WADAH PELANCAR EDISI MAC 2022

12 ANGKASA

MAC 2022

Penanaman sejuta pokok untuk menjayakan Program Penghijauan Malaysia oleh kerajaan yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun (2021-2025).

Program ini juga adalah salah satu komitmen berterusan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

ANGKASA bekerjasama dengan Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Hijau Malaysia untuk menjayakan program ini yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun (2022-2023).

ANGKASA dan UKM telah menghasilkan sebuah modul pembelajaran dan pengajaran ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’ serta program kesedaran berbentuk ‘Train of Trainers’ yang akan dilaksanakan di koperasi sekolah, koperasi siswa dan koperasi komuniti di seluruh Malaysia.

Sebagai permulaan, ANGKASA menjadikan tapak Hutan Simpan Sungai Lalang, Hulu Langat, Selangor yang terosot sebagai hutan angkat koperasi dengan menanam 312 batang pokok hutan daripada sembilan spesis.

Rekod kemajuan dan tumbesaran pokok melalui laporan serta pengiraan berapa pengurangan pembebasan kandungan karbon dioksida ke atmosfera atau stok karbon yang telah disimpan di dalam tanah dipantau oleh pihak UKM.

Modul ini memberi pendidikan asas merangkumi maklumat berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok.

Bersempena dengan Hari Koperasi Negara dan sambutan 100 tahun gerakan koperasi, penanaman pokok secara serentak yang melibatkan koperasi di seluruh negara akan dilaksanakan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease