar tenaga pengajar daripada pensyarah IKMa yang mempunyai pengalaman luas dalam koperasi, pakar industri turut dijemput sebagai pensyarah sambilan. Sebenarnya, apakah bidang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai pada masa kini oleh kepimpinan koperasi? Bidang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai pada masa kini oleh kepimpinan koperasi antaranya adalah seperti ‘Teknologi Maklumat’ (Digitalisasi). Perubahan persekitaran memerlukan barisan pengurusan dan kepimpinan koperasi peka kepada ilmu baharu terutama digitalisasi dalam meningkatkan kecekapan operasi pada masa yang sama dapat mengurangkan kos. Seterusnya adalah
‘Kepimpinan Koperasi’. Aspek yang tidak kurang penting dalam tadbir urus dalam sesebuah koperasi iaitu kepimpinan. Majoriti barisan pentadbir dalam kalangan koperasi memerlukan penambahbaikan dalam aspek kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan antara elemen yang penting bagi sesebuah koperasi dan harus dikuasai oleh barisan kepimpinan di koperasi. Pengurusan kewangan yang baik akan dapat menjamin perjalanan sesuatu koperasi dalam tempoh masa yang lama dan dapat bertahan daripada sebarang perubahan persekitaran. Untuk itu IKMa telah merangka beberapa kursus dan program termasuk bimbingan bersasar kepada koperasi untuk mendaya upaya ALK dalam pengurusan kewangan termasuk analisis kewangan dan dapatan yang akan menentukan kedudukan kewangan semasa dan masa hadapan. Sebagai badan yang melaksanakan latihan dan bimbingan, IKMa masih meneruskan program di bawah perniagaan dan sektor keberhasilan seperti Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi (PIMPIN/CLDP), Program Pemerkasaan Kewangan & Akaun (F.A.S.T), Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E) dan Program Keusahawanan Koperasi (COOPBizpreneur). Sejauh manakah sambutan pemimpin koperasi sendiri terhadap latihan yang disediakan oleh IKMa? Setiap tahun, IKMa merancang tidak kurang daripada 500 kursus yang disasarkan kepada ALK, Anggota, Pengurusan dan individu yang berminat untuk menghadiri kursus yang ditawarkan. Sepanjang 10 tahun yang lepas, IKMa telah berjaya melatih kumpulan pemimpin dan pengurusan koperasi seperti pecahan berikut :
Sebagai Ketua Pengarah IKMa, apakah misi dan sasaran yang ingin Datuk capai? Saya ingin lihat IKMa bergerak lebih jauh melalui pengajian tinggi. Insya-Allah, proses penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) telah pun digerakkan pada tahun 2021. Surat kelulusan penubuhan UKKM telah diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kepada Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar di Ipoh, Perak pada 29 April 2022. Selain itu, sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan koperasi yang unggul, IKMa harus bergerak sebagai badan semi profesional dalam menjadikannya sebagai sebuah institut yang terkemuka. IKMa perlu melahirkan para pelapis generasi seterusnya bagi menyediakan pemimpin dan pengurusan koperasi yang lebih profesional, mahir dan berorientasikan digitalisasi dalam mengarusperdanakan gerakan koperasi. IKMa juga dalam rangka perancangan bagi menyediakan Data Raya ( Big Data ) yang lengkap untuk keperluan latihan dan penyelidikan bagi membantu IKMa menghasilkan analisis berkaitan koperasi dengan lebih tepat dan benar serta tidak bergantung pada data dari sumber lain. Tambahan itu juga, bahagian penyelidikan IKMa akan diperkasakan dengan mengadakan kerjasama dalam penyelidikan dengan lebih banyak universiti bagi menghasilkan dapatan kajian yang jitu dan menjadi rujukan kepada pembuat dasar. IKMa juga telah melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Koperasi (PTPMIK) pada 12 Februari 2022. Pelan ini menggariskan perancangan pembangunan latihan dan pendidikan modal insan koperasi termasuk menyelaras gerak kerja agensi dan pihak berkepentingan bagi memacu anjakan modal insan koperasi di Malaysia. Pelan PTPMIK ini melibatkan empat teras strategik, tujuh langkah strategik serta 17 program bagi memperkasakan modal insan koperasi ke arah kecemerlangan. Impak daripada PTPMIK ini meliputi gerakan koperasi, anggota koperasi, kepimpinan dan pengurusan koperasi serta masyarakat. Selain itu, kepimpinan dan pengurusan koperasi turut ditingkatkan dari segi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam hal pengurusan dan pentadbiran koperasi dan bagi masyarakat, mereka akan lebih memahami peranan koperasi sebagai instrumen bagi membangunkan komuniti dengan mengambil kira aspek sosial dan ekonomi.
• Jumlah penyertaan peserta secara keseluruhan 2011 - 2021: 391,240 • Jumlah ALK koperasi sejak 2011 - 2021: 165,216 • Jumlah Pengurusan koperasi sejak 2011 – 2021: 31,085
Ini membuktikan kursus yang ditawarkan oleh IKMa sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan barisan ALK dan pengurusan koperasi dalam meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran mereka dalam mengurus dan mentadbir koperasi.
Bangunan IKMa, No. 103, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease