WADAH PELANCAR EDISI MAC 2022

MAC 2022 JILID: WP04 /3

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad berucap merasmikan perasmian penutup Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Persidangan Koperasi Kariah Masjid (KKM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula 7 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang, Selangor. Program yang bertemakan 'Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Ekonomi Ummah' itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama-sama agensi di bawahnya dengan kerjasama ANGKASA serta agensi Hal Ehwal Agama (HEA) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Penganjuran persidangan tersebut bertujuan untuk memperkasa dan mengukuhkan tadbir urus serta mengembangkan lagi aktiviti KKM selaras dengan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar tumpuan khusus diberikan kepada koperasi kariah masjid untuk meningkatkan ekonomi ummah. Hampir 500 peserta terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KKM, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah seluruh negara dan pegawai HEA seluruh negara hadir menjayakan program tersebut.

Sebahagian peserta di Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

2

Koperasi Kariah Masjid disaran Kuasai Industri Halal

Koperasi kariah masjid (KKM) perlu memainkan peranan lebih besar dalam memenuhi keperluan ummah khususnya terhadap produk Halalan Toyyiban. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad sewaktu berucap di majlis perasmian penutup pada 8 Mac 2022 berkata, dengan jangkaan penduduk Muslim di Malaysia yang akan mencecah 22.8 juta orang pada tahun 2030, banyak peluang dan ruang boleh diceburi bagi memenuhi pasaran halal. Menjelang tahun 2030 juga, pasaran halal global dijangka mencecah USD5.0 trilion manakala pasaran halal domestik pula dianggarkan mencecah USD113.2 bilion. Katanya, industri halal bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan dan penubuhan syariah terhadap produk malah memberi nilai tambah, menggalakkan perdagangan dan juga pelaburan. Justeru, beliau menyeru KKM tidak ketinggalan mengambil peluang dari

kelebihan Malaysia sendiri sebagai negara pelopor industri halal yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam membangunkan industri halal bertaraf antarabangsa. Katanya, kerajaan juga memberikan sokongan kepada KKM melalui pelbagai inisiatif dan bantuan khusus. Antaranya adalah seperti memberikan Program Pendidikan bagi Memperkasakan Koperasi dan Pemasaran Digital, Bantuan Pembangunan Khas (TRANSFER) sehingga RM100 ribu, program Pembangunan Perniagaan yang menyediakan bantuan sehingga RM300 ribu, Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) khusus untuk koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan dengan jumlah bantuan sehingga RM300 ribu dan kemudahan pinjaman Tabung Modal Pusingan. Beliau juga turut mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KUSKOP mengadakan perjumpaan secara berkala bersama ALK KKM, Majlis

Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad

Sebahagian daripada peserta wakil koperasi dari seluruh negara.

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

• Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial • Nadiah Kamarudin Pemberita / Jurugambar • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

3

Sesi perkongsian pengalaman bersama Pengerusi Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Berhad, YB Dato’ Ir. Ahmad Zainuddin Abdul Rahman.

Agama Islam Negeri dan AJK masjid bagi memastikan fungsi masing- masing dapat dilaksanakan dengan jayanya. Katanya, kesepakatan perlu diwujudkan dalam menghasilkan sebuah kariah yang sama-sama membangun agar koperasi lebih aktif dan relevan. “Selain itu, pengurusan masjid juga perlu memberi sokongan kepada pembangunan KKM melalui penyediaan peluang dan premis perniagaan serta sokongan kepada koperasi untuk terlibat dalam perniagaan dan membekalkan perkhidmatan kepada masjid,” ujar beliau. Wakil ANGKASA yurut hadir dalam persidangan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Abdullah; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan

Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sesi forum bertajuk ‘Kelestarian Koperasi Kariah Masjid’ oleh wakil SKM.

YB Senator Datuk Haji Idris turut berkesempatan melawat gerai pameran koperasi kariah masjid.

memahami perundangan serta ilmu berkaitan koperasi dan juga dapat merancang perniagaan koperasi dengan lebih sempurna. Antara kursus- kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus Jati Diri, Tadbir Urus Koperasi, Hak dan Tanggungjawab Anggota, Mesyuarat Koperasi, Memahami Penyata Kewangan Koperasi, Asas Perundangan Koperasi dan Business Model Canvas (BMC). Pelbagai aktiviti ekonomi yang bersifat membantu kariah setempat boleh dijalankan seperti menawarkan peluang pembekalan produk keluaran mereka, menjual hasilan pertanian dan lain-lain perkhidmatan yang boleh ditawarkan. Berdasarkan kepada ruang niaga yang disediakan dengan kos pengurusan yang lebih rendah , produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui KKM boleh dijual dengan harga lebih rendah demi membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat. Justeru, saya sangat berharap agar kepimpinan KKM dapat menjayakan misi dan visi yang diperjuangkan menerusi pendekatan mesra kariah dan pada masa yang sama, menarik penyertaan sebagai anggota koperasi dan penglibatan dalam aktiviti KKM. Saya juga mendoakan agar kerjasama yang terjalin antara KKM dengan masyarakat dapat mewujudkan sinergi yang lebih baik kepada institusi masjid. Semoga KKM terus bergerak aktif dan berjaya mencapai matlamatnya.

Dari Meja Presiden

Usaha memperkasakan peranan institusi masjid menerusi penglibatan koperasi kariah masjid (KKM) mampu menyemarakkan lagi fungsinya sebagai pusat kegiatan ilmu, dakwah dan ekonomi selain sekadar menjadi tempat untuk beribadah. KKM juga boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi ummah melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Proses pembangunan KKM sebenarnya memerlukan sokongan dan penglibatan secara langsung daripada kalangan barisan anggota jawatankuasa masjid dan kariah setempat. Pendekatan tersebut sangat penting bagi bersama-sama mencari kaedah yang lebih baik untuk memajukan ekonomi umat Islam khususnya komuniti setempat. ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia komited membangunkan KKM dan yakin peranan dan fungsi masjid perlu diperluas dan dikembangkan sejajar dengan perubahan serta keperluan umat Islam masa kini. Menerusinya, ANGKASA menawarkan pelbagai kursus modal insan kepada koperasi dan anggotanya bagi memastikan KKM

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4

Sepakat Pastikan Koperasi Kariah Masjid Terus Maju

Kesepakatan dalam memastikan kelancaran tadbir urus koperasi kariah masjid (KKM) sangat perlu bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan sekali gus mampu menyumbang lebih banyak kejayaan. semua pihak Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar berkata, antara cabaran yang perlu diatasi oleh kepimpinan KKM adalah untuk memastikan koperasi terus kekal berdaya saing dan berkembang maju. Katanya, usaha itu memerlukan sokongan dan komitmen daripada segenap pihak termasuk jawatankuasa masjid dan kariah setempat. Hal tersebut penting kerana sekiranya berlaku percanggahan pendapat dan perancangan, sudah pasti pengurusan koperasi akan menjadi lebih sukar dan akhirnya gagal mencapai matlamat seperti yang dirancang. Justeru, beliau mahu supaya semua

anggota kariah diberi makluman dan pemahaman awal mengenai fungsi dan tanggungjawab serta matlamat yang mahu dicapai oleh KKM. Di samping itu, Tan Sri Noh juga turut mengalu-alukan penglibatan secara langsung oleh kariah setempat dalam aktiviti koperasi bagi memupuk nilai-nilai kebersamaan selaras dengan prinsip yang diperjuangkan oleh koperasi. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 30 Jun 2021, sejumlah 462 buah KKM telah didaftarkan dengan keanggotaan seramai 38,000 orang dan jumlah aset melebihi RM29 juta. Beliau yang hadir bagi meraikan peserta persidangan dalam satu majlis makan malam turut diiringi Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak.

Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar.

Bergerak Secara Proaktif dan Bersepadu

Fungsi kariah masjid (KKM) sebagai tempat penyatuan dan pembangunan ekonomi ummah perlu diperkasa dan digerakkan koperasi secara lebih proaktif dan bersepadu. Perkara tersebut penting bagi memastikan peranan yang dijalankan oleh koperasi terus diterima dan disokong oleh kariah setempat. Timbalan Menteri KUSKOP, YB Datuk Muslimin Yahaya sewaktu berucap pada majlis penutup persidangan berkata, dalam usaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pada masa yang sama mahu menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, KKM dilihat mampu memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat. “Jika semua koperasi kariah masjid dapat bergerak secara proaktif dan bersepadu, sudah pasti setiap anggotanya akan menerima manfaat dan peningkatan dari segi taraf

sosioekonomi. Impak tersebut sangat besar kepada ekonomi ummah dan negara termasuklah pulangan kepada institusi masjid itu sendiri," jelas beliau. Menurut beliau, pemilihan tema persidangan iaitu ‘Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Um- mah’ juga sebenarnya berkait rapat dengan peranan yang perlu dimainkan oleh institusi masjid dan KKM dalam memperkasakan ummah dan bagaimana kedua-dua institusi ini perlu berkolaborasi dalam mencapai matlamat peningkatan sosioekonomi kariah mereka. Datuk Muslimin juga berharap agar kerjasama dan kesefahaman yang terjalin akan terus kukuh. Hal tersebut bagi memastikan tahap penyampaian dan tadbir urus KKM dapat diurus secara bertanggungjawab, telus dan kekal relevan serta menjadi wadah transformasi pembangunan ekonomi ummah.

Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya.

5

REAKSI PESERTA

"Idea penubuhan KKM ini sebetulnya sangat baik dan mampu menjadi cabang ekonomi setempat yang membantu memperkukuhkan ekonomi umat Islam. Selain dapat membuka peluang perniagaan baharu kepada anggotanya, KKM juga dapat menjadi platform pemasaran produk keluaran kariah setempat dan ini akan memberi kesan secara tidak langsung kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat. Banyak perkara yang dipelajari menerusi persidangan ini dan kami akan mengorak langkah serta berazam untuk terus menjadikan KKM sebagai penyumbang bermanfaat kepada anggota dan masyarakat."

Dato' Wan Kadri Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al Hikmah Rompin Berhad (Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Pahang)

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana persidangan ini dapat menonjolkan peranan sebenar KKM melalui perkongsian ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah, KOYAQIN menjadi Naib Johan Anugerah Koperasi Kariah Masjid Kebangsaan 2022. Kejayaan tersebut sebenarnya banyak didorong oleh sokongan dan kerjasama banyak pihak seperti SKM dan ANGKASA selain kerjasama padu oleh barisan anggota KOYAQIN sendiri."

Dato' Lamien Sawiyo Pengerus Koperasi Kariah Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad (Mantan Pengerusi Eksekutif SKM)

"Hubungan akrab antara pengurusan koperasi dengan jawatankuasa masjid mampu memberi kelebihan demi kebaikan kedua belah pihak. Sokongan yang diberikan kepada koperasi dapat menyemarakkan lagi semangat dan usaha untuk terus mengembangkan aktiviti perniagaan. Banyak idea, produk dan perkhidmatan menarik dapat dikongsi sepanjang persidangan ini dan memberi kelebihan kepada perniagaan baharu yang dijalankan oleh koperasi kami seperti produk Hasanah Delight, Hasanah Cafe', dan kedai gunting rambut. Momentum tersebut diharap dapat memberi impak positif kepada sosioekonomi anggota koperasi."

Haji Yahya Ibrahim Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Berhad (Mantan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA)

"Usaha yang digerakkan melalui pemberdayaan umat dan membangkitkan ekonomi umat merupakan salah satu langkah strategik dalam memperkasakan ekonomi umat Islam. Tujuan utama KKM adalah untuk membangunkan ekonomi anggota kariah di samping meluaskan lagi peranan institusi masjid sebagai pusat penyatuan dan pembangunan ekonomi ummah serta menjadi tonggak kepada kekukuhan sosioekonomi masyarakat setempat. "

Puan Kartini Sahari Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Darul Hana Lambir Berhad, Miri Sarawak.

"Persidangan yang julung kali diadakan ini sangat bersesuaian dengan temanya iaitu 'Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah' kerana fungsi koperasi itu sememangnya berperanan sebagai platform pembangunan sosioekonomi masyarakat. Banyak maklumat yang selama ini tidak sampai kepada pengetahuan pemimpin KKM dapat diperoleh menerusi persidangan ini. Saya harap inisiatif dan sokongan yang berterusan oleh semua agensi yang terlibat akan terus disalurkan demi kelestarian KKM pada masa akan datang."

Haji Kamarulsaman Yaacub Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAKIM Putrajaya

"Persidangan ini diharap dapat dianjurkan setiap tahun sebagai platform perkongsian lebih banyak ilmu dan maklumat selain peluang-peluang ekonomi baharu kepada kepimpinan KKM. Saya juga ingin mengesyorkan supaya persidangan yang diadakan pada masa hadapan turut menganjurkan beberapa siri lawatan ringkas ke koperasi kariah masjid berdekatan. Menerusinya, peserta boleh mendapat pendedahan secara langsung dan ini juga penting sebagai input tambahan kepada mereka."

Encik Abdullah Sani Mat Jam Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Taman Padu Permai Sungai Besar Berhad

"Saya amat berharap agar resolusi persidangan ini dapat direalisasi dan dicapai sepenuhnya. Cabaran untuk membangunkan sesebuah perniagaan amat tinggi dan pastinya melibatkan banyak aspek terutamanya kewangan. Oleh itu, saya lebih suka jika pihak SKM dan ANGKASA dapat menyediakan solusi seperti manual pengurusan aktiviti perniagaan secara lengkap dan bersepadu supaya dapat diikuti atau diuruskan oleh koperasi yang berminat. Konsep seperti ini mampu mengurangkan kos dan risiko kegagalan. Pada masa yang sama, perjalanan aktiviti perniagaan tersebut dapat dipantau dengan lebih berkesan. "

Encik Ahmad Rose Bendahari

Koperasi Kariah Masjid Ambangan Heights Sungai Petani Kedah Berhad

"Banyak cadangan, idea dan fungsi KKM dapat dikongsi secara bersama menerusi persidangan ini. Kami juga mendapat banyak input berguna terutamanya daripada KKM lain yang turut menjalankan perniagaan yang sama. Aktiviti KKM juga sebenarnya amat memerlukan sokongan anggota dan kariah setempat terutamanya golongan muda. Perkara ini penting supaya dapat bersama-sama membantu memperkasakan program perniagaan koperasi menerusi pelan promosi yang bersesuaian dengan persekitaran sosioekonomi masyarakat."

Hajah Siti Noliah Osman Bendahari Koperasi Kariah Masjid Aman Alor Setar Kedah Berhad

6

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah membentangkan Resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid.

Persidangan pada kali ini juga telah menghasilkan 10 'Resolusi Persidangan Koperasi Kariah Masjid' dan resolusi tersebut dibentangkan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau yang mewakili gerakan koperasi dan peserta persidangan telah menyerahkan resolusi tersebut kepada Menteri bagi pihak kerajaan. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga merupakan Pengerusi Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) turut menjelaskan peranan ANGKASA dalam memastikan fungsi masjid dapat diperluas dan dikembangkan. Peranan tersebut katanya bertujuan untuk memastikan fungsi masjid menjadi lebih berkesan terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi ummah melalui aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan resolusi persidangan kepada Senator Datuk Haji Idris Ahmad.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh ANGKASA adalah seperti : - Menjalankan seminar, bengkel dan taklimat berkaitan penubuhan dan pembangunan KKM. - Memberi bimbingan secara berterusan kepadaKKM. Memberi khidmat nasihat dari sudut perniagaan, kewangan, tadbir urus koperasi serta membantu mencari jalan penyelesaian terhadap isu dan permasalahan koperasi. - Memperkasakan modal insan koperasi melalui pelbagai kursus kepada koperasi dan anggotanya serta menggalakkan golongan asnaf menjadi anggota koperasi.

7

8

Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad (Ko Ar-Rashdiah) Niat baik, matlamat jelas kunci utama kejayaan Ko Ar-Rashdiah Pemenang pertama untuk Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022

Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad Selama Perak Berhad (Ko Ar-Rashdiah), Haji Che Had Jasin

Pasar mini ‘Coop Mart’ yang diusahakan oleh Ko Ar-Rashdiah telah beroperasi sejak November 2019.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

“Segalanya bermula dengan niat kita. Sekiranya niat kita baik dan betul, kita tidak akan lari daripada landasan asal penubuhan (koperasi).” Demikian kata Pengerusi Koperasi Kariah Masjid (KKM) Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad (Ko Ar-Rashdiah), Haji Che Had Jasin apabila ditanya mengenai resepi kejayaan koperasi yang dipimpin oleh beliau sehingga berjaya menempa nama di peringkat kebangsaan. Koperasi yang ditubuhkan pada 20 Jun 2013 itu telah memenangi tempat pertama untuk Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan pada Persidangan Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Sepang, Selangor pada 8 Mac 2022. Menurut Haji Che Had, matlamat yang jelas serta usaha, kesungguhan dan semangat jihad yang tinggi adalah antara faktor dalaman yang menyumbang kepada kejayaan Ko Ar-Rashdiah. “Apabila berada dalam koperasi, kita sebenarnya berada dalam satu perjuangan dan kita perlu tanam dalam diri bahawa perniagaan adalah satu fardu kifayah,” ujar beliau. Tambah beliau, pelbagai pihak khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ANGKASA, Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak juga telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka. Berbekalkan modal pusingan sebanyak RM7,200, Ko Ar-Rashdiah mula mengusahakan tanaman kelapa sawit di tanah wakaf yang diselenggarakan oleh masjid seluas 2.4 hektar dan perniagaan runcit pada tahun 2014. Pada tahun 2016, koperasi tersebut telah menyewa sebuah kedai di Stesen Bas Selama untuk perniagaan runcitnya dengan sistem perakaunan yang lebih sistematik. Permintaan barangan keperluan asas yang meningkat telah memberi galakan kepada koperasi untuk membuka premis runcit yang kedua dengan menyewa sebuah bangunan milik masjid pada November 2019.

Ko Ar-Rashdiah mengutamakan jualan produk buatan Muslim.

Rak makanan yang makanan yang diwujudkan oleh koperasi untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ko Ar-Rashdiah mendapat bekalan barangan keperluan asas melalui Projek BA100.

Ko Ar-Rashdiah menganjurkan ‘Jualan Koperasi Prihatin Rakyat 2021’ untuk menggalakkan masyarakat setempat membeli barangan di ‘Coop Mart’ mereka.

9

Pembukaan premis yang baharu telah membolehkan koperasi untuk melipatgandakan jumlah jualan yang direkodkan. Sepanjang tahun 2021, koperasi telah berjaya mencatat jumlah jualan sebanyak RM639 ribu berbanding RM221 ribu pada 2019. “Tidak dinafikan COVID-19 telah menjejaskan operasi beberapa perniagaan yang diusahakan oleh koperasi. Walau bagaimanapun, terdapat rahmat disebalik pandemik tersebut kerana permintaan barangan keperluan asas untuk tujuan persendirian dan sumbangan begitu menggalakkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” kata Haji Che Had. Antara matlamat utama Ko Ar-Rashdiah ditubuhkan adalah untuk membantu memasarkan produk-produk keluaran Muslim serta koperasi, usahawan tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di dua premis perniagaan mereka.

Ko Ar-Rashdiah membekalkan lembu korban kepada individu, masjid dan surau di kawasan Selama, Kerian, Taiping dan Ipoh serta Pulau Pinang.

Ladang kelapa sawit milik Ko Ar-Rashdiah yang berkeluasan 2.4 kelapa sawit milik Ko Ar-Rashdiah yang berkeluasan 2.4 hektar digunakan untuk penternakan lembu korban secara integrasi.

Bantuan dana sebanyak RM100 ribu daripada SKM telah digunakan oleh Ko Ar-Rashdiah untuk membina sebanyak 54 tapak perniagaan di Pasar Awam Selama bagi disewakan kepada peniaga pasar.

dibekalkan kepada koperasi melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100). Atas usaha koperasi yang menitiberatkan aspek halalan toyyiban pada produk-produk yang dijual, anggota dan masyarakat setempat dilihat lebih cenderung untuk membeli produk keluaran Muslim. Landskap perniagaan yang sentiasa berubah ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup, barisan kepimpinan Ko Ar-Rashdiah sedar bahawa mereka tidak boleh terlalu selesa dengan pencapaian yang diraih untuk kekal relevan dan komited membantu anggota dan komuniti.

Menaik taraf infrastruktur fizikal dan digital di dua kedai runcit adalah antara gerak kerja yang terkandung dalam matlamat 2022-2026 koperasi tersebut untuk terus bergerak lebih maju ke hadapan. “Harapan kami adalah supaya menjelang tahun 2026, apabila pengunjung datang ke kedai kami, mereka akan lihat dari segi rupa fizikal dan penggunaan digital dalam operasi kedai adalah setanding dengan premis perniagaan yang mengadaptasi teknologi dan modenisasi terkini,” ujar Haji Che Had. Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad Alamat Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad d/a Masjid Ar-Rashdiah Selama 34100 Selama, Perak Darul Ridzuan

“Hampir 90 peratus barangan yang dijual di kedai runcit kami adalah keluaran koperasi dan IKS seperti barangan kering, basah, sejuk beku serta produk pembersih,” kata beliau. Sebagai contoh, koperasi tersebut menjual air mineral edaran Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad dan produk pembersih yang dihasilkan oleh Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad. Selebihnya (10 peratus) adalah barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak keluaran syarikat-syarikat besar yang

019-5505060

Telefon

ko.rashdiah@gmail.com

E-mel

Facebook

@koperasi.masjid.ar.rashdiah.selama

20 Jun 2013

Tarikh ditubuhkan

Perniagaan runcit, jualan lembu korban, tanaman kelapa sawit, sewaan tapak perniagaan serta perkhidmatan kursus umrah dan haji.

Aktiviti

310 orang termasuk 30 orang asnaf

Jumlah Keanggotaan

Pengerusi Ko Ar-Rashdiah, Haji Che Had Jasin (tiga dari kiri) menerima replika cek yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad (tiga dari kanan) untuk hadiah pemenang pertama bagi Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik Peringkat Kebangsaan.

10 ANGKASA

MAC 2022

Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Semai Semangat Cintakan Alam Sekitar

Oleh RAHMAT MOHD DID

Bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diraikan di seluruh dunia pada tanggal 21 Mac setiap tahun, ANGKASA dengan kerjasama rakan strategik Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Hijau Malaysia telah menganjurkan Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Program tersebut yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula tahun 2022 bertujuan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat, khususnya anggota koperasi tentang kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar serta menyemarakkan semangat cintakan alam demi pembangunan yang lebih seimbang. Majlis Pra Pelancaran Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang berlangsung pada 20 Mac 2022 di Tapak Hutan Angkat ANGKASA, Hutan Simpan Sungai Lalang, Hulu Langat, Selangor telah disempurnakan perasmiannya oleh Penasihat PUSPANITA Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang juga isteri kepada Menteri KUSKOP, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh. Dalam ucapannya, beliau menggesa masyarakat, ter-utamanya anggota koperasi di Malaysia yang berjumlah 7.1 juta orang untuk mula menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok sebagai tanda sokongan kepada usaha ANGKASA untuk mencapai sasaran sejuta pokok. “Jika diandaikan bumi ini seperti manusia, maka hutan dan tumbuhan adalah paru-parunya. Maka adalah menjadi kewajiban untuk kita semua berusaha sedaya upaya memulihara dan memastikan kawasan terosot hutan serta penyusutan sumber semulajadi hutan dapat dipulihkan. Sesungguhnya usaha yang dijalankan oleh ANGKASA bersama-sama dengan koperasi ini harus dipuji kerana menunjukkan kesungguhan dalam usaha pemulihan hutan terosot dan penggalakkan penanaman pokok. Usaha ini juga dapat memberi manfaat tidak terhingga bukan sahaja kepada kehidupan manusia malah menjadi

habitat dan tempat perlindungan flora dan fauna lebih-lebih lagi jika tumbuhan itu hanya terdapat di hutan Malaysia sahaja. Pemuliharaan hutan juga amat penting sebagai sumber makanan dan peluang untuk menjana ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya. Beliau juga turut menekankan tentang pokok dan ekosistem hutan yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan perubahan iklim. “Jika kita lihat kebelakangan ini, bencana alam seperti banjir melanda negara kita dengan skala

kemusnahan yang ketara kerana lebih kerap berlaku dan membabitkan kawasan yang luas. Perubahan iklim yang semakin memberi kesan buruk mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa. Usaha penanaman semula pokok, pengekalan hutan dan penghutanan semula merupakan salah satu langkah untuk menangani kesan perubahan iklim dan secara tidak langsung, dapat mengurangkan risiko bencana alam,” ujar beliau. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya

Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah menanam pokok jenis Merbau yang merupakan pokok ke-100 sebagai simbolik kepada sambutan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia.

11 ANGKASA

MAC 2022

keperluan sosial, ekonomi, pendidikan, kestabilan politik dan keprihatinan terhadap alam sekitar, ” jelas beliau. Sebagai permulaan, ANGKASA menjadikan tapak Hutan Simpan Sungai Lalang sebagai hutan angkat koperasi. Sebanyak 312 batang pokok hutan ditanam melibatkan sembilan spesis pokok hutan iaitu pokok merbau dan spesis pokok meranti batu, giam lintah bukit, keruing bulu, merawan siput jantan, nyatoh taban merah, penaga lilin, pelong beludu dan perah. Usaha tersebut yang didokong oleh KUSKOP dan agensinya iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) turut mendapat kerjasama Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh.

Yayasan Hijau Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan serta pertubuhan atau badan bukan kerajaan. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo Kempen Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, Encik Hazman Md Jali yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, pakej penginapan tiga hari dua malam di MyANGKASA Akademi &

memberitahu, ANGKASA meng­ gerakkan inisiatif penanaman sejuta pokok bagi menterjemah prinsip koperasi yang ketujuh iaitu ‘Berprihatin terhadap masyarakat’. “Melalui program ini,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Tuan Zakaria Hanafi; Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad; Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi; Ketua Bahagian Pengurusan Projek (Unit Alam Sekitar) Yayasan Hijau Malaysia, Dr. Rafidah Rashid; Pegawai Perhutanan Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Puan Siti Syafiqah Yusof, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Dr. Hajah Salmah Ishak serta Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

ANGKASA sebagai badan apeks koperasi negara yang diiktiraf kerajaan mahu penglibatan jitu dan usaha kolektif 14,657 buah koperasi dengan keanggotaan 7.1 juta anggota melaksanakan usaha penanaman pokok secara berterusan seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan ( Sustainable Development Goals ) 2030 yang melengkapi

Resort Langkawi berserta sijil penyertaan. Hadir sama dalam program tersebut ialah

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyiram pokok jenis Merbau yang ditanam beliau di tapak tersebut.

Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Suriani turut menanam pokok jenis Merbau.

Para tetamu dan petugas bergambar di akhir program.

12 ANGKASA

MAC 2022

Penanaman sejuta pokok untuk menjayakan Program Penghijauan Malaysia oleh kerajaan yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun (2021-2025).

Program ini juga adalah salah satu komitmen berterusan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

ANGKASA bekerjasama dengan Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Hijau Malaysia untuk menjayakan program ini yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun (2022-2023).

ANGKASA dan UKM telah menghasilkan sebuah modul pembelajaran dan pengajaran ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’ serta program kesedaran berbentuk ‘Train of Trainers’ yang akan dilaksanakan di koperasi sekolah, koperasi siswa dan koperasi komuniti di seluruh Malaysia.

Sebagai permulaan, ANGKASA menjadikan tapak Hutan Simpan Sungai Lalang, Hulu Langat, Selangor yang terosot sebagai hutan angkat koperasi dengan menanam 312 batang pokok hutan daripada sembilan spesis.

Rekod kemajuan dan tumbesaran pokok melalui laporan serta pengiraan berapa pengurangan pembebasan kandungan karbon dioksida ke atmosfera atau stok karbon yang telah disimpan di dalam tanah dipantau oleh pihak UKM.

Modul ini memberi pendidikan asas merangkumi maklumat berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok.

Bersempena dengan Hari Koperasi Negara dan sambutan 100 tahun gerakan koperasi, penanaman pokok secara serentak yang melibatkan koperasi di seluruh negara akan dilaksanakan.

14 RENCANA

MAC 2022

Pemerkasaan koperasi wanita sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat

Oleh AZMALIZA ARIFIN Pusat Penyelidikan (CR) Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

juga perlu terus melakukan transformasi secara berstruktur dan komprehensif bagi menjana lebih keuntungan sekali gus dapat memberi faedah dan manfaat kepada anggota. Maka, gerakan koperasi boleh dijadikan sebagai platform kepada wanita khususnya di luar bandar untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi mereka melalui pemasaran produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Di negara Jepun, koperasi wanita berperanan untuk memastikan masyarakat sekeliling menerima faedah dan manfaat daripada penubuhan koperasi. Para pemimpin di Jepun yakin bahawa wanita juga dapat membantu ekonomi keluarga. Justeru, bagi meningkatkan pendapatan keluarga, maka para wanita terutamanya kaum ibu digalakkan untuk menyertai koperasi. Koperasi wanita di Jepun amat menggalakkan anggotanya melibatkan diri dalam perniagaan. Aktiviti koperasi wanita yang berasaskan pertanian ini telah mendapat nasihat dan perhatian dari Apex Koperasi Pertanian Jepun iaitu JA Group. Selain itu, koperasi merupakan platform terbaik bagi kaum wanita untuk menyumbang kepada peningkatan taraf hidup keluarga mereka. Minat terhadap

WANITA DAN GERAKAN KOPERASI Penglibatan wanita dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Justeru, sumbangan wanita telah diiktiraf oleh kerajaan dan banyak pihak dalam dan luar negara meliputi sektor pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Sektor koperasi perlu memanfaatkan kelebihan wanita untuk turut sama menggembleng usaha dan tenaga bagi meningkatkan pendapatan serta ekonomi koperasi. Pembabitan aktif wanita dalam gerakan koperasi penting bagi memastikan sektor itu terus berdaya saing dan dijadikan platform untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi, melalui pemasaran produk ke pasaran yang lebih luas peranan wanita mampu memberi impak besar serta melonjak sektor koperasi negara untuk sama-sama menyumbang kepada pendapatan negara. Berdasarkan perangkaan gerakan koperasi Malaysia (SKM, 30 Jun 2021), koperasi wanita di Malaysia adalah sebanyak 246 koperasi dengan bilangan anggota seramai 307,100 orang, jumlah aset RM74.45 juta dan perolehan RM10.92 juta. Berdasarkan jadual di bawah menunjukkan bahawa penyertaan golongan wanita dalam gerakan koperasi masih berada di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan koperasi di Malaysia.

PENGENALAN Peranan wanita sebagai isteri, ibu, pendidik dan penggerak masyarakat amat penting dalam membawa perubahan kepada pembangunan masyarakat dan tamadun sesebuah negara. Wanita yang berilmu dan bijaksana mampu melaksanakan tanggungjawab bukan sahaja sebagai isteri dan ibu dalam rumahtangga malah mampu menyumbang kepada usaha-usaha untuk memenuhi tuntutan terhadap pembangunan material dan pembangunan insan. Justeru, wanita memainkan peranan yang besar dalam memartabatkan bangsa. Peranan wanita sebagai tulang belakang dalam menyumbang dan membangunkan masyarakat serta negara memang tidak dapat dinafikan lagi, khususnya dari apek pendidikan, ekonomi, politik dan juga sosial. Pepatah juga ada menyatakan ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’ telah terbukti dengan meningkatnya kejayaan dalam sektor-sektor yang diceburi oleh wanita. SUMBANGAN WANITA DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA Kaum wanita mewakili hampir separuh daripada jumlah penduduk di negara ini. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2021, bilangan wanita seramai 15.9 juta orang daripada 32.7 juta jumlah penduduk negara (anggaran penduduk semasa Malaysia, 2021). Maka tidak dinafikan wanita merupakan sumber penting dalam agenda pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Dengan lain perkataan wanita mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama merealisasikan matlamat dan aspirasi kerajaan dalam pembangunan negara.

Jadual: Perangkaan Wanita Malaysia dalam Koperasi Tahun 2021 Bilangan Koperasi Anggota (Orang) Syer/Yuran Aset Perolehan (RM Juta) 246 30,100 17.82 74.45 10.92 Sumber: Perangkaan Koperasi Malaysia 30 Jun 2021, SKM

bidang pertanian juga telah di pupuk oleh penduduk Jepun sejak kecil lagi dengan menganjurkan pelbagai aktiviti pertanian yang boleh disertai oleh kanak kanak di peringkat prasekolah. Selain itu, hasil tanaman yang dikeluarkan oleh anggota boleh dipasarkan melalui kerjasama koperasi selain dipasarkan sendiri oleh anggota. Usaha padu ini juga turut dilaksanakan oleh penghuni di rumah penjagaan warga emas dengan menjadikan aktiviti pertanian sebagai aktiviti mereka, bukan sahaja baik untuk kesihatan bahkan memberi sumber pendapatan. PEMERKASAAN KOPERASI WANITA DI MALAYSIA Kedudukan pemimpin wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam koperasi belum boleh dibanggakan lagi

Peranan koperasi wanita juga penting dalam membangunkan keluarga usahawan di negara ini. Wanita sebagai tonggak kepada kestabilan sosial serta ekonomi negara dapat membantu serta menyokong agenda kementerian untuk melahirkan usahawan dalam kalangan wanita, selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030). Di bawah Teras Strategik 3, DKN 2030 telah mengambil kira peranan koperasi dalam merangsang pembangunan usahawan bersepadu dan holistik. Strategi 2 di bawah Teras Strategi yang sama, secara nyata memberi fokus kepada koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif dengan menekankan golongan B40, golongan ibu tunggal dan wanita. Dalam hal ini Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dalam kalangan wanita

Rajah: Penduduk mengikut jantina dan nisbah jantina Malaysia, 2019 dan 2021

Menurut jabatan perangkaan Malaysia 2021, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) dalam kalangan wanita adalah 55.2 peratus. Manakala penglibatan wanita dalam bidang profesional dan pekerja teknikal adalah 44.3 peratus. KPTB wanita merupakan aspek penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. Kebanyakkan negara maju mempunyai KPTB wanita yang tinggi sekali gus membantu menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi. KPTB wanita di Australia sebagai contoh adalah setinggi 67.6 peratus manakala di Perancis adalah sebanyak 68 peratus. Justeru, usaha lebih bersepadu dan komprehensif sangat diperlukan bagi memastikan wanita kekal berada di pasaran buruh bagi mengoptimumkan potensi wanita-wanita di Malaysia. Model dan pelaksanaan negara lain juga wajar dijadikan sebagai panduan bagi memastikan kadar penyertaan wanita pada tahap yang tinggi. Kerajaan juga telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita dalam pembangunan negara. Oleh itu, kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara dengan membuka peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik.

15 RENCANA

MAC 2022

jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan dalam kalangan lelaki. Ini kerana kedudukan wanita dalam barisan kepimpinan koperasi harus diberi perhatian yang serius. Jika sesebuah koperasi bergerak mengikut prinsip, falsafah dan nilai koperasi, maka kehendak serta keperluan koperator wanita harus di penuhi kerana mereka adalah sebahagian daripada koperasi. Namun, kaum wanita juga tidak boleh menunding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana mereka sendiri perlu sedar dan mempunyai semangat waja untuk memperkasakan diri mereka. Kedudukan dan nasib mereka tidak akan berubah jika mereka sendiri tidak mengubahnya. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat kementerian mahupun agensi dalam memastikan koperator-koperator wanita terus berdaya saing dan maju dalam ekonomi dan sosial. Sektor koperasi memainkan peranan penting kerana ia adalah ejen dan pemangkin kepada pembangunan usahawan terutama bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana yang mana mereka boleh mengumpul dana secara bersama membabitkan anggota. Koperasi juga dilihat sebagai instrumen utama untuk melonjakkan keusahawanan terutamanya dalam kalangan koperasi wanita. Maka, aktiviti berkoperasi dalam kalangan wanita merupakan platform yang berkesan dalam usaha mendekatkan wanita dalam gerakan koperasi dan sekali gus memberi kesedaran kepada golongan tersebut bahawa banyak peluang kerjaya boleh diwujudkan menerusi koperasi. Selain itu, pendekatan memperkasakan koperasi wanita menerusi berkoperasi merupakan jentera ekonomi yang terbaik dalam mewujudkan keseimbangan pengagihan kekayaan ekonomi negara secara saksama. Dalam memperkasakan gerakan koperasi untuk pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif dan lestari, maka koperasi wanita perlu merangsang pembangunan yang lebih inovatif, kompetetif dan lebih bedaya tahan. Ini juga dapat diperkukuhkan lagi menerusi perkara berikut: 1. Pembudayaan dan kesedaran berkoperasi dalam kalangan wanita di Malaysia Penglibatan wanita dalam gerakan koperasi di Malaysia masih lagi rendah dan kebanyakkan pemimpin yang memegang jawatan pengurusan dan pentadbiran terdiri dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas. Penglibatan lebih ramai generasi muda dalam koperasi wanita terutama golongan belia serta graduan malahan siswazah untuk turut sama menggembleng idea dan tenaga bagi memperkasakan gerakan koperasi kerana golongan ini adalah pelapis dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara. Justeru, usaha-usaha promosi haruslah dilaksanakan untuk mengkomersialkan falsafah dan kelebihan berkoperasi dalam kalangan belia wanita di Malaysia. Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak koperasi sendiri dan pemegang taruh melalui program pembudayaan dan kesedaran

yang untuk golongan belia dan wanita di Malaysia. Melalui usaha ini akan dapat membantu meningkatkan penglibatan dan sokongan wanita dalam koperasi yang dianggotai. dilaksanakan khusus 2. Penglibatan koperasi wanita dalam aktiviti- aktiviti perniagaan bernilai tambah Koperasi wanita perlu mengorak langkah untuk menceburi sektor dan aktiviti perniagaan yang bernilai tambah untuk lebih kekal kompetitif dalam perniagaan masa kini. Penglibatan koperasi wanita pada ketika ini kebanyakannya lebih cenderung terlibat dalam sektor pemborongan peruncitan, sektor kesihatan dan penjagaan diri, haruslah dikembangkan lagi kepada sektor-sektor perniagaan yang lain. Maka, kajian pasaran haruslah dibuat oleh koperasi sebelum menceburi sesuatu bidang perniagaan. Ini bertujuan untuk memastikan koperasi terlibat dalam perniagaan yang signifikan menyumbang kepada ekonomi dan sosial anggota mereka serta ekonomi negara. Bagi meningkatkan perolehan, sudah tiba masanya koperasi wanita bergerak ke hadapan terlibat dalam aktiviti perniagaan yang berdaya saing untuk menyumbang kepada prestasi tahunan perniagaan. 3. Sokongan Perniagaan Koperasi Kebanyakan koperasi wanita di Malaysia, menghadapi kekangan khususnya dari aspek modal dan pemasaran produk serta perkhidmatan Justeru, pelbagai bentuk bantuan kewangan diperlukan seperti pembiayaan modal pusingan, geran dan sokongan pemasaran haruslah diperluaskan lagi bagi membantu meningkatkan kapasiti dan keupayaan mereka. Tidak dinafikan, koperasi wanita juga turut terjejas dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Mereka kembali mencari kekuatan serta peluang bagi menstabilkan semula ekonomi keluarga yang terjejas. Ini adalah kerana ada segelintir mereka yang kehilangan pekerjaan sudah semestinya memberi lebih banyak tekanan untuk lebih berusaha mempelbagaikan cara bagi menjana pendapatan. Bagi menjamin kelangsungan perniagaan, koperasi wanita sepanjang berhadapan dengan pandemik ini, pembiayaan kewangan sememangnya amat diperlukan bagi menampung kos kerugian akibat tidak dapat membukaataumenjalankan perniagaan. Ini merupakan usaha ke arah pemulihan perniagaan koperasi. Di samping itu, sokongan perniagaan lain yang diperlukan adalah seperti memulakan aktiviti perniagaan baharu, maklumat atas talian, bantuan fasiliti, kebenaran beroperasi, pemantauan dan bantuan geran. 4. Pemerkasaan Modal Insan Dalam keadaan dan suasana persaingan perniagaan yang semakin mencabar, koperasi wanita harus bersiap sedia untuk memantapkan diri sebagai pemimpin wanita yang berkebolehan, mempunyai visi dan misi yang jelas, serta nilai-nilai positif dalam menangani

cabaran baharu. Para koperator wanita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan perubahan persekitaran. Justeru, perubahan gaya hidup dan peranan yang dipegang oleh wanita ini memerlukan pendidikan sepanjang hayat. Pembangunan modal insan melalui latihan seharusnya diperkasakan dengan mengikuti kursus atau program pengurusan perniagaandan pemasaran, kursus perniagaan atas talian dan kursus perakaunan dan kewangan yang perlu diberikan keutamaan. Koperasi wanita juga perlu berani mengambil peluang melakukan perubahan serta melonjakkan ekonomi digital di tengah-tengah situasi pandemik agar gerakan koperasi tidak ketinggalan dalam arus perdana ekonomi negara. Bagi membudayakan penggunaan teknologi masa kini, para koperator wanita juga haruslah mempelajari dan mengguasai penggunaan teknologi melalui kursus dalam talian atau digital contohnya kursus pemasaran dan perniagaan digital. Pemasaran digital adalah norma baharu perniagaan bagi menjangkau pelanggan berpotensi, bukan sahaja dalam negara tetapi di seluruh dunia. Hakikatnya, pandemik COVID-19 menyedarkan kita betapa pentingnya ekosistem digital untuk mencegah kejatuhan perniagaan seterusnya ekonomi negara. Kesimpulannya, koperasi wanita harus keluar daripada kepompong keselesaan dalam aktiviti perniagaan tradisional dan berani melakukan perubahan dengan menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar serta sentiasa kompetitif dalam merebut peluang yang disediakan untuk menjadi kekal relevan dan berdaya saing. Koperasi wanita perlu bersiap sedia memantapkan diri untuk menerajui gerakan koperasi agar dapat memastikan peningkatan dalam penglibatan koperator wanita dalam peringkat kepimpinan koperasi mahupun pembuat keputusan. Pemerkasaan koperasi wanita sebagai wadah pembangunan ekonomi dan masyarakat harus dipandang serius agar dapat membentuk koperator wanita yang dinamik, mempunyai daya kreativiti serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap koperasi agar penglibatan mereka bermakna dan memberi impak dalam gerakan koperasi. Rujukan 1) Dasar Keusahawanan Malaysia 2030, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP). 2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2021). Perangkaan Penduduk Malaysia. Dicapai daripada https:// www.dosm. gov.my/ 3) Jabatan Perangkaan Malaysia (April, 2021). 4) Laporan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih 2020. 5) Kajian Isu dan Cabaran Koperasi Wanita di Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), 2020 6) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2021). Statistik. Perangkaan Tahunan Gerakan Koperasi. https://www.skm.gov.my/

16 KOPERASI

MAC 2022

Bina Kesepakatan dan Kejayaan Melalui Koperasi

Projek tanaman jagung manis.

Seiring perkembangan semasa selain menyahut saranan kerajaan yang mahu memperkasakan pembangunan sosioekonomi rakyat melalui program Satu Komoditi Satu Koperasi, penduduk Kampung Utan Buluh Arau Perlis telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah koperasi sebagai langkah terbaik meningkatkan taraf hidup penduduk. Kedudukan kampung tersebut dengan yang berhampiran dengan bandar Kangar dan bandar Arau telah menjadikannya begitu strategik dan Oleh MOHAMMAD AIRUL AZAHAR ABDULLAH Pengurus ANGKASA Negeri Perlis

mampu menghasilkan produktiviti yang tinggi selain mengurangkan kos pengurusan serta logistik. Koperasi Usahawan Utan Buluh Perlis Berhad (KUUB) yang mula ditubuhkan pada 30 Disember 2016 terus bergerak aktif bersama visinya untuk mencapai pendapatan tinggi dan tetap bagi koperasi serta menjaga kebajikan anggota selain menetapkan

sasaran KUUB sebagai koperasi maju menjelang tahun 2027. Pengerusinya, Encik Norkhiriri Hassan berkata, KUUB juga turut berpegang teguh kepada misi asalnya untuk meningkatkan pendapatan koperasi melalui kepelbagaian aktiviti ekonomi dengan menitik berat fungsi pengurusan serta kebaikan kepada anggota.

Pengerusi Jawatankuasa Per- hubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Sahimi Shari turut mengulas tentang kesungguhan barisan kepimpinan serta anggota KUUB yang memiliki jiwa koperasi cukup tinggi demi memarbatkan sosioekonomi anggota dan masya- rakat di kampung tersebut. Katanya, semangat kebersamaan

Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari.

Projek tanaman ubi keledek.

17 ANGKASA KOPERASI

MAC 2022 FEBRUARI 2022

dan keikhlasan yang dibentuk telah berjaya menaikkan imej kampung tersebut selain meletakkan KUUB sebagai contoh koperasi yang berjaya. Pencapaian tersebut dibuktikan pada tahun 2019 apabila KUUB terpilih sebagai Koperasi Desa Lestari dan pada tahun berikutnya terus terpilih sebagai koperasi di bawah program MiRiCLe Institut Koperasi Malaysia (IKMa). KUUB yang mempunyai seramai 83 anggota itu juga turut dipilih salah sebuah daripada 15 koperasi di Malaysia untuk menjayakan program sulung 'Cooperative Digital Empowerment (C.O.D.E) pada November 2020 oleh IKMa. Menerusi bantuan dari Suruhan- jaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Desa Lestari), KUUB kini sedang giat menjalankan projek tanaman jagung manis. Pusat penanaman yang berkeluasan 25 ekar itu melibatkan gabungan enam ladang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 350,000 tongkol satu pusing. KUUB juga turut berkecimpung dalam program industri kecil dan sederhana (IKS) dengan mengeluarkan produk sendiri bermula tahun 2019. Menerusinya, beberapa produk telah dikeluarkan seperti Pekasam Daging, Pekasam Ikan, Jagung Relai dan Lepat Nangka menggunakan jenama D'KUUB. Di samping itu, bangunan KUUB juga turut dijadikan sebagai pusat pemasaran produk koperasi dan komuniti selain aktif memasarkan produk segar mangga Harum Manis secara dalam talian dengan kerjasama AgroBazaar FAMA. Koperasi Usahawan Utan Buluh Perlis Berhad No. 74, Lorong Sri Kemboja, Kampung Utan Buluh, 02600 Arau, Perlis Indera Kayangan. Instagram : Dkuub Twitter : Dkuub

Pengerusi KUUB, Encik Norkhiriri Hassan sewaku menyertai aktiviti jualan mangga Harum Manis keluaran koperasi di Agro Bazaar FAMA.

FB Pages : Utan Buluh Arau Blog : Utan Buluh Arau Perlis FB shop : dkuub Laman web : DKKUB.COM

KUUB turut menyertai aktiviti jualan terus dari ladang anjuran FAMA.

Pusat pemprosesan produk hiliran milik KUUB.

Pusat pengumpulan dan pengedaran mangga Harum Manis.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease